Jumaat, 14 Ogos 2009

Terkenang Semasa Dulu...

Dalam sibuk-sibuk dengan kerja sekolah dan kerja rumah (walaupun ada bibik, tak semua kerja rumah bibik boleh buat) sempat juga aku layan sekejap novel Hlovate tajuk Tunas. Saat dan ketika itu, mula lah terkenang sekolah lama aku, Sekolah Menengah Sains Muar, Tanjung Agas. Sekolah tu lah yang mendewasakan aku dan melepaskan aku dari kepompong "jangan". (Ayah mendidik anak dengan perkataan "jangan". Cth: jangan main hujan, nanti sakit..jangan main pisau, nanti luka..sebab tu mak selalu bising,ayah sorokkan pisau). Di SM Sains Muar, aku belajar untuk jadi berani dengan perkataan "cuba. kalau tak cuba, kita tak tahu". Walau bagaimana pun, "jangan"tetap dijadikan sandaran.

Teringat pada classmate entah kat mana2 sekarang ni. Schoolmate lain mcm Majeed (kawan pencetus motivasi untuk berjaya), sekarang dah glamour..masuk anjung seri lagi. Zizah tengah buat PhD. Puan Yat (Surtik) lecturer kat UUM, Tmed kat SP, Cik Pah masih di Kluang...ni je kelompokyang rapat dengan aku hingga kini..miss nye ngan korang. Syok gak jumpa Zizah, meriah suasana dengan anak-anak kita ye Zah! Lagi pun, Sobhi kamcing Sham. Tak le kekok sangat.Teringat pulak kat cikgu-cikgu kat situ... Owh cikgu! Aku sekarang pun jadi cikgu jugak tapi di sekolah yang sangat menguji iman dan kesabaran...(dah lebih sepuluh tahun aku kat sekolah ni..SMK Lunas. Depan rumah je..sebab tu sayang sangat nak minta transfer) Kat mana yek Cikgu Baskie yang ajar chem tu?? Sampai sekarang mencari tapi tak jumpa.

Teringat masa hari perjumpaan waris di SM Sains. Ramai parent yang datang nak amik report card anak-anak, termasuklah ayah. Ayah masa tu datang naik bas je sebab kereta tak boleh jalan jauh (dari Air Hitam ke Muar tu kira jauh ler sebab masa tu takde highway lagi). Aku bawa ayah mencari-cari mana-mana cikgu untuk berkonferansi tapi malangnya semua sibuk. Ayah dan aku berdiri di luar kelas,mencari-cari kut-kut lah ada cikgu yang boleh kami gi jumpa,tapi hampa. yang sedih tu, ada cikgu yang pilih bulu. langsung tak pandang kami, orang kemudian yang turun dari kereta merc je yang dia layan. Takpalah cikgu..terimakasih. Cikgu Baskie lah y ang datang kepada kami, dan mengajak ayah bersembang dengannya. Kesannya hingga sekarang aku cukup berterima kasih dan terharu dengan Cikgu Baskie yang tak pilih bulu tu. Aku jadikan sejarah lama tu sebagai panduan aku sekarang...Sekarang??? Memang menakutkan!! Hari Mesra Waris yang lalu, ada waris yang tak mau tunggu ikut nombor. Dengan muka samsengnya, dia tepuk meja mengamuk minta jumpa dulu dengan cikgu (aku lah tu). Emmm patutlah, bapa borek anak rintik.. anaknya pompuan tapi samseng dalam kelas..rupa-rupanya macam tu asas dia... (sekadar buat renungan untuk kita, sebab kita ada anak-anak)

Tiada ulasan: