Khamis, 18 Februari 2010

Booking bilik

Seminggu sebelum balik ke Air Hitam saya menelefon mak.

"Halo mak, booking bilik ye!"
"Ok, nak bilik yang mana?"
"Bilik kita lah"
"Ok, muat untuk 6 orang. Bantal cukup cuma kena tambah toto. Ubat nyamuk sedia sendiri tau"

macam nak booking chalet jer..apa taknya, ramai yang nak balik, nanti berebut bilik. Siapa last, kena tidur di hall rumah.

Dam Dam Dum Bunyi Mercun

Cuti raya (TBC daaa) kali ni very hapenning! Mana tak nyer. Kastam dan polis macam lupa nak sekat orang main mercun seperti yang lepas-lepas. Hairan juga yek sebab kat mana-mana ada orang main mercun dan bunga api tapi belum pulak dengar ada yang putus jari atau hilang mata.

Selama 13 tahun Norhisham Osman menjadi suami saya, agaknya(kes terlupa sejarah, tak tulis dalam diari tarikh balik kampung) inilah first time dia sambut TBC di Air Hitam.

Pst! Bila sampai jer rumah mak ayah, dia akan senyap jer. Sebabnya tak reti nak berbual sama sebab kitaorang cakap loghat Johor + Jawa dengan laju. Member ni diam jer lah. Bila orang tanya, dia jawab. Nak sembang lebih-lebih, takut silap interpretation pulak. Cuma kalau jumpa Anep, Jaafar atau Rossi, dia ok sikitlah sebab ada geng.

Nak jadikan cerita, suasana malam TBC di Air Hitam sangat meriah bagi kami yang dah biasa macam tu. Mercun dan bunga api saling tingkah meningkah, lawan berlawan, gegak gempita suasana alam. Cantik sangat!! Segenap penjuru bagai berlawan-lawan. Sambutan New Year kat Padang Kota, Penang pun kalah. Hisham tak biasa dengan keadaan macam ni. Aiman pun sama. Si abahnya seronok macam perang katanya. Si anak menangis takut sebab dah macam perang. Keluar lah dua beranak ni melihat orang main mercun dan bunga api hingga jam 1 pagi. KAmi adik-beradik tidur macam tak ada apa-apa yang terjadi. Telinga kuali sungguh. Keh keh keh.

Haah tu laaa kan dah kata, syok balik Johor. Macam-macam ada. Raya Aidilfitri pun seronok sebab sambutan di sini meriah dengan acara "Baraan" dan "ngunjung". Kat tempat lain (macam Kedah) tak ada semua tu. bagi saya, "Baraan" atau "Marhaban" dan "ngunjung" lah yang menghidupkan suasana raya. Masa ni lah kita boleh jumpa saudara-mara yang ada. Teringat peribahasa lama, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, elok lagi di negeri sendiri".

Apa pun, raya tetap ikut giliran, bagi adil. Ingat! Syurga di bawah tapak kaki suami. Kali ni seronok balik kampung. Terima kasih kepada suamiku kerana membawa kami balik ke Johor cuti kali ni.

Selasa, 16 Februari 2010

Cuti Tahun Baru Cina di kampung, Air Hitam, Johor

Salam, rasanya dah lama tak jengah ke sini. Kesibukan sebagai surirumahtangga dan pendidik telah membataskan aktiviti saya untuk menulis. Sempena cuti TBC yang panjang, saya mengajak suami balik ke kampung di Air Hitam. Setiap hari ayah sms tanya bila nak balik? Sejak ayah xcdent ari tu, saya belum berkesempatan untuk pulang menjenguknya.

Hari Jumaat, 12hb Feb lepas, kami bertolak dari Kulim Jam 12.00 malam. Sebenarnya ada merasa hairan sedikit dengan suami, kenapalah dia nak bertolak tengah-tengah malam. Alasannya, tak tahan panas matahari petang, lagi pun ada harga diskaun untuk tol waktu malam. (yang ni saya tak sokong, mengalakkan pemanduan di waktu malam. MERBAHAYA!!)

Sepanjang perjalan di highway PLUS, keadaan dari arah utara ke selatan lengang. Boleh piknik atas jalan. Tapi dari arah selatan ke utara, kenderaan memenuhi lebuhraya seperti satu rantaian tiada penghujung. Sampai di r&r Tapah, kami berhenti berehat (tidur sekejap). Selepas tu kami berhenti lagi di *** tak tau kat mana, yang pastinya hentian di lebuhraya sebelum jumpa exit ke Lebuhraya Guthrie. Ramai juga orang lain berhenti rehat di situ. KAmi tidur anak beranak dari jam 4.00pg hingga azan subuh. Saya gerakkan suami kerana tiada tempat yang sesuai untuk solat subuh. Akhirnya kami berhenti solat di Tol Rawang Selatan, Lebuhraya Guthrie.

Perjalanan diteruskan. Ketika memasuki Lebuhraya PLUS di Nilai, kenderaan dah mula banyak dan bergerak perlahan.Tiba di kawasan Air Keroh, suami dah tak tahan mengantuk. Saya mengambil alih pemanduan. Ya Allah, dah lah jalan banyak kenderaan, Aiman buat hal pulak. Agaknya dia bosan lama sangat dalam kereta. Nak marah, buat penat tapi telinga sakit dengar dia menjerit-jerit berkelahi dengan dua orang kakaknya. Suami dah hanyut tah ke mana. Tetiba saya terpandang meter minyak, alamak dah naik lampu merah. YA Allah, selamatkan lah aku, janganlah habis minyak di tengah-tengah highway ni. Sepanjang masa aku berzikir SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILLAH HAILLALLAH WALLAHHU AKBAR..Saya cuba mengalihkan pandangan Aiman ke luar kereta.

"Aiman, tengok tu pokok kat luar tu tak sama macam kat Kulim."
"Memanglah ibu, dia tak mau tumbuh kat Kulim."
"Kenapa dia tak mau tumbuh di Kulim?"
Kakak menjawab "sebab tanah tak sama macam kat tempat kita."
"Ibu, tu pkok getah kan?" Nabilah menunjuk ke arah pokok di tepi highway.
"Laa kak ngah, tu pokok jati lah.. pokok getah yang macam tu" saya menunjukkan pokok getah di ladang getah di tepi highway tersebut.

MAsing-masing mula beri pendapat tentang apa yang mereka nampak. Ada daun pokok warna hijau, merah dan kuning. Ada pokok jati, pokok kelapa sawit. Ada pokok pisang hutan..dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah, anak-anak dah mula beralih pandangan ke luar kereta.Itulah satu cara terbaik untuk hentikan mereka bergaduh. Cara psikologi, jangan guna sekehlogi. Alihkan perhatian mereka ke sesuatu yang lain, yang membolehkan mereka terlupa pada subjek yang mereka bertekak tadi. Akhirnya, masing-masing berlawan-lawan memberikan pendapat tentang apa yang mereka nampak di luar kereta. SAya tersenyum sendiri. Objektif nak suruh mereka berhenti bertekak dan mendapat ilmu baru tercapai. Perasaan saya yang bimbang pun beransur kurang sebab dah kurang sedikit tekanan ketika memandu.

Tiba di Pagoh, saya berhenti mengisi minyak. Suami mengambil alih memandu. Sepanjang perjalana ke Air Hitam, tiada perkara buruk berlaku. Kami tiba di tol Air Hitam dalam jam 11 pagi. Sebelum sampai ke rumah mak, kami singgah di pekan Air Hitam, membeli pisang tanduk dan buah pelam.Akhirnya, selamat sampai di rumah mak. Aisyah dah sampai dulu, awal beberapa minit dari kami. Tak lama kemudian, Nina pulak sampai. Penuh rumah mak dan ayah dengan anak-menantu dan cucu-cucu. Ayah terus jadi sihat.