Khamis, 10 November 2011

Salam Jumaat!!

Assalamualaikum semua. Dah lama kak long tinggalkan blog ni. Bukan lupa tapi dek kerja-kerja sebagai guru dan surirumahtangga yang tak pernah susut. Alhamdulillah, peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 dah berlalu. Tinggal seminggu sahaja lagi hari persekolahan. Ada yang gembira, ada yang berduka. Pagi tadi kaklong mendapat berita kemalangan maut rakan guru dan 3 pelajarnya di Slim River, Perak. Semua itu adalah ketentuan Illahi. Al-fatihah untuk mereka.

Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM 2011, didoakan semoga jangan berhenti berusaha hinggalah di saat-saat akhir.

Kepada rakan-rakan guru terutama Ketua-ketua Panitia, waktu sekarang adalah waktu kritikal bagi kami. Pelbagai laporan dari unit Akademik, HEM hinggalah ke Ko Kurikulum terpaksa disiapkan. Jgn lupa hantar SKT anda!