Khamis, 12 Julai 2012

Buat baik pada ibu bapa

Salam. Dah lama tak update blog ni. Almaklum, kak long terlalu sibuk dengan kerja-kerja sekolah yang tak pernah nak habis. Tambahan pula due date untuk PBS dah hampir sangat. Cikgu yang kecut perut, anak murid masih tak sedar-sedar lagi.

Dah seminggu mak mentua kak long berada di rumah ni. Kali ni mak mentua kak long tinggal lama sebab tidak berapa sihat. Biarlah bersama kami, apa-apa hal senang nak bawa samada ke hospital atau ke tampat-tempat rawatan yang lain. Alhamdulillah, dah beberapa kali menjalani rawatan alternatif, mak mentua kak long dah boleh berjalan ke bilik air dan dapur tanpa dipapah.

Malam semalam kak long tetiba rasa nak call mak & ayah di Air Hitam, Johor. Sembang dengan emak, macam sembang dengan kawan-kawan. Misi utama sembang dengan emak ialah nak pujuk emak benarkan Anjut tinggal lebih lama di Seri Kembangan sementara menunggu panggilan "posting". Sekarang ni Anjut buat part time dengan TV AlHijrah sebagai translater.

"Mak, biarlah Anjut kerja kat TV AlHijrah dulu. Tak payah balik Aitam ye mak. Dia kumpul duit sikit. Nanti kalau dah posting, belum tentu 2-3 bulan dah dapat gaji" Nampaknya mak boleh terima alasan kak long. Yes! Berjaya.

"Kaki mak ni lenguh-lenguh lah. Kalau kayuh basikal kak teh, asyik nak pancit jer. Mak nak basikal yang tak bergerak tu. Murah je, RM900 je. Mak dah tengok katalognya"

He he he he..ooo ada benda rupanya mak nak cerita. Ni mesti acik yang promote.

"Nanti kalau dapat bonus raya, insya Allah kak long tolong beli. Tapi kena minta yang lain-lain sorang sikit lah" kak long buat janji dengan emak. Minta-minta dapatlah bonus raya tahun ni.

"Duit mak dah kurang RM100. Ada yang datang pinjam tapi dah janji nak pulangkan, sampai sekarang tak pulangkan. Tolong talipon tanya budak tu"

"Tak payah minta  baliklah mak.  Niat sedekah je. Nanti kak long ganti duit mak yang kurang tu." Dalam hati berkata-kata. Hemm, dalam akaun adalah sikit budget hingga 20hb nanti. Takpalah, buat baik dengan mak sendiri tentu Allah ganti yang lain lagi elok.

Keluar dari sekolah tadi, jam dah tunjuk pukul 3 petang. Hari ni teramat penat sebab pelajar katering buat amali hidangan keraian. Tema "Hari Jadi". Hias bilik restoran macam birthday party di rumah. Isyh budak-budak ni, siap main-main dengan belon-belon hiasan. Lepas ambil Aiman di pusat transit Tadika ABIM, kak long terus balik ke rumah. Hari ni ABC, Allah bagi cuti, jadi terus bummm tidur. Tengah mamai, agen maid (maid kami yang lari tu) telefon.

"Cikgu, akak nak minta no akaun cikgu. nak masukkan baki duit cikgu hari tu. Tak banyak cikgu, lepas kena potong kos maid datang ke sini".

"Takpa kak, syukur Alhamdulillah, ada juga daripada tiada. Terima kasih banyak-banyak kak".

wah..ni mimpi ke betul-betul.?? Dengan pantas dan hati yang berbunga-bunga, no akaun dihantar kepada agen maid dengan jayanya.

Dalam hati..."Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Engkau limpahkan ini. Sedikit yang aku laburkan untuk ibuku, Kau ganti dengan yang lebih baik dari itu. Syukur Ya Allah"

Firman Allah SWT, bermaksud:

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua di dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `Uhh`, dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang ketika memelihara dan mendidikku semasa kecil. " (Al-Isra' : 23 & 24)

dan ingatlah..
  
Keredaan Allah kepada seseorang bergantung kepada keredaan ibu bapanya. Dan kemurkaan Allah adalah bergantung kepada kemurkaan ibu bapanya."
(Hadis al-Tirmizi).

Walau siapa pun kita, jangan lupa pada ibu bapa kita. Tanpa mereka, kita tidak akan dapat melihat dunia ini. SAYANG MAK & AYAH.