Jumaat, 30 Oktober 2009

Diuji lagi - Hana demam

Bila buka blog mama neha (ada citer baru tapi tak up date plak kat tepi tu) Rasa sedih lah sebab tak dapat join diaorang. Masa tu, seminggu Hana demam dan duduk dalam wad. Dua tiga hari ni pun Hana demam lagi. Semalam dah jumpa Dr. Shah di KPJ Penang. Hana alergik habuk dan tak tahan aircond. Bila diri dia terdedah pada habuk dan aircond, dia mudah dapat demam. Memang berbeza dengan budak-budak yang tinggal di kampung. (macam ibu dia dulu-dulu) Main atas tanah, korek pasir. Main dalam kebun sayur. Takde pulak nak demam.

Balik dari hospital semalam, Hana ok je. Jadi, saya tinggalkan Hana dengan Kakak sebab nak hantar student saya balik. Bawa Aiman seorang je. Bawa Aiman pun dah cukup memenatkan. On the way balik, saya singgah kenduri di rumah Cikgu Shamsuddin. Cikgu Shamsuddin akan ke Mekah, pergi buat haji tahun ni. (Bila agaknya saya dapat pergi?? Dah daftar, 2026! Insya Allah, dalam arah menuju ke sana. Mudah-mudahan cita-cita tercapai sebelum 2026.)

Belum sempat nak makan, kakak call badan Hana panas. Dalam kelam-kabut nak balik, sempat juga minta lauk gulai daging bawa balik. Kepada Cikgu Shamsuddin dan isteri, saya minta maaf banyak-banyak. Bukan tak mau makan tapi saya ni bila dengar anak demam, mulalah jadi tak betul. Kalau boleh biar anak ada kat depan mata. Apa-apa yang terjadi, saya tak menyesal.

Begitulah juga masa tolong mak jaga adik-adik. Walaupun dah besar panjang, dah masuk U, saya akan susah hati bila dapat tahu dia orang ni sakit sebab diaorang besar depan mata kita. Sekarang ni rasa lega sikit (sikit jer) sebab masing-masing dah matang dan berkeluarga. Bila ada yang sakit, saya rasa macam nak terbang ke sana secepat mungkin. Mungkin sebab tu ada adik-adik saya yang tak pernah citer dia sakit pada saya.

Malam tadi, saya bergilir dengan suami menjaga Hana. Lepas subuh tadi, suami sambung tidur, letih jaga Hana. Saya terpaksa teruskan misi membuat kerja-kerja rumah. Semalam sebelum ke hospital, dah membasuh dan sidai baju. Hari ini mengemas rumah. Esok dah kerja. Biar penat, anak sakit pulak tapi puashati buat sendiri. Semenjak takde bibik ni, rasa macam aman pulak rumah. Itulah, ada hikmah di sebalik musibah yang Allah turunkan.

Isnin, 26 Oktober 2009

Adab Bersahabat

Pesanan Al-Qamah kepada anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:

1. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.

2. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.

3. Jika engkau membuat bakti kepadanya, pasti dia akan melindungimu.

4. Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.


Saidina Ali k.m.h pernah berkata:

"Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu (ketika susah dan senang). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu."


Dipetik daripada "Indahnya Hidup Bersyariat", Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid.

Selasa, 20 Oktober 2009

Farhanah tunjuk rasa protes

Argh!!!Penatnye hari ni..ada kelas katering. Buat set minum petang, ada air teh, tanduk savouri dan koleh kacang.


Balik dari sekolah dah pukul 3.00 ptg. Hujan turun lebat. On the way ambil Farhana dan Aiman di taska, aku hantar 3 orang student aku balik ke rumah yang mana rumah dia orang satu kawasan dengan taska tersebut. Sampai di Taska Wardah, aku tengok mata Farhana bengkak. Si kecil Farhana ni rupa-rupanya mengamuk tak mau tinggal di nurseri sebab dah syok duduk lama di rumah. Demam seminggu, ada ibu dan abah jaga, lepas tu cuti sekolah pulak sebab raya Deepavali. Syok banyak lah dia.


Sampai kat rumah, anak dara 2 orang ni tak balik lagi dari rumah makcik ta. Jam dah dekat 3.30ptg. Si Atikah dan Nabilah ni nak ponteng kelas Kafa pulak.. Ibu di sekolah mengajar anak orang nak bagi pandai, anak kat rumah pulak tak mau ke sekolah. Geram betul. Kita dah hantar dia orang sampai depan sekolah Kafa, dia orang tak mau turun sebab dah lambat..sakit hati betul. Ibunya kata, biar lambat, jangan tak pergi langsung. Dua-duanya berdegil tak mau turun. Rasa macam nak rotan-rotan je kat depan cikgu dia..(baru beli rotan, RM2 sebatang di Pekan Rabu, Alor Setar). Ya Allah, tingkatkanlah tahap kesabaran aku!!
Aku bawa semuanya ke kelas mengaji Al-Quran. Ustazah pun hairan sebab hari ni datang awal. Awal lah ustazah, ada orang ponteng kelas KAFA. Selesai mengaji, aku bawa anak-anak makan di kedai tom yam depan kelas mengaji. Lapar yang teramat lapar. Nama saja cikgu masak tapi tak sempat makan pun..Sebab tu, makin hari semakin kurus. Kat kedai makan, Farhana buat hal lagi. Habis diterbalikkan pinggan penuh nasi, tanda protes sebab kena tinggal di taska.
Sampai di rumah, dah jam 6.30 petang. Aku suruh semua anak-anakku mandi. Abah katanya ada meeting hingga kul 7 mlm. Balik lambat. Bila kakak dan abang mandi, si kecik ni pun nak mandi juga. Masalahnya, dia ni tak mau keluar dari bilik air. Mengamuk lagi..sampai jalan pun tak nampak dinding. Dah merah pulak pipi bertanda..Tak boleh jadi ni, aku tarik juga dia keluar dari bilik air. Sudahnya dia mengamuk nak balut dengan towel sahaja, tak mau pakai baju. Suka hati lah Farhana!!! Ibu dah penat sangat ni. Aku minta kakak buatkan susu untuk Farhana dan Aiman. Ku pujuk Farhana untuk pakai baju. Akhirnya Farhana tertidur jua dalam sendu yang masih bersisa.

Sabtu, 17 Oktober 2009

Nasi Lemak

Bahan:
300g beras
100ml santan pekat (santan kotak)
350ml air
1 batang serai (dititik)
1 inci halia dihiris
1 helai daun pandan (disimpul)
garam secukup rasa

cara:
basuh beras, toskan
masukkan ke dalam periuk.
masukkan semua bahan di atas
jangan lupa petik suis "cook" pada rice cooker
biar sampai ia masak, karihkan nasi lemak tadi

***untuk 4 orang makan

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan:
20 tangkai cili kering
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
seciput belacan
sedikit air asam jawa (ikut sedap)
1 cms gula
Garam ikut rasa (guna garam bukit ye)

Cara:
Potong kecil cili kering dan rendam dengan air panas (boleh juga direbus)
Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, belacan dan cili tadi hingga hancur.
Tumis hingga pecah minyak, masukkan gula.
Masukkan air asam dan adjust kuah sama ada nak likat atau cair.
Masukan ikan bilis dan garam.

Tips:
1. masukkan setitik dua minyak masak dalam pengisar semasa mengisar bahan tumis, supaya biji cili senang pecah.
2. Untuk yang tak mau guna belacan, ambil sejemput ikan bilis yang digoreng garing, kisar sekali dengan campuran bahan tumis.
3. Kalau guna udang (sambal tumis udang), masukkan 1 atau 2 cmb santan pekat. Pastu tambah le petai ke..ummm sedap nye..

**dulu emak jual nasi lemak. Mak goreng dulu ikan bilis, baru campur dalam kuah sambal. Bila dah jadi isteri Norhisham Osman ni, dia suka sambal ikan bilis yang tak goreng (terjun terus dalam kuah sambal). Masak untuk jamuan di sekolah, kena adjust pulak resepi ikut citarasa Tuan Pengetua.

Jumaat, 16 Oktober 2009

Corat-coret dari Modul 7 (modul pentaksiran MPV KP)

Air Teh (minuman yang merangsangkan)
Ada ralat sedikit. Jika berdasarkan modul pembelajaran, m/s 193, air teh dibancuh dengan susu (dah jadi minuman yang berkhasiat). Untuk pengetahuan semua, pentaksiran hendaklah dibuat seperti yang dikehendaki dalam modul pentaksiran.

Epok-epok Sayur untuk hidangan minum pagi.

Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis dan Air Koko untuk hidangan Sarapan.
(mengepek)



Khamis, 15 Oktober 2009

Kasih ibu

Hari ini hari Jumaat. Student Ekonomi Asas tingkatan 5 minta buat kelas tuisyen. Memang biasanya setiap Jumaat pagi (jika tiada apa-apa hal) saya akan buat kelas tuisyen percuma untuk student saya dari jam 8.30-10.30 pagi. Kesian kat budak-budak ni, ada yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Ada kelas tuisyen, tapi jauh di Kulim. Apalah salahnya, luangkan sedikit waktu untuk mereka. Belakang parang kalau diasah, kan tajam jua.. itulah prinsip saya.

Tapi minggu ni saya nak berehat memandangkan minggu lepas letih menjaga Farhana demam. Farhana deman dari hari Rabu minggu lepas, hari Sabtu dimasukkan ke hospital Pakar KPJ Penang di Perda. Hari Ahad, abah jaga. Hari Isnin, ibu pulak jaga. Hari Selasa, atuk mBun (emak kepada abah) pulak jaga. Badan penat sebab Farhana tak reti duduk diam. Memanjat katil. Main air dalam bathroom. Masuk dalam locker. Lari keluar wad. Nasib baik duduk single room, kalau tak, mesti patient lain tambah sakit. Doktor kata demam hana tak le teruk sangat tapi yang lambat baik tu sebab dia terlalu aktif, tak mau duduk diam.

Pagi ni, cadang bawa tok dan mak mentua ke market Kulim. On d way, call mak di Ampang (rumah Aisyah). Mak tak sihat, ada batu karang. Mulanya Aisyah nak bawa mak ke Prince Court (mak kata) tapi saya suruh mak gi buat check-up di HUKM. Senang sebab Khadijah ada di sana.

Saya pun plan asal nak balik ke KL, tapi atas advice doktor sebab Farhana baru nak baik demam, terpaksa cancel. Namun, bila dengar mak tak sihat, terasa masa ni juga nak terbang ke sana..

Bila kita dah berkeluarga dan jadi mak orang, baru kita tahu hakikat sebenar kenapa syurga berada di bawah tapak kaki emak. Kalau kita cakap "hush" pun, dah kira derhaka. Memang untuk para isteri, syurga berada di bawah tapak kaki suami. Tapi tak semua orang ada suami dan sudah semestinya semua orang dalam dunia ni ada emak.

Masa mula-mula mendirikan rumah tangga dulu, ayah berpantun..

nasi lemak buah bidara,
sayang selasih hamba lurutkan,
tinggallah emak, tinggallah saudara,
kerana kekasih hamba turutkan..

memang sedih waktu itu, tapi sekarang ni zaman dah berubah, teknologi semakin canggih. 3G kan ada, boleh buat video call.. namun bagi saya, tak puas kalau tak dapat cium tangan mak ayah. guna HP tak de semua tu.

Ahad, 11 Oktober 2009

Katakanlah:"Dialah Yang Menciptakan kamu dan Menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, tetapi sangat sedikit di antara kamu yang bersyukur."
(Al-Mulk, ayat 23)

Khamis, 8 Oktober 2009

Peluang Pada Hari Cuti PMR

i) Bufet Makan Tengahari di Kafeteria Suasana,
MPV Katering & Penyajian,
SMK Lunas.

ii) Persiapan tempat untuk Bufet Minum Pagi,
Hari Anugerah Cemerlang,
SMK Lunas, 2009
di Kantin SMK Lunas

Hari ini sepatutnya 4 Katering dicutikan sebab PMR tapi aku minta dengan PK1 agar diorang ni datang juga sekolah. Kalau tak, aku "terkurang ajar" hari ini dan dia orang "terkurang belajar" sebanyak 6 masa. (kalau dia orang bercuti, aku tak de kerja lah..sebab ada kelas dengan dia orang jer, macam tu lebih baik cikgu pun cuti sama..). Lagi pun dia orang ni tak ganggu kelas lain, berada di bengkel MPV.
Hari ini juga aku plan buat modul 7 Hidangan Makan Tengahari.
Menunya:
Sup Makaroni
Nasi putih
Ikan Masak Asam Pedas
Kailan Goreng Ikan Masin
Agar-agar Buah Campuran
Jus Karot Bersusu

Sebelum memasak, student katering ni kena buat merancang menu (ikut modul) dan membuat prosedur kerja.
Inilah hasilnya..set hidangan makan tengahari yang student 4 Katering sediakan pada hari ini.

Yang ni set yang dipek (cikgu nye "take away lah..")








Rabu, 7 Oktober 2009

Si kecil ni demam lagi


Ya Allah!
Malam-malam yang lain
pada sepertiga malam
kujaga dari lena yang enak
untuk mencari nurkasihMu
Seperti malam-malam yang lain juga
Kau gerakkan aku malam tadi
rupa-rupanya
di kala anak kecil ini
tersentap-sentap dalam keketaran
kaki lurus mengejung
lantas
ku dakap si kecil yang tak tau apa-apa
gigi terkancing rapat
kuramas tangannya yang menggengam keras
Ya Allah!! Selamatkanlah anak ku ini..
Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!! Allah hu Akbar!!!
Hana!! Hana!!
Ni ibu!!!
Abang!!!!Farhana kena sawan tarik lagi...
Malam ini
air mataku tumpah lagi
terus mengharap kasihMu Ya Allah!!
**********************************************************
(Sayu dalam hati ini, dia dah pandai baca Bismillah.
Setiap kali ku buka laptop, mesti dia tanya Anjutnya.
Bila ku pegang handphone, mesti dia tanya Alangnya.
Aku hanya boleh menjawab, Anjut school jauh,
Alang pun school jauh jugak)
Doa untuk Farhana semoga cepat sembuh. Siang tadi dia tak demam pun.
Sebelum tidur, kuurut kaki dan betisnya kerana dia mengadu sakit.
Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Alhamdulillah, sekarang demamnya dah kebah, tapi kami masih berjaga-jaga.

Isnin, 5 Oktober 2009

Ketika waktu itu...

WHEN YOU THINK
YOU HAVE NO CHANCE OF GETTING WHAT YOU WANT,
YOU PROBABLY WON’T GET IT,
BUT IF YOU TRUST ALLAH TO DO WHAT’S BEST
AND WAIT ON HIS TIME,
SOONER OR LATER
YOU WILL GET IT
OR SOMETHING BETTER…
Ketika ada 2 bulan lagi untuk menamatkan program Sarjana Pendidikan (2006), musibah melanda terlalu beban dirasakan.. Ketika itu, aku sedang sibuk menyiapkan bab 5 thesis. Hampir-hampir menyerah kalah..Tapi Alhamdulillah, Dr Ruhizani Yaakob,(penasihat/penyelia thesis) memberikan kata-kata semangat agar aku pulih dari jiwa yang meluntur. Ketika berada di biliknya, aku terpandang kata-kata di atas, lalu ku catat buat pembakar semangat. Terima kasih yang tidak terucap untuk Dr. Ruhizani. Tiada sebaik-baik hadiah yang dapat diberikan kepadanya, hanya doa agar Allah membalas segala budi baik beliau. Walaupun aku dapat A- untuk thesis M.Ed, namun aku bangga dan terharu, hanya 1 orang mendapat A dan 4 orang sahaja mendapat A- daripada 200 ++ orang calon.
Memang ada niat untuk menyambung hingga ke PhD, namun saatnya belum tiba. Biarlah ruang waktu ini diisi untuk keluarga dan mendidik anak-anak. Kesian Aiman, anak Master..Aiman lahir ketika ibu bergelut dengan M.Ed. Alhamdulillah, nampak ada kelainan pada Aiman berbanding kakak-kaka yang lain. Walaupun masih pelat bercakap tapi dia dah cenderung menbaca buku-buku yang tebal.
Dan kata-kata hikmah itu masih ku guna hingga kini, mengajar erti kesabaran, berusaha tanpa jemu dan bertawakal kepadaNya. Yang manisnya, suatu ketika nanti, Allah akan beri jua pada kita apa yang kita mahu ataupun mungkin lebih baik daripada apa yang kita minta. Jika tidak dapat di dunia, kita akan dapat di sana. Jangan berhenti mengharap pada Allah dan berbaik sangka dengan Nya. Redha dan sabar, setiap kesenangan dan kesusahan yang Allah kurniakan pada kita semua itu adalah ujian dariNya.

Khamis, 1 Oktober 2009

Luka sebab terluka

Hari ni jari terluka kena penutup dapur gas student terpelanting sebab skru tercabut. Lukanya sikit tapi bisanya sampai ke malam tak hilang lagi. Sedangkan luka dijari pun orang tak peduli, apatah lagi luka di hati, tiada siapa yang nak ambil tahu...