Jumaat, 30 Oktober 2009

Diuji lagi - Hana demam

Bila buka blog mama neha (ada citer baru tapi tak up date plak kat tepi tu) Rasa sedih lah sebab tak dapat join diaorang. Masa tu, seminggu Hana demam dan duduk dalam wad. Dua tiga hari ni pun Hana demam lagi. Semalam dah jumpa Dr. Shah di KPJ Penang. Hana alergik habuk dan tak tahan aircond. Bila diri dia terdedah pada habuk dan aircond, dia mudah dapat demam. Memang berbeza dengan budak-budak yang tinggal di kampung. (macam ibu dia dulu-dulu) Main atas tanah, korek pasir. Main dalam kebun sayur. Takde pulak nak demam.

Balik dari hospital semalam, Hana ok je. Jadi, saya tinggalkan Hana dengan Kakak sebab nak hantar student saya balik. Bawa Aiman seorang je. Bawa Aiman pun dah cukup memenatkan. On the way balik, saya singgah kenduri di rumah Cikgu Shamsuddin. Cikgu Shamsuddin akan ke Mekah, pergi buat haji tahun ni. (Bila agaknya saya dapat pergi?? Dah daftar, 2026! Insya Allah, dalam arah menuju ke sana. Mudah-mudahan cita-cita tercapai sebelum 2026.)

Belum sempat nak makan, kakak call badan Hana panas. Dalam kelam-kabut nak balik, sempat juga minta lauk gulai daging bawa balik. Kepada Cikgu Shamsuddin dan isteri, saya minta maaf banyak-banyak. Bukan tak mau makan tapi saya ni bila dengar anak demam, mulalah jadi tak betul. Kalau boleh biar anak ada kat depan mata. Apa-apa yang terjadi, saya tak menyesal.

Begitulah juga masa tolong mak jaga adik-adik. Walaupun dah besar panjang, dah masuk U, saya akan susah hati bila dapat tahu dia orang ni sakit sebab diaorang besar depan mata kita. Sekarang ni rasa lega sikit (sikit jer) sebab masing-masing dah matang dan berkeluarga. Bila ada yang sakit, saya rasa macam nak terbang ke sana secepat mungkin. Mungkin sebab tu ada adik-adik saya yang tak pernah citer dia sakit pada saya.

Malam tadi, saya bergilir dengan suami menjaga Hana. Lepas subuh tadi, suami sambung tidur, letih jaga Hana. Saya terpaksa teruskan misi membuat kerja-kerja rumah. Semalam sebelum ke hospital, dah membasuh dan sidai baju. Hari ini mengemas rumah. Esok dah kerja. Biar penat, anak sakit pulak tapi puashati buat sendiri. Semenjak takde bibik ni, rasa macam aman pulak rumah. Itulah, ada hikmah di sebalik musibah yang Allah turunkan.

2 ulasan:

anjut berkata...

Salam, kaklong, when i read this entry, i feel proud of u!i've told u that u can do evrything without bibik, actually, the 3rd person in a household makes thing messed up. kan selesa bila x der org luar dlm rumah kita..tp bukan la bermakna kaklong x leh amik bibik pasni, cuma kita pernah terbaca, rumah yg berkat itu sempurna bila ibu dan ayah memberi sepenuh hati pada keluarganya. n maafkan kita kalau ada terlanjur kata sebelum ni, bukan niat nak menyakitkan hati. cuma kadang2 apa yg meseg kita nak ckp tu, x tercakap. kita cakap 5 bahasa, tapi satu bahasa pun tak leh nak digunakan tuk sampaikan apa yang kat hati ni. so, siapa kata bercakap banyak bahasa tu satu kelebihan yg luar biasa?u know that i love u and my siblings more than any other human being in this world?rindu dengan Ika, Bella, Aiman n Nana...

Khairunnisa' Haji Hamsan berkata...

bila blh webcam?? hana dah pandai cakap