Hari ini hari Jumaat. Student Ekonomi Asas tingkatan 5 minta buat kelas tuisyen. Memang biasanya setiap Jumaat pagi (jika tiada apa-apa hal) saya akan buat kelas tuisyen percuma untuk student saya dari jam 8.30-10.30 pagi. Kesian kat budak-budak ni, ada yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Ada kelas tuisyen, tapi jauh di Kulim. Apalah salahnya, luangkan sedikit waktu untuk mereka. Belakang parang kalau diasah, kan tajam jua.. itulah prinsip saya.
Tapi minggu ni saya nak berehat memandangkan minggu lepas letih menjaga Farhana demam. Farhana deman dari hari Rabu minggu lepas, hari Sabtu dimasukkan ke hospital Pakar KPJ Penang di Perda. Hari Ahad, abah jaga. Hari Isnin, ibu pulak jaga. Hari Selasa, atuk mBun (emak kepada abah) pulak jaga. Badan penat sebab Farhana tak reti duduk diam. Memanjat katil. Main air dalam bathroom. Masuk dalam locker. Lari keluar wad. Nasib baik duduk single room, kalau tak, mesti patient lain tambah sakit. Doktor kata demam hana tak le teruk sangat tapi yang lambat baik tu sebab dia terlalu aktif, tak mau duduk diam.
Pagi ni, cadang bawa tok dan mak mentua ke market Kulim. On d way, call mak di Ampang (rumah Aisyah). Mak tak sihat, ada batu karang. Mulanya Aisyah nak bawa mak ke Prince Court (mak kata) tapi saya suruh mak gi buat check-up di HUKM. Senang sebab Khadijah ada di sana.
Saya pun plan asal nak balik ke KL, tapi atas advice doktor sebab Farhana baru nak baik demam, terpaksa cancel. Namun, bila dengar mak tak sihat, terasa masa ni juga nak terbang ke sana..
Bila kita dah berkeluarga dan jadi mak orang, baru kita tahu hakikat sebenar kenapa syurga berada di bawah tapak kaki emak. Kalau kita cakap "hush" pun, dah kira derhaka. Memang untuk para isteri, syurga berada di bawah tapak kaki suami. Tapi tak semua orang ada suami dan sudah semestinya semua orang dalam dunia ni ada emak.
Masa mula-mula mendirikan rumah tangga dulu, ayah berpantun..
nasi lemak buah bidara,
sayang selasih hamba lurutkan,
tinggallah emak, tinggallah saudara,
kerana kekasih hamba turutkan..
memang sedih waktu itu, tapi sekarang ni zaman dah berubah, teknologi semakin canggih. 3G kan ada, boleh buat video call.. namun bagi saya, tak puas kalau tak dapat cium tangan mak ayah. guna HP tak de semua tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan