Khamis, 11 Mac 2010

Sewaktu waktu dahulu ketika saat menjadi ibu..



Menjadi ibu adalah suatu saat yang paling indah bagi seorang wanita yang bergelar isteri. Bayangkanlah ada nyawa lain di dalam badan kita. Ke mana sahaja, dia tetap berada dengan kita. Saat "membawa" mendatangkan pelbagai pengalaman yang berbeza-beza bagi setiap orang, bahkan bagi setiap anak juga caranya berlainan. Pengalaman mengandungkan empat orang anak, cukup memberi aku pengalaman yang tak terhingga, yang tak dapat dikutip di mana-mana.

Bila aku disahkan mengandung, aku macam blur-blur. Serba tak reti sebab first time. Macam tak ready lagi sebab ketika tu aku sedang mengikuti pengajian Diploma PEndidikan di USM. Nak tanya mak, malu. Nak tanya kakak, aku anak sulung. Hanya pengetahuan dari kawan-kawan dan hasil pembacaan yang membantu aku menjalani hidup baru sebagai seorang bakal ibu.

Tiga bulan pertama, aku mengalami alahan yang amat teruk. Pernah suatu ketika, selepas pulang dari airport menghantar suamiku outstation, aku muntah teruk hingga jatuh tak sedar diri dalam bilik air. Mujurlah nenek suamiku ada sama. Jika tidak, mungkin aku dan anakku tidak ada ketika ini.

Bila sudah mendapat balik selera makan ku, aku menjadi semakin sihat. Aku sama-sama dengan rakan-rakan lain berjalan kaki ke kampus USM di Minden yang berbukit-bukit. Berlari-lari mengejar kelas dari satu dewan kuliah ke dewan kuliah yang lain. Selalunya aku terlupa ada orang lain yang ku bawa sama ke kelas.

Selera makan ku bertambah-tambah. Banyak kedai makan di area Sungai Dua hadapan USM. Hampir semuanya aku cuba. Yang paling kerap aku masuk ialah Mac Donald's dan yang jauh sikit ialah Nazir Nasi Ayam di Komtar. Kononnya nak cover zaman tak lalu makan masa awal mengandung. Hingga satu tahap, aku dah overweight. Aku dapat kencing manis ketika mengandung. Kena lah minum air glukose yang tak sedap tu. Tapi Alhamdulillah, hanya dalam air kencing tapi tiada dalam darah. Kesannya, baby akan besar dalam kandungan. Bayangkanlah, ketika exam, aku tak boleh duduk di kerusi kuliah dek perut yang terlalu besar.Kaki membengkak kerana tidak dapat menampung berat badan. Aku juga mengalami kesukaran ketika hendak melahirkan anak pertama kerana selain tiada pengalaman, baby juga besar (3.6kg).

Ingatkan anak pertama jer yang alah, rupa-rupanya empat kali mengandung, aku mengalami alahan teruk ketika awal mengandung hingga masuk bulan ke lima. Paling teruk mengandungkan anak lelaki (alah hingga saat nak bersalin). Keluar masuk hospita dah jadi perkara biasa. Kena drip dua tiga hari, keluar. Minggu depan masuk semula..hinggakan nurse dalam ward tu dah kenal. Dari anak kedua hingga ke empat.Masalahnya, lepas alahan, aku jadi kuat makan. Dan masalah yang sama, aku dapat diabetic ketika mengandung. Setiap kali mengandung, pasti kena minum air glukose sebanyak 2 kali sebab dah ada sejarahnya.

Berat badan semakin naik. Selepas anak ke tiga, berat badanku hanya turun sedikit sahaja. Tak sempat nak slim, dah ada yang ke empat. Anak ke tiga dan ke empat lahir pada hujung minggu ke 35. Akibat dari overweight, banyak masalah yang timbul. Sebelum bersalin, beratku hingga mencecah 84kg. Masa check di klinik, aku selalu tipu nurse, sebab takut kena marah. Last berat selepas bersalin ialah 78kg. Aku jadi macam gajah. Masalah sakit pada kaki dan tulang belakang kerana membawa bebanan yang berlebihan dan sukar bila nak buang air kecil dan besar....bersambung, dah mengantuk nih.