Khamis, 18 Februari 2010

Dam Dam Dum Bunyi Mercun

Cuti raya (TBC daaa) kali ni very hapenning! Mana tak nyer. Kastam dan polis macam lupa nak sekat orang main mercun seperti yang lepas-lepas. Hairan juga yek sebab kat mana-mana ada orang main mercun dan bunga api tapi belum pulak dengar ada yang putus jari atau hilang mata.

Selama 13 tahun Norhisham Osman menjadi suami saya, agaknya(kes terlupa sejarah, tak tulis dalam diari tarikh balik kampung) inilah first time dia sambut TBC di Air Hitam.

Pst! Bila sampai jer rumah mak ayah, dia akan senyap jer. Sebabnya tak reti nak berbual sama sebab kitaorang cakap loghat Johor + Jawa dengan laju. Member ni diam jer lah. Bila orang tanya, dia jawab. Nak sembang lebih-lebih, takut silap interpretation pulak. Cuma kalau jumpa Anep, Jaafar atau Rossi, dia ok sikitlah sebab ada geng.

Nak jadikan cerita, suasana malam TBC di Air Hitam sangat meriah bagi kami yang dah biasa macam tu. Mercun dan bunga api saling tingkah meningkah, lawan berlawan, gegak gempita suasana alam. Cantik sangat!! Segenap penjuru bagai berlawan-lawan. Sambutan New Year kat Padang Kota, Penang pun kalah. Hisham tak biasa dengan keadaan macam ni. Aiman pun sama. Si abahnya seronok macam perang katanya. Si anak menangis takut sebab dah macam perang. Keluar lah dua beranak ni melihat orang main mercun dan bunga api hingga jam 1 pagi. KAmi adik-beradik tidur macam tak ada apa-apa yang terjadi. Telinga kuali sungguh. Keh keh keh.

Haah tu laaa kan dah kata, syok balik Johor. Macam-macam ada. Raya Aidilfitri pun seronok sebab sambutan di sini meriah dengan acara "Baraan" dan "ngunjung". Kat tempat lain (macam Kedah) tak ada semua tu. bagi saya, "Baraan" atau "Marhaban" dan "ngunjung" lah yang menghidupkan suasana raya. Masa ni lah kita boleh jumpa saudara-mara yang ada. Teringat peribahasa lama, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, elok lagi di negeri sendiri".

Apa pun, raya tetap ikut giliran, bagi adil. Ingat! Syurga di bawah tapak kaki suami. Kali ni seronok balik kampung. Terima kasih kepada suamiku kerana membawa kami balik ke Johor cuti kali ni.

2 ulasan:

HudaAteh berkata...

suami kita pun ckp dia 'culture shock' dengar bunyi mercun mcm machingan...hehehe..selama ni dia duk shah alam suasana tempat yg majoriti melayu senyap sunyi....bila pindah umah kat area cina, baru rasa CNY...dia x tido sepanjang malam sbb bising katanya..kite nyenyak mcm kak icak ckp..telinga kuali!..hahahaha

Khairunnisa' Haji Hamsan berkata...

heh heh heh sian dia orang yek. Memang culture shock or in bahasa kampung, terkejut beruk. keh keh keh.