Selasa, 16 Februari 2010

Cuti Tahun Baru Cina di kampung, Air Hitam, Johor

Salam, rasanya dah lama tak jengah ke sini. Kesibukan sebagai surirumahtangga dan pendidik telah membataskan aktiviti saya untuk menulis. Sempena cuti TBC yang panjang, saya mengajak suami balik ke kampung di Air Hitam. Setiap hari ayah sms tanya bila nak balik? Sejak ayah xcdent ari tu, saya belum berkesempatan untuk pulang menjenguknya.

Hari Jumaat, 12hb Feb lepas, kami bertolak dari Kulim Jam 12.00 malam. Sebenarnya ada merasa hairan sedikit dengan suami, kenapalah dia nak bertolak tengah-tengah malam. Alasannya, tak tahan panas matahari petang, lagi pun ada harga diskaun untuk tol waktu malam. (yang ni saya tak sokong, mengalakkan pemanduan di waktu malam. MERBAHAYA!!)

Sepanjang perjalan di highway PLUS, keadaan dari arah utara ke selatan lengang. Boleh piknik atas jalan. Tapi dari arah selatan ke utara, kenderaan memenuhi lebuhraya seperti satu rantaian tiada penghujung. Sampai di r&r Tapah, kami berhenti berehat (tidur sekejap). Selepas tu kami berhenti lagi di *** tak tau kat mana, yang pastinya hentian di lebuhraya sebelum jumpa exit ke Lebuhraya Guthrie. Ramai juga orang lain berhenti rehat di situ. KAmi tidur anak beranak dari jam 4.00pg hingga azan subuh. Saya gerakkan suami kerana tiada tempat yang sesuai untuk solat subuh. Akhirnya kami berhenti solat di Tol Rawang Selatan, Lebuhraya Guthrie.

Perjalanan diteruskan. Ketika memasuki Lebuhraya PLUS di Nilai, kenderaan dah mula banyak dan bergerak perlahan.Tiba di kawasan Air Keroh, suami dah tak tahan mengantuk. Saya mengambil alih pemanduan. Ya Allah, dah lah jalan banyak kenderaan, Aiman buat hal pulak. Agaknya dia bosan lama sangat dalam kereta. Nak marah, buat penat tapi telinga sakit dengar dia menjerit-jerit berkelahi dengan dua orang kakaknya. Suami dah hanyut tah ke mana. Tetiba saya terpandang meter minyak, alamak dah naik lampu merah. YA Allah, selamatkan lah aku, janganlah habis minyak di tengah-tengah highway ni. Sepanjang masa aku berzikir SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILLAH HAILLALLAH WALLAHHU AKBAR..Saya cuba mengalihkan pandangan Aiman ke luar kereta.

"Aiman, tengok tu pokok kat luar tu tak sama macam kat Kulim."
"Memanglah ibu, dia tak mau tumbuh kat Kulim."
"Kenapa dia tak mau tumbuh di Kulim?"
Kakak menjawab "sebab tanah tak sama macam kat tempat kita."
"Ibu, tu pkok getah kan?" Nabilah menunjuk ke arah pokok di tepi highway.
"Laa kak ngah, tu pokok jati lah.. pokok getah yang macam tu" saya menunjukkan pokok getah di ladang getah di tepi highway tersebut.

MAsing-masing mula beri pendapat tentang apa yang mereka nampak. Ada daun pokok warna hijau, merah dan kuning. Ada pokok jati, pokok kelapa sawit. Ada pokok pisang hutan..dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah, anak-anak dah mula beralih pandangan ke luar kereta.Itulah satu cara terbaik untuk hentikan mereka bergaduh. Cara psikologi, jangan guna sekehlogi. Alihkan perhatian mereka ke sesuatu yang lain, yang membolehkan mereka terlupa pada subjek yang mereka bertekak tadi. Akhirnya, masing-masing berlawan-lawan memberikan pendapat tentang apa yang mereka nampak di luar kereta. SAya tersenyum sendiri. Objektif nak suruh mereka berhenti bertekak dan mendapat ilmu baru tercapai. Perasaan saya yang bimbang pun beransur kurang sebab dah kurang sedikit tekanan ketika memandu.

Tiba di Pagoh, saya berhenti mengisi minyak. Suami mengambil alih memandu. Sepanjang perjalana ke Air Hitam, tiada perkara buruk berlaku. Kami tiba di tol Air Hitam dalam jam 11 pagi. Sebelum sampai ke rumah mak, kami singgah di pekan Air Hitam, membeli pisang tanduk dan buah pelam.Akhirnya, selamat sampai di rumah mak. Aisyah dah sampai dulu, awal beberapa minit dari kami. Tak lama kemudian, Nina pulak sampai. Penuh rumah mak dan ayah dengan anak-menantu dan cucu-cucu. Ayah terus jadi sihat.

1 ulasan:

Pak Lang berkata...

Macam cerpin. Tapi baguslha tu....