Selasa, 18 Ogos 2009

Musim Demam


Sekarang ni ancaman selsema babi makin teruk. Kami sekeluarga turut berjaga-jaga dengan wabak ni. Almaklum sajalah, kami golongan lemah daya tahan, mudah diserang demam. Sekarang ni pun cik abang ni pun dah batuk-batuk. Terpaksa kerja dari rumah. Nasib baik company dia ni boleh bekerja secara online dari mana-mana pun. Dah duduk di rumah, so kita belikan dia mask 1 kotak tapi tak mau pakai pulak. Bukan cerewet tapi kita takut lah batuk dia tu jangkit kat anak-anak. Sekarang ni aiman pulak demam. Meracau-racau pulak tu. Dia kata nampak toyol masuk bilik malam-malam...heiii aiman ni, biar betul...

3 ulasan:

anjut berkata...

comel la aman, nampak toyol dlm bilik.hahahah!btw, kenapa gambar farhana ngn aiman jer kt dlm ni?yg lg dua org?

DeAnaziha berkata...

Ha..ha..susah le nak explain kat bebudak pasal selsema babi. Hari tu niha tengok gambar konvo, dia kata "Eh, kenapa tak bawa kakak? mana ada babi? tak nampak pun babi dalam gambar tu? Mana dia babi yang selsema?" Ha..ha..ha..

Khairunnisa' Haji Hamsan berkata...

budak dua orang tu susah nak diamik gambar. terlalu sibuk dengan sekolah, kafa, mengaji dan tuisyen. nanti kalau cuti sekolah, baru ada masa nak posing.