Jumaat, 21 Ogos 2009

Pagi Hari Pertama Ramadhan


Selepas subuh, Nabilah dah bersiap-siap nak ke seminar di Dewan SIRIM anjuran pusat tuisyen PUJI. Melawa dengan baju raya tapi tak berus gigi. Kak ngah puasa, mana boleh berus gigi! Alaa kalau tak puasa pun, kak ngah liat nak berus gigi. Pagi-pagi lagi abah dah tarik tilam Aiman depan TV. Kesian Aiman. Chengkeringnya dah keluar hingga ke kaki tapi tak banyak. Semalam abah dah bagi minum air kelapa (ayaq nyoq). Abahnya pesan Aiman jangan keluar rumah sebab hari ni hujan. Nanti kalau kena hujan, Aiman jadi tak hensem. So, hari ni Aiman terlantar di depan tv saja lah.
Lepas hantar Nabilah ke Dewan SIRIM, kami (ibu & abah) ambil peluang ke Market Kulim (Pasar Kulim). Membeli-belah bahan memasak untuk berbuka nanti. Tak banyak gerai yang buka di kawasan luar pasar sebab hujan awal pagi tadi. Aku beli ulam pegaga, sayur sawi, serai dan daun pudina. Daun pudina tu aku plan nak buat nasi beriani. Berangan je lebih. Tengoklah kalau rajin. Ku cari tempe tapi tak ada. Aisehman, orang jual tempe cuti sebab sambut Ramadhan.
Sampai di gerai surat khabar, aku beli Berita Harian dan Majalah Saji. Sham belek majalah tu. Eh, buat apa beli majalah ni, kan saya dah belikan buku Pancakes. Ada atas meja dalam bilik? Bang! Pancake tu lempeng lah.ni resepi kuih raya. Memang Sham rajin beli buku resepi dari oversea semenjak aku terlibat dengan dunia katering ni. Buku-buku tu banyak juga membantu dalam p&p aku. Advance sikit dari modul p&p student, untuk pengayaan.
Dalam perjalanan pulang dari market, aku mula membuat perancangan menu untuk buka puasa nanti. Nasi putih je lah sebab tak beli ayam. Kari ikan temenung, ulam, sambal belacan. Ikan bakar cari kat dapur tunjuk. Untuk dessert, aku plan nak buat puding jagung. First day buat yang simple je..masih merancang lagi ni...kalau jap lagi gi Bandar Sunway, mesti resepi berubah..apa-apa je lah.(puasanya pun baru sampai pukul 11.40 pagi..heh..heh..heh..)




2 ulasan:

anjut berkata...

haha, dari si ika kecik sampai ke adik dia asyikkk ikan termenung jer, padan la diorang suka termenung! pernah hari tu abg long ckp "abg x reti nak beli ikan apa la ,kau beli la jut" pastu bagi kita duit, tapi last2 kita beli ikan termenung jugak.hehe!

Tanpa Nama berkata...

Salam, antara kaklong dan abang long dah tentu tak sekufu dari segi adat, budaya dan peradapan. Gaya makan pun berbeza. Apa yang kita makan, kadang-kadang dia tak makan, begitulah sebaliknya. Jadi, jalan tengah paling mudah, beli ikan temenung. Semua orang makan tapi tu macam dah trademark je. Boring.boring. boring.