Khamis, 27 Ogos 2009

Ibarat melepaskan anjing yang tersepit.....

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya." (Surah Al-Hadid:22)

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah menjadi baik maka ia akan diuji olehNya." (Hadis Nabi)

Semalam aku dan Sham membawa ke semua anak-anak kami berjumpa Pak Ismail (agen pembantu rumah). Pada awalnya, Pak Ismail meminta kami bersama-sama menghubungi agen di Indonesia berhubung bibik kami yang lari ni. Tetapi aku melahirkan rasa hairan dan tidak puashati kerana itu bukan tugas majikan sebab kami dah bayar wang servis kepada agen. Kami dah bayar dia RM7000 lebih untuk urusan mendapatkan pembantu rumah. (Hakikatnya, perbelanjaan untuk mencari pembantu rumah dari Jawa tidaklah semahal itu.) Aku tegaskan itu bukan urusan kami. Akhirnya, hasil perbincangan yang agak tegang semalam, untuk mendapatkan pengganti yang baru, kami terpaksa membayar 4 bulan gaji bibik kami yang lari itu. Sham hanya mendiamkan diri tetapi memang jelas nampak di mukanya perasaan tidak puashati dengan saranan Pak Ismail. Memang nampak sangat jika ada apa-apa hal yang berlaku, majikan yang teraniaya. Agen hanya mengaut keuntungan sahaja.

Kepada Bibik Tasiyem: kamu telah meminjam wang 2 bulan pendahuluan dari kami untuk perbelanjaan hospital anak dan suami kamu. Dan kamu telah berjanji akan bekerja dengan kami untuk membayar balik hutang tersebut. Kamu juga berjanji akan kerat jari jika kamu lari. Nah!! Sekarang bagaimana dengan janji kamu?? Seandainya kami jumpa kamu, kami akan minta kamu kerat jari kamu sendiri.

Ingatlah yang lain-lain, jadikanlah apa yang kami lalui ini sebagai iktibar, ingatan dan renungan bersama. Walaupun mereka sesama bangsa dan agama tetapi masih sanggup menipu dan mengambil kesempatan atas saudaranya sendiri demi kepentingan diri sendiri.

Nampaknya raya ni, kami serba sederhana. Silap haribulan, kami tak dapat balik kampung..hari ini aku terpaksa mencari pengasuh baru untuk farhana dan aiman. Adik aku, Aan (cuti al-azhar) ada di kampung, sudah kukerahkan ke sini untuk membantuku. Kalau diikutkan, memang berserabut sebab dah nak raya ni..Apa pun, bersabar itu lebih baik dari segalanya..

5 ulasan:

anjut berkata...

i don't agree with word "kerah", mcm paksa aan pulak. (esok or lusa, kalau so atikah or nabilah malas datang rumah kami bantu apa yg patut, siap la diorang). kita rasa dah tiba masanya kaklong tak yah pakai bibik. atikah dah besar dah pun. hey, it's not the end of the world when u don't have a maid around.

DeAnaziha berkata...

Jut, I think lets klong said what she want to say. Kata-kata klong bukan maksud konsep istilah tu pun. Kadangkala memang patut pun klong kata mcm tu kat adik-adiknya, coz kalau sesiapa tak setuju dgn kteh pun kteh tetap nak ckp klong ni sentimental value sikit pada adik-adiknya, mcm ayah dgn adik-adiknya juga.

Utk klong pula, kita dah banyak rasa kena tipu dgn bibik. sabar je lah, sebab semua ujian tu Allah bagi selayak dgn yang menerimanya. Kalau bersabar ditingkat lagi satu darjat. Begitulah orang-orang yg beriman.

Khairunnisa' Haji Hamsan berkata...

apapun, terima kasih atas ingatan adik-adik yang memahami.

anjut berkata...

yer la, aku sorang tak faham semua orang.whatever!

Khairunnisa' Haji Hamsan berkata...

Upah mengasuh seorang budak seperti farhana Rm200 dari kul 7 pagi hingga 3 petang. lambat amik, kena charge tambahan. Kalau 2 orang budak, dah Rm400. Lebih baik amik orang gaji. Sebulan RM430. Tapi nasib tak baik dapat yang tak sempurna akal fikiran. Inikan semuanya dugaan Allah. Kena redha apa yang terjadi. Kaklong tak mau susahkan orang lain, terutama mak dan ayah untuk bantu kak long. Sekarang ni sepatutnya kita kena senangkan mak dan ayah. Harap semua faham dan tak menyentuh sesapa pun.