Pada 28 Julai 2009, jam 11 pagi, pagar dan tembok rumah kami telah dirempuh oleh sebuah kereta proton waja yang dipandu oleh seorang ustazah. Aku bergegas balik ke rumah setelah terima panggilan kecemasan dari bibik.
Hannah yang sedang tidur, terkejut dek bunyi dentuman yang kuat. Ketika aku balik, aku lihat Hannah diam kebingungan dalam dokongan bibik. Ustazah yang melanggar tembok rumahku ada di dalam rumah. Keadaannya menimbulkan rasa seram. Aku segera menjerit minta bantuan jiran-jiran. Tak lama kemudian, suamiku, suami ustazah tersebut dan polis tiba. Usaha memujuk ustazah tersebut keluar dari rumahku gagal. Pihak polis meminta bantuan mana-mana ustaz untuk melembutkan ustazah tersebut. Aku teringatkan Abang Mie, suami kak Ros (sekuliah Usz Hanafi di Darul Shifa'). Dengan bantuannya dan beberapa orang rakan, ustazah tadi dapat dibawa keluar ke balai polis.
Usaha untuk menenangkan ustazah tersebut berlarutan hingga ke petang. Kesian abang Mie, dipanggil semula ke balai polis. Aku pulang semula ke rumah menguruskan hal rumah ku.
Farhanah mula meragam hingga ke petang. Selepas waktu maghrib, badannya mula panas. Ketika jam 12 tengah malam, badannya sangat panas. Ketika aku nak masukkan ubat ke bahagian bawah badannya, tiba-tiba Farhanah menjerit ketakutan dengan keadaaan mata yang terbeliak dan tangan yang mengeletar. Aku terus memeluk Farhanah dan mengejutkan suamiku. Aku basahkan kepala Farhanah dengan air yasin yang kuletak disamping katil. Suamiku memeluk Farhanah sambil membaca ayat kursi. Hatiku melibang libu. Dengan linangan air mata, aku qamat sekadar didengar oleh anakku.
Hati mana yang tak sedih melihat anak keras kejang kaku, mulut berbuih-buih. Setelah membasahkan Farhanah di bilik mandi, kami terus membawanya ke hospital. Sepanjang perjalanan ke hospital, terasa amat jauh. Tak henti-henti kami membaca mana-mana surah dan ayat yang kami tahu. Farhanah ditahan di wad selama 3 hari. Ya Allah! Ketika tu, tak tau nak gambarkan bagaimana perasaan kami suami isteri. Aku temankan Hannah di hospital, sedangkan suami, anak-anak yang lain dan bibik di rumah, tidur dengan keadaan rumah tidak berpagar. Kakak Ika kata selipar kakak, selipar ke surau abah dan kasut nabilah rosak digonggong anjing di tengah jalan.
Hingga kini, trauma masih ada lagi. Allah nak uji kami. Banyak-banyak rumah, rumah kami yang terpilih. Musibah yang datang, bertimpa-timpa dalam waktu yang terdekat. Ketika tu pulak aku tengah sibuk menguruskan permohonan sebagai guru cemerlang. Pak Lang Ateh banyak memberi kata-kata semangat untuk teruskan perjuangan. Ujian ini benar-benar menguji kesabaran dan ketabahan kami.
"Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada sengsara akibat bencana, ditimpa kesusahan, takdir buruk, dan musuh yang bergembira." ( Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan