Khamis, 24 September 2009

Sambutan Raya Aidilfitri 1430H

Tahun ini, anak-anak berhari raya dengan yang perlu sahaja. Baju raya hanya seorang sehelai untuk yang perempuan. Baju raya Aiman tahun lepas masih elok lagi dan masih boleh dipakai. Abah pun tak beli baju baru, pakai yang tahun lepas punya. Kiranya tahun ni tak berapa sesak sangat kepala nak fikir tukar benda-benda baru. Ibu pun pakai baju yang selalu pakai ke sekolah. Yang penting, kita dapat balik raya rumah atuk di Johor. Itulah ada hikmahnya dari Allah. Allah beri sebab ibu dan anak-anak kena demam, jadi dalam bulan puasa tak berjalan terawih di shopping mall. Abah dapat berterawih di surau. Tahun ni Aiman dah ikut terawih sama. malam-malam, bersama-sama mencari al-Qadar.

Untuk tol, ibu top-up RM250 untuk perjalanan raya pergi dan balik. Untuk petrol pula, hampir RM500 untuk perjalanan pergi-beraya-balik semula ke Kulim. Mesti ada kekurangan pendapatan bagi isirumah. Isirumah terpaksa memilih berdasarkan kepuasan yang maksimum. Akibatnya, berlakulah kos lepas iaitu pilihan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan. (Teori Ekonomi Asas - Masalah Ekonomi: Konsep kekurangan, pilihan dan kos lepas)

Maknanya, ada pilihan samada belanja nak tukar semua baru (raya kat Lunas jer) atau jimat kos untuk balik beraya di Johor. Jadi, ibu pilih jimat kos untuk balik beraya di Johor. Jadi, kos lepasnya ialah...pilihan kedua terbaik terpaksa dilepaskan.

Alhamdulillah, perjalanan pulang ke kampung dan balik semula ke Kulim lancar, tidak tersekat dengan jem yang teruk. Cuma on the way nak ke rumah mak teh jer yang tersilap masuk simpang di Shah Alam. Abah tak perasan agaknya sebab dah terlalu letih memandu. Tiba di rumah mak teh, jam tepat kul 11.50 malam. Mak teh yang sambut di luar pagar.(orang dalam pantang ni memang tak reti berpantang)


Kakak Neha dan Adik Hana main waktu semua orang tengah tidur


Jam 4 pagi, acik call ajak bertolak ke Johor. Alahai acik, mengantuk lagi ni..acik jalan dulu lah. (dengan sentra barunya). Kami bertolak jam 7 pagi, sampai di rumah atuk jam 11 pagi.


Di rumah atuk pun, persiapan sederhana juga. Acik sampai awal, jadi dapat bawa atuk shopping barang basah di Parit Raja. Abah bawa ibu belanja barang-barang keperluan lain di Batu Pahat. Kuih raya atuk meriah juga tahun ni. Semua bawa serba-sedikit. Sampaikan rempeyek order khas dari Ijok pun habis kena makan, tak sempat bawa balik ke Kulim.


Kuih atuk dan kuih mak teh


Beraya sakan dengan Acik, Pak Met dan Pak Ude. Hari raya pertama, m ak teh ikut sekali. Hari raya ke dua, masing-masing dah tak tau nak gi mana, terus plan beraya ke Sungai Balang. Maka, konvoi lah kami beramai-ramai. Pak met selalu tercicir kat belakang. Terpaksalah acik tunggu kat tepi jalan. Alhamdulillah, abah cekap juga bawa kereta kat kawasan kampung ni.


On the way ke Sg. Balang, melintas di tepi Sg. Batu Pahat (depan Hospital Putra) nampak gerai nasi beriani. Teringin pulak nak rasa. On the way balik, sms pada acik dan pak met, ajak singgah kat situ. Acik sms semula, balik terus lah, mengantuk. Pak met pun sms macam tu.. So Abah pun jalan terus. Sampai kat Simpang Low Piak, acik sms "kita orang dah sampai kat nasi beriani ni..!!! Eiii....acik n pak met ni..memang nak kena gam macam beriani gam..ibu minta abah patah balik.




Kami beramai-ramai kenduri kat situ. Abah try nasi beriani gam. Abah tanya, apa bezanya beriani gam dengan beriani biasa. Ibu tengok beriani yang abah makan tu beriani biasa. Mak ndak kata kalau beriani gam, lauk masak tanam dalam nasi. Lauk beriani abah cuma timbus dengan nasi jer.


Uncle Rossi, kakak, mak andak order nasi goreng ayam. Acik dan pak usu wawan order mee bandung. Macam sedap jer sebab kuah pun naik hingga ke tudung. Abah order extra 2 untuk bawa balik bagi atuk rasa.

Hari raya ke 3, kami balik semula ke Kulim. Saja balik awal, banyak perkara yang perlu diselesaikan. Almaklum, masa terlalu pack seminggu sebelum raya. Antara aktivitinya ialah...cat rumah heh heh heh..


Semoga Allah memberkati kami sekeluarga pada perhimpunan raya kali ini...













3 ulasan:

DeAnaziha berkata...

1. Perasan tak budak dua tu (hana n neha) sama pulak muka n rambut dari tepi. Ni Amat pulak Pak Teh kata muka Aiman.......

2. Raya lain kali balik singgah serdang dulu, boleh beraya rumah tok uda, tok anjang dgn tok usu.

Khairunnisa' Haji Hamsan berkata...

Insya Allah, tengoklah raya haji nanti. Kali ni tak sempat sebab nak elak jem di highway dan banyak benda tak settle sebelum raya hari tu..

Memang muka Aiman masa baby ada iras muka amat. Tengok dahi dan hidung lah..macam sama tapi tak serupa

Pst!!! Kaklong rasa warna cat dinding baru ni macam rumah kteh lah...abg long ni sama taste ngan jaff kut??

DeAnaziha berkata...

1. Pembetulan.....aidilfitri 1430 la bukan 1403.

2. Raya haji kena bgtau bila nak dtg coz bulan 11 atok sg blg buat kenduri aqiqah Amat (tak tau tarikh lg).