Salam, sebenarnya aku lemas dengan nama aku yang salah dieja ni. Sejak dari kecil lagi, menjadi bahan ejekan kawan-kawan. Walaupun unik, tapi aku tak suka sebab maknanya tak berapa elok : Hair - tiada makna kecuali khair iaitu sebaik-baik. Nisya - maknanya tepung jagung, Nisa' -perempuan. Bila tanya mak dan ayah, katanya nak dinamakan Khairunnisa' tapi tersilap tulis dalam surat beranak.
Orang lama dulu-dulu, tak berapa beratkan sangat maksud nama ni.. nama ni lah yang kita akan bawa hingga ke akhirat. Dah lama niat ni ada dalam hati tapi tak tau bagaimana caranya.. semalam hari Isnin Hari Nuzul Al-Quran, cuti bagi negeri Pulau Pinang dan Perak (jiran yang hampir) tetapi tidak bagi Kedah kerana Kedah dah ambil cuti untuk Awal Ramadan. Jadi, aku mengajak Aan menemaniku ke Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Kulim untuk (kononnya) betulkan ejaan nama. Sampai di kaunter bahagian perhubungan pelanggan, aku bertanyakan prosedur untuk tukar nama. Pegawai tu menerangkan "nak tukar nama ni susah. Kena ada surat kelulusan dari Pejabat Agama dahulu baru boleh mohon tukar nama. Selepas itu, kena buat permohonan. Jika, diluluskan, barulah boleh tukar nama. Itu pun kalau lulus. Jika dah tukar nama, semua sijil sekolah, akaun bank juga kena tukar nama..susah oooo. Sanggup ke nak buat itu semua?"
" Ye lah cik, saya ni cuma nak tanya macamana prosedur tukar ejaan nama. Yang lain-lain tu, nanti saya fikirkan." Aku merasa sungguh hampa dengan penerangan pegawai tadi. Di pejabat agama, aku disarankan betulkan ejaan nama tetapi nampaknya tiada sokongan di Jabatan Pendaftaran Negara. Tiadakah cara yang memudahkan urusan sebegini? Setiap masalah, mesti ada penyelesaiannya. Bagi pegawai-pegawai atasan, you all kan ada belajar problem solving, ada belajar penyelesaian tulang ikan dan pelbagai lagi..Mesti ada cara atau jalan untuk menyelesaikan masalah macam ni, cuma you all tak mau nak fikir. Rasa-rasanya bukan aku sorang yang ada masalah macam ni, tapi ramai lagi.. Bila dah diterangkan seperti penerangan pegawai tadi, pasti ramai yang terbantut niat.
Lepas ni aku nak buat Nametag "KHAIRUNNISA". Emmmm belasah jer lah..
2 ulasan:
Ok la tu. Rambut tepung jagung. He..he..nama kteh pun ada masalah sikit sakit tangan nak isi borang.Al maklum ada 21 huruf! Cuba tanya Pak An. Hanafiah apa maknanya?
pak met kata mbek!!
Catat Ulasan