Rabu, 9 September 2009

Kuih Raya






Salam. Sebenarnya tahun ni kaklong malas nak buat kuih. Hari tu dah try buat tapi rumah berkecah dari dapur hingga ke depan. Semua nak tolong bantu tapi last sekali, tak jadi.


Anyway, inilah kuih tart gulung yang student kaklong buat dalam kelas katering. Kuih tart nenas ni dibuat dengan kaedah gaul ramas. Yang biasa kaklong buat untuk jualan, kaklong buat dengan kaedah putar.


Beza kaedah gaul ramas ni ialah lemak dan tepung digaul ramas hingga menjadi seperti serbuk roti, baru dimasukkan cecair dan diuli untuk dijadikan doh. Selepas itu, barulah dibentuk seperti yang kita inginkan. Kaedah putar pula, lemak dan gula diputar hingga sebati (tidak perlu kembang sangat seperti buat kek). Kemudian dimasukkan cecair dan last sekali, tepung.


Kaedah gaul ramas biasanya digunakan untuk membuat pastri rapuh. Pernahkah anda dengar atau jumpa atau rasa kuih Gadis Mulia, Tartlet Buah-buahan dan sebagainya? Ada juga pastri rapuh savouri seperti Sarding Gulung, Pai Ayam, Pai Daging, Tanduk Savouri dan sebagainya. (semua resepi dari modul P&P MPV Katering & Penyajian) Banyak lagi kita boleh buat dengan pastri rapuh dan ia sangat menyeronokkan. Anda boleh rujuk dalam mana-mana buku resepi.



Ok, untuk buat Kuih Tart Gulung di atas, berikut adalah resepinya.


Bahan-bahan:


250g mentega / margerin (dalam suhu bilik)



50g gula aising


350g tepung serbaguna


1 cmb tepung jagung


1 cmb tepung kastard (guna lady's choice atau bird's)


1 cmt esen vanilla/nenas


1 biji telur gred B (ambil kuningnya sahaja)


1 biji telur (ambil kuningnya sahaja, campurkan sedikit pewarna kuning untuk disapu di atas tart)


jem tart nenas secukupnya (ada jual di kedai menjual bahan buat kuih atau buat sendiri - 20 biji nenas masak + 2 kg gula pasir + 3-4 batang kulit kayu manis)


Cara:



  • Putar mentega dan gula hingga sebati

  • Masukkan kuning telur dan esen vanilla

  • masukkan tepung jagung dan tepung kastard

  • sambil digaul, masukkan sedikit demi sedikit tepung serbaguna.

  • uli sampai jadi doh, jangan terlalu keras nanti susah nak disempritkan.

  • Sempritkan dengan acuan tart, bubuh jem, gulung dan sapukan kuning telur di atasnya.

  • bakar pada suhu 180c, 20-25 minit atau hingga masak.

Tips:


Tepung serbaguna ialah tepung gandum biasa yang kita gunakan untuk buat kuih. Tepung gandum yang elok untuk dibuat kuih ialah tepung gandum cap sauh atau baker's choice. Tapi kalau untuk buat kek atau biskut yang cantik, biasanya peniaga akan gunakan tepung ros.


Tepung paling halus ialah tepung yang sesuai untuk buat kek sponge.


Tepung naik sendiri ialah tepung gandum yang sudah dicampur serbuk penaik. Sesuai untuk buat kek.


Tepung berprotein tinggi pula sesuai untuk buat roti atau base pizza. Ok, baiklah puan-puan, selamat mencubaaaa!

3 ulasan:

DeAnaziha berkata...

Tak payah le suruh makteh masak..lebih rela duduk berejam menaip dan analisis data. Lain bidang.

Shila berkata...

nak tempah boleh?

Khairunnisa' Haji Hamsan berkata...

heh heh heh...tahun ni tutup oven, bibik lari. Dah ada resepi, boleh ler buat. yang tu memang kita buat business.Try lah.