Khamis, 24 September 2009

Dulu Aiman tak kisah, sekarang Aiman dah faham..

Dulu Aiman tak kisah. Raya ke tak raya ke sama jer.. sekarang Aiman dah faham dan tahu..Sejak Ramadan, Aiman dah pandai solat. Belajar di pasti. Bila nak buka puasa, Aiman baca doa buka puasa dan doa makan. Sejuk perut ibu. Masa di RnR Tapah, abah duduk di surau..Aiman kata "Abah, sembahyang cepat. Allah marah kalau lambat-lambat sembahyang.!!" Orang kat tepi abah tersenyum-senyum pandang abah..

Kat rumah atuk, masing-masing tunjuk pakar main bunga api. Aiman kata "Main jauh-jauh, nanti masuk mata. Tak boleh raya" "Api bahaya, nanti rumah atuk terbakar!! Ayat ni macam serupa 30 tahun dulu.. Aiman cucu atuk Hamsan..

2 ulasan:

Siti 'Aisyah Hamsan berkata...

Atok Ayah bgtahu Aiman xmo balik ,nak tinggal ngan Atok Ayah..memang cucu Atok Hamsan

Khairunnisa' Haji Hamsan berkata...

memang, sampai kat tol Yong Peng, dia mengamuk suruh patah balik rumah atok. Suruh abah dia keluarkan beg baju.