Sabtu, 8 Disember 2012

Kek Coklat Moist Hannah

Kek Coklat Moist dah siap deko dengan parutan coklat bar.
 Kak long buat kek coklat moist ni untuk Farhanah bawa ke TADIKA. Deko pun ala-ala tak berapa rajin. Sebabnya, Farhanah order last minute. Ramai yang tanya resepi kek coklat moist ni. Resepi kek ni kak long dapat dari Pensyarah di IPG Tuanku Bainun ketika KDP14M dulu, Puan Adzimah. Di mana sekarang puan tu ye? Budi-baik puan, saya kenang sampai bila-bila. Ok, boleh lah salin resepinya.

Bahan-bahan:

2 cwn tepung kek
1 cmt soda bikarbonat
1 cwn serbuk koko
2 cwn gula kastor
3 biji telur
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak (saya suka pakai minyak jagung Daisy)
1 cmt esen vanilla
1 cwn air panas

Cara-cara:
  1. Ayak semua bahan kering dalam mangkuk adunan. 
  2. Masukkan gula kastor. gaul sebati.
  3. Masukkan telur, minyak masak, susu cair dan esen vanilla. gaul sebati. 
  4. Masukkan air panas, kacau betul-betul hingga semua adunan mesra.  
  5. Gliskan acuan 9" x 3" bulat, lapik dengan kertas minyak.
  6. Tuangkan adunan kek tadi, tutup dengan aluminium foil, agar air dari pengukus tidak menitik.
  7. Kukus dengan api sederhana besar selama 1-1jam 15 minit.

** kek ini boleh dibakar. Suhu 170C, masa 50-60 minit. bergantung pada oven.
## tp saya suka dikukus sbb lbh moist.
****************************************************************
Topping:

300g coklat bar
100ml susu cair
1 cmt mentega

Cara-cara:
Double-boil coklat + susu cair. Bila dah cair, masukkan mentega, kacau rata dan biarkan sejuk sebentar sebelum dituang di atas kek.

Selasa, 4 Disember 2012

Strawberry Cheese Cake Dan Tiramisu

Strawberry Cheese Cake ~ order dari Cikgu Shuhana
Assalam semua. Kak long baru balik dari kelas tambahan dengan pelajar-pelajar Katering yang akan menduduki peperiksaan kertas Katering pada 6hb Dis 2012, esok. Sambil membelek-belek gambar dalam desktop, ada pula gambar kek ni. Strawberry Cheese Cake ni dalah lama ditempah oleh Cikgu Shuhana. Kak long ni akan buat bila mood nak baking datang. Entah la ye? Kalau macam ni bila lah boleh buat business betul-betul? Kek Tiramisu ni pula Cikgu Catherine yang order untuk birthday anak sedaranya. Kak long guna resepi dari myresepi dan kongsi resepi. Terima Kasih myresepi dan Kongsi Resepi!

Strawberry Cheese Cake
 Bahan A:
250g Biskut marie

100g mentega (cairkan)

Bahan B:
250gg Cream Cheese (Anchor)
75g Gula Kastor
3 biji kuning telur
65g krim putar
1/2  biji parutan oren

Bahan C:
3 biji putih telur
35g gula kastor

Cara-cara:
  1. Buat base dulu. Hancurkan biskut marie. gaulkan dengan mentega cair. tekan-tekan dalam loyang 8". sejukkan dalam peti ais.
  2. Bahan B ~ putar cream cheese hingga lembut, masukkan gula kastor. Putar no 2, masukkan telur, sebatikan. 
  3. Masukkan krim putar dan dan parutan oren, pukul rata.
  4. Bahan C ~ putar putih telur hingga berbuih. masukkan gula kastor. Putar hingga bertanduk dan tidak jatuh jika mangkuk adunan diterbalikkan.
  5. Masukkan no 4 ke dalam no 3., gaul hingga rata. 
  6. Tuang dalam loyang yang berisi base tadi. Hentak sikit bagi keluar gelembung udara.
  7. Bakar pada suhu 150-160C secara marie bain / steam bath selama 1 jam 15 minit. (ikut oven masing-masing)
  8. Bila dah masak, sejukkan, simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam.
  9. Keluarkan dari loyang, bubuh strawberry filling atasnya.

Kek Tiramisu ~ order dari Cikgu Catherine
Resepi kek tiramisu boleh rujuk dari myresepi dan kongsi resepi. hehehe

Jumaat, 30 November 2012

Disember ~ bulan yang paling sibuk dengan planning.

Assalam semua. Nampaknya kak long kena guna font yg sedikit besar. Bukan kek & air teh jer yang ada layer, cermin mata juga dah ada layer sekarang. Memang masalah sekarang ni bila nak membaca label-label di belakang tin atau plastik pembungkus makanan atau barang-barang keperluan rumah yang lain. Rasanya macam nak bawa kanta pembesar.

 November sudah berlalu. Hari ni masuklah hari pertama dalam bulan Disember 2012. Kak long nak tunggu 121212 atau 20122012. tapi untuk apa ye? Insya Allah kut ada anak-anak sedara yang nak lahir pada tarikh tersebut.

Kertas terakhir SPM 2012 ialah pada 6hb Dis ini. Selepas tarikh itu, kami warga pendidik terutama di SMK Lunas dah mula sibuk dengan persiapan persekolahan tahun depan. (Persiapan untuk anak-anak dan diri sendiri juga.) Kak long pula akan mula sibuk dengan pelbagai mesyuarat di sekolah. Jadi, kak long mohon maaf sangat-sangat sekiranya ada yang menghubungi kak long tapi tidak berjawab. 

Jika ada apa-apa yang penting, message saja kak long samada pada facebook, handphone atau email kak long. Memang kak long "akan sibuk" siang dan malam. Harap tiada yang berkecil hati nanti. Maaf banyak-banyak ya.

Oatmeal Raisin Cookies

Ketika sibuk surf web www.joyofbaking.com, kak long terjumpa resepi ni. Kebetulan bahan-bahannya ada di rumah. Jadi, tak payah nak keluar membeli. Akhirnya, jadilah begini. Makan sebiji pun dah kenyang. 
Oatmeal Raisin Cookies


Resepi ni kak long ubah-suai sikit sukatannya mengikut selera kita di sini.
 
 Bahan-bahannya:
1 cwn mentega
1 cwn gula perang
1/3 cwn gula kastor (kak long bubuh 1/4 cwn shj)
2 biji telur
1 cmt esen vanilla
1 1/2 cwn tepung gandum
1 cmt soda bikarbonat (kak long bubuh 1/2 cmt shj)
1/2 cmt serbuk kayu manis
3 cwn oat (kak long guna oat yg paket warna merah ~ instant)
1 cwn kismis hitam

Cara-caranya:
  1. Ayak tepung, soda bikarbonat dan serbuk kayu manis dalam mangkuk adunan.
  2. Masukkan oat dan kismis dalam 1, gaul rata dan sebati.
  3. Dalam mangkuk adunan lain, putar mentega, gula perang & gula kastor hingga sebati dlm 2-3 minit.
  4. Masukkan telur satu persatu, masukkan esen vanilla. Kaup balik guna senduk kayu.
  5. Masukkan bahan 2 tadi dan gaul hingga sebati. Jika melekat sangat, masukkan sedikit tepung gandum (adjust sendiri)
  6. Panaskan oven 170C. Lapik dulang bakar dengan baking paper.
  7. Skopkan adunan dengan skop ais krim atau sudu makan , buh dalam dulang tadi.
  8. Penyenyekkan dengan garfu.
  9. Bakar selama 15-20 minit atau hingga garing di tepinya. bahagian tengah-tengahnya akan lembut sedikit. Jika nak garing, bakar lebih lama. 
Ok dah siap pun. Anak-anak suka makan cookies ni. Sedap dan mengenyangkan.

Sabtu, 22 September 2012

French Cheese Cake

Ini ler rupanya Ciskek Cikgu Kamal. Abaikan bod kek yg terlupa nak beli tu.


Sori ler Cikgu Kamal. Berbulan meng"order" ciskek, baru arini mood membaking datang. Kalau takde mood, kek tak menjadi. Ini pun, dah pesan dgn cik abang tlg belikan bod cake, dia lupa pulak. Aih...pakai lapik ngan aluminium foil jer lah ye.

Sesapa yg nak mencuba buat cickek ni, boleh salin resepi kat bwh ni. Kaklong dpt ni dari cikgu masak yg belajar di KDU.

Bahan A (Base):
75g Biskut Marie
50g cake
50g unsalted butter (cairkan)

Bahan B:
250g cream cheese (guna anchor, lbh sedap daripada Philadelphia, kalau mahal...guna tatura pun boleh lah)
75g gula kastor
3 bj telur kuning
65g whipping cream (guna brand Rich Gold, tp kalau takde, brand apa2 pun boleh lah)
1/2bj parutan oren (orange zest)

Bahan C:
3 bj telur putih
30g gula kastor

cara2nya: guna loyang saiz 9"
  1. bahan A diramas, digaul sebati dan tekan dlm loyang, sejukkan.
  2. Bahan B: putar cheese cream + gula kastor pd kelajuan no 2 hgga ceamy, masukkan telur satu persatu. masukkan whipping cream, kacau sebati.masukkan oren zest.
  3. Bahan C: pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula kastor, putar maksimum hingga bertanduk.
  4. Masukkan bahan C ke bahan B, kacau sebati, tuang ke atas bahan A.
  5. Bakar secara steam bath (kaklong bubuh loyang kek atas redai yg bwhnya ada loyang berisi air), suhu 160-150C selama 1 jam, adjust 10-15 minit lagi hgga masak.
  6. Bila dah masak, boleh bubuh apa2 filling yg kita suka. (bubuh dlm adunan kek sblm masak pun boleh. Utk ciskek Cikgu Kamal ni, kak long bubuh blueberry filling.

Kek Coklat Lembab (Coklat Moist)

Resepi Kek Coklat Lembab ini kaklong dapat dari buku Bijak Memasak (ms 218) oleh Norzailina Nordin, keluaran Alaf 21.  Kaklong try buat, seperti biasa, tak sempat nak bubuh topping, dah selamat kena ngap, sapa lagi kalau bukan abang long!

Bahan2:
2 cwn tepung serba guna
2 cwn gula kastor (blh kurangkan ke 1 3/4 cwn utk kurangkan manis)
3/4 cwn serbuk koko
2 cmt serbuk penaik
1 cmt soda bikarbonat (kaklong sendiri bubuh, dlm resepi asal xde pun)
2 biji telur
2 cmt esen vanilla (kaklong bubuh 1 cmt shj)
1 cwn susu cair (bubuh 1 cmb perahan limau nipis, kacau dan biarkan 10 minit)
1 cwn minyak jagung (semestinya Daisy)
1 cwn air panas

Cara2:
Satukan semua bahan kering, buat lubang ditengah2, masukkan bahan cair. Kacau sebati.
Masukan dlm loyang pembakar bulat 9", bakar 175C selama 1 jam atau hingga masak, ikut oven masing2.

Cubalah, kek ni bagus sbb guna minyak & 2 biji telur sahaja. Kalau gantikan gula kastor dengan gula merah lembut pun boleh.


Jumaat, 21 September 2012

Kek Butter Hannah

Sempena konvo acik, kaklong excited nak buat kek tp tak sempat. Balik dari USM, terus ke dapur, tengok apa bahan yang ada. Maka jadilah kek butter yg ringkas ni. Kebetulan abg Ude pulak datang dari Sungai Petani, transit sekejap sementara tunggu bas kul 10.30 mlm nanti utk balik ke Muar. Acik & abg Ude dpt bw balik seorang suku kek. Jadi la tu..

Bahan2:
150g mentega (saya guna buttercup sj)
100g margerin (margerin daisy ~ kek jd cantik)
200g gula kastor

4 biji telur B
1 cmt esen vanilla
240g tepung naik sendiri (ayak dgn 1 cmt baking powder)
5 cmb susu cair

cara2:
  • putar lemak + gula kastor hingga kembang, masukkan telur satu persatu.
  • masukkan esen vanilla, kacau sebati.
  • masukkan tepung berselang seli dengan susu cair.
  • (kalau keras sgt, tambah sikit susu cair)
  • masukkan ke dlm loyang bakar 8" bulat (gliskan dulu ye)
  • bakar pd sush 180C, selama 45 minit atau hingga masak (ikut oven masing2)
  • kalau nak bubuh kaler2, ambil sikit adunan, bubuh kaler yg kita suka, nak buat marble ke, nak buat pelangi ke..up to u.)