Sabtu, 8 Disember 2012

Kek Coklat Moist Hannah

Kek Coklat Moist dah siap deko dengan parutan coklat bar.
 Kak long buat kek coklat moist ni untuk Farhanah bawa ke TADIKA. Deko pun ala-ala tak berapa rajin. Sebabnya, Farhanah order last minute. Ramai yang tanya resepi kek coklat moist ni. Resepi kek ni kak long dapat dari Pensyarah di IPG Tuanku Bainun ketika KDP14M dulu, Puan Adzimah. Di mana sekarang puan tu ye? Budi-baik puan, saya kenang sampai bila-bila. Ok, boleh lah salin resepinya.

Bahan-bahan:

2 cwn tepung kek
1 cmt soda bikarbonat
1 cwn serbuk koko
2 cwn gula kastor
3 biji telur
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak (saya suka pakai minyak jagung Daisy)
1 cmt esen vanilla
1 cwn air panas

Cara-cara:
  1. Ayak semua bahan kering dalam mangkuk adunan. 
  2. Masukkan gula kastor. gaul sebati.
  3. Masukkan telur, minyak masak, susu cair dan esen vanilla. gaul sebati. 
  4. Masukkan air panas, kacau betul-betul hingga semua adunan mesra.  
  5. Gliskan acuan 9" x 3" bulat, lapik dengan kertas minyak.
  6. Tuangkan adunan kek tadi, tutup dengan aluminium foil, agar air dari pengukus tidak menitik.
  7. Kukus dengan api sederhana besar selama 1-1jam 15 minit.

** kek ini boleh dibakar. Suhu 170C, masa 50-60 minit. bergantung pada oven.
## tp saya suka dikukus sbb lbh moist.
****************************************************************
Topping:

300g coklat bar
100ml susu cair
1 cmt mentega

Cara-cara:
Double-boil coklat + susu cair. Bila dah cair, masukkan mentega, kacau rata dan biarkan sejuk sebentar sebelum dituang di atas kek.

Tiada ulasan: