Resepi Kek Coklat Lembab ini kaklong dapat dari buku Bijak Memasak (ms 218) oleh Norzailina Nordin, keluaran Alaf 21. Kaklong try buat, seperti biasa, tak sempat nak bubuh topping, dah selamat kena ngap, sapa lagi kalau bukan abang long!
Bahan2:
2 cwn tepung serba guna
2 cwn gula kastor (blh kurangkan ke 1 3/4 cwn utk kurangkan manis)
3/4 cwn serbuk koko
2 cmt serbuk penaik
1 cmt soda bikarbonat (kaklong sendiri bubuh, dlm resepi asal xde pun)
2 biji telur
2 cmt esen vanilla (kaklong bubuh 1 cmt shj)
1 cwn susu cair (bubuh 1 cmb perahan limau nipis, kacau dan biarkan 10 minit)
1 cwn minyak jagung (semestinya Daisy)
1 cwn air panas
Cara2:
Satukan semua bahan kering, buat lubang ditengah2, masukkan bahan cair. Kacau sebati.
Masukan dlm loyang pembakar bulat 9", bakar 175C selama 1 jam atau hingga masak, ikut oven masing2.
Cubalah, kek ni bagus sbb guna minyak & 2 biji telur sahaja. Kalau gantikan gula kastor dengan gula merah lembut pun boleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan