Sabtu, 5 Disember 2009

Ayah Kemalangan Lagi

Malam semalam saya mendapat panggilan telefon dari adik di Kulai. Ayah kemalangan lagi. Dah dihantar ke Hospital Batu Pahat oleh mak dengan menaiki teksi. Waktu tu saya dan keluarga baru sahaja sampai dari Perlis, menghadiri kenduri atuk saudara di sebelah suami. Saya segera menelefon mak bertanyakan khabar yang sebenar. Katanya ayah hendak ke surau. Dalam perjalanan ke surau, ayah dilanggar dari belakang oleh seorang remaja perempuan. Remaja perempuan tersebut terus cabut lari sedangkan ayah tertiarap di atas tanah dengan luka di kening, melecet di lutut dan tangan. Darah dari luka meleleh turun membasahi baju ayah.

Ada 2 orang India telah membantu membawa ayah ke klinik kerajaan tapi tutup, jadi ayah dihantar balik ke rumah. Dalam keadaan kelam malam, ayah tak dapat cam nombor pendaftaran motor yang melanggar ayah dan tak sempat juga bertanya butir diri orang yang membantunya. Ayah dibawa ke Hospital Batu Pahat dan alhamdulillah, tak ada apa-apa yang serius cuma luka dikeningnya terpaksa dijahit. Pak lang telah membawa ayah balik ke rumah.

Dua hari sebelum Hari Raya Aidil Adha yang lepas, semasa di rumah adik (Siti Khadijah) di Seri Kembangan, kami memujuk mak supaya balik ke Air Hitam. Ayah dah lanjut usia. Walaupun ayah yang berkeras suruh mak ke KL temankan adik di Ampang tapi kami lebih bimbangkan ayah. Uda bawa juga mak balik ke Air Hitam pada hari tersebut. Mungkin Allah nak tunjuk, ada hikmahnya mak balik ke Air Hitam. Andai kata kalau mak tak balik lagi?? Ngeri kalau diingatkan. Sungguhpun pak lang, cik yah dan mak wok ada di Air Hitam, tak sama dengan isteri dan anak-anak sendiri. Apa-apa pun memang kami mengharapkan pada adik di Kulai (Hanif) untuk tengok-tengokkan ayah dan mak.

Saat ini kami teringat pantun dulu-dulu:

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Tinggallah emak, tinggallah saudara,
Kerana kekasih, hamba turutkan.

Masing-masing dah jauh samada belajar, bekerja atau mengikut suami/isteri. Dalam kes adik-adik yang lain, jauh dari ayah dan mak sebab belajar dan bekerja tapi kes saya sebab mengikut suami nun jauh di utara ni. Walau apa pun kami tetap berhubung antara satu sama lain. Mungkin faktor jarak, mak tak mau up date cerita terkini kepada kami. Saja mak nak sedapkan hati masing-masing, tak minta kami balik sebab ayah tak apa-apa. Walau apa pun, kami tetap tunggu cerita terkini yang sentiasa up date dari adik di Kulai.

Saya sebagai anak yang sulung dan wakil dari adik-adik yang lain,ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah membantu ayah dan mak saya, Haji Hamsan dan Puan Rahilah ketika mereka menghadapi kesulitan baru-baru ini. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada semua di dunia dan akhirat. Amin.

5 ulasan:

DeAnaziha berkata...

ayah n mak tak mau duduk sini (KL). Nantilah kita buat warung khas utk atok ayah....

Pak Lang berkata...

Masa ayah awak keluar dari kereta (sesampainya di rumah semasa balik dari hospital), dia jalan terbongkok-bongkok dan terbatuk-batuk. Pak Lang beritahu Mak Lang: "Bang San ni, masa mudanya bukan main hebat dan bergaya. Ramai peminat (macam saya). Sebut saja nama Cikgu Hamsan, semua orang kenal. Tapi bila dah lanjut usia semua orang sama. Ramai anak macam mana sekali pun, akhirnya tinggal berdua dan penamatnya tinggal seorang. Saya pun gitu jugek nanti."

Apabila dia masuk ke rumah, Pak Lang berkata: "Hidup ini berputar, yang muda akan tua juge. Hebat macam mana pun semasa muda, bila dah tua ditinggal anak-anak. Bagaimana agaknya, kepada orang yang tak ada anak langsung....hidup sebatang kara ! lagi haru."

HudaAteh berkata...

ala ayah ni....Arif tu kan dah duduk dekat ayah & mak...abg pun dekat...selalu balik..kak ngah aje jauh...ikut suami nak wat mcm mana...kalau boleh senyap2 nak apply keje balik johor...
Jgn la ckp gtu...anak2 jauh pun hari2 call rumah...kak ngah call mak 3 kali sehari tau..tak caye tanya mak..

Khairunnisa' Haji Hamsan berkata...

ha ha ha kak ngah. Akak lagi jauh..dah ikut suami, nak buat macam mana? Nak beraya pun kena ikut turn. Itu semuanya dugaan Allah.

HudaAteh berkata...

hehehe...
kite baru2 kawin ni..terasa lagi la bila tak dapat balik..
melalak jugak bila rindu adik & mak..
bila raya lagi la rasa!...ayah jahat aje..org call dia takbir kat telefon...saje nak gelakkan org nangis...pastu tulis dalam blog...ekekeke