Jumaat, 11 Disember 2009

Pencuri Buta Perut

Selasa
- jam 8 pagi : Jiran depan rumah, Ila kena ragut ketika hendak membuka pintu pagar. Tindakan pantas Ila berjaya menarik begtangannya daripada diragut. Beberapa buah kenderaan yang lalu ketika itu turut berhenti menyebabkan si peragut cabut lari tanpa hasil.

Rabu
- jam 9 pagi : Semasa menghantar anak-anak ke kelas mengaji, nampak pintu rumah Kak Timah (depan rumah kami) terbuka tapi tiada kereta. Dalam hati berkata "agaknya Kak Timah keluar sekejap."

- jam 3 petang: dapat call, Ila dimasukkan ke hospital kerana keguguran. Kesian Ila.

- jam 10 malam: Pintu rumah Kak Timah masih tidak bertutup. Saya dah tak sedap hati,lantas menelefon tuan rumah. Rupa-rupanya KAk Timah berada di Penang menjaga ibunya tingga seorang sejak hari Ahad lepas. Selepas Sham memanjat pagar dan memeriksa rumah Kak Timah, didapati pintu belakang juga terbuka. Apabila dia masuk ke dalam rumah, didapati seluruh rumah telah digeledah. Saya terus memaklumkan kepada Kak Timah dan melaporkan kepada polis.

Polis yang membuat pemeriksaan ketika itu, memberitahu, pagi semalam, berlaku kes ragut pecah tingkap kereta dan mengambil laptop serta begtangan dari dalam kereta, berlaku di taman perumahan berdekatan dengan taman perumahan kami. Mungkin dilakukan oleh individu yang sama meragut Ila.

Khamis

-jam 10.30 pagi: Kereta tetamu Ila yang diletakkan diluar pagar rumahnya, dipecahkan oleh peragut. Peragut tidak sempat mengambil apa-apa kerana suami Ila menjerkah peragut tersebut.

Jumaat

- jam 8.10 pagi: Sham bising-bising kasut kerjanya tiada. Saya keluar tolong mencari. Sah! Kasut saya juga hilang dari tempatnya. Kasut kerja Sham "Camel" baru dibeli 6 bulan lepas kerana menggantikan kasutnya yang diambil orang (sama kes). Pagi ni, selain kasut suami,kasut "Camel Active" hitam saya yang dah lasam pun dikebasnya juga. Kasut sekolah anak-anak juga kena kebas. Apalah punya pencuri. Saya sayang kasut hitam tu kerana sedap pakai bila memandu. Dah lebih 2 tahun saya pakai dan tak pernah polish! Hah! Amik le ko pencuri. Jika kami ada penyakit, tinggal dalam kasut tu..biar ikut sekali pencuri tu. Alhamdulillah! Padan muka dengan korang. Kami halalkan.

Saya syak kejadian ni berlaku pada malam semalam antara jam 8.30 - 10.00 malam ketika kami semua tiada di rumah. Saya menghantar anak-anak ke kelas tae kwan do dan suami saya ke surau. (Saya menunggu di kelas tersebut hingga kelas tamat kerana malam tu, Aiman baru mula masuk belajar). Ini kerana wang dan handphone yang tertinggal dalam kereta Myvi tak hilang. Kereta tu satu malam tak berkunci dan sebelum tu, suami membawa kereta ni ke surau.(biasa lah abah dia ni, dermawan tak kira tempat. Dengan pencuri pun dia offer barang)

Selepas menghantar anak-anak ke kelas mengaji, saya ke balai polis buat report. Kalau setakat hilang sepasang kasut, tak le teringin nak buat report tapi sampai 5 pasang yang hilang dan berturut-turut setiap hari penjenayah datang ke kawasan rumah kami. Ini dah melampau!!!

Nampaknya, bantuan kewangan tambahan RM500 hujung tahun ni kena shopping kasut kerja dan kasut sekolah anak-anak ...

5 ulasan:

HudaAteh berkata...

takutnya baca.....nasib baik tak ada yg cedera parah...tpi kesian kat Ila...

Pak Lang berkata...

Hilang kasut tak apa. Kira halalkan. Lagi pun kita mampu beli lagi. Kadang-kala walaupun benda tu kita sayang tapi Tuhan kata bukan hak kita, maka hilanglah dia.

Kita hliang kasut (anak-beranak), tapi masih mampu beli lagi.....tak kira duit dari mana. Ada yang tidak berkasut (anak-beranak juga) sepanjang hayat......sampai mati. Siapa?? Jawabnya AYAM. Kihkihkih...lawak pulak!

Khairunnisa' Haji Hamsan berkata...

Apa lah pak lang ni..tempat kerja Sham buat khidmat masyarakat, join sekali dengan sekolah tempat kita mengajar untuk bagi bantuan pelajar-pelajar miskin mula ke sekolah. Jadi, minggu ni kita dan Sham masuk ke kampung-kampung, mencari pelajar-pelajar susah (berdasarkan data SMM). Kadang-kadang cikgu pun ada yang tak amik tahu hal anak-anak murid. Contohnya kenapa dia orang selalu ponteng sekolah. Dalam survey kita semalam, budak-budak ni tak de duit nak ke sekolah. Keadaan rumah pun amat daif. Ibu ada tapi bapa hilang entah ke mana..

Jadi, walaupun susah hilang kasut, kita masih bersyukur sebab ada orang lain yang lebih susah dan derita berbanding kita.

Nanti apa-apa citer, kita masukkan dalam blog.

Pak Lang berkata...

Kan Pak Lang dah kata: ramai/banyak yang lebih susah dari kita.
Dah survey kat rumah ayam? Dahlah tak berkasut, tak bersekolah lagi. Tak kenal emak bapak. Sibapak yang tau nya 'kawin' je. Lepas tu tinggalkan.

Tapi semisikin-miskin ayam, dia makan juga. Dia kais pagi dia makan pagi. Dia kais petang, dia makan petang.

Manusia lebih miskin dari ayam, sebab manusia: gaji hari ini, makan semalam. Maksudnya dapat gaji untuk bayar hutang. Ayam mana ada hutang.

Amacam 'best' tak Pak Lang punya falsampah?.

Okeylah Pak Lang nak ke Shah Alam ni. Khamis baru balik.....

Semoga sihat semua. Jumpa lagi...

anjut berkata...

cettthh!, nasib baik kena cuik, a good reason to do shopping!gila la pencuri tu..kesian mama ila...kalau baby dlm kandungan dia tu pempuan...ishh..bahaya la..ikut style ayah la, mangga sampai berdozen..n anak2 sedara aku jangan bagi main sorang2 kat luar...