Khamis, 24 September 2009

Dulu Aiman tak kisah, sekarang Aiman dah faham..

Dulu Aiman tak kisah. Raya ke tak raya ke sama jer.. sekarang Aiman dah faham dan tahu..Sejak Ramadan, Aiman dah pandai solat. Belajar di pasti. Bila nak buka puasa, Aiman baca doa buka puasa dan doa makan. Sejuk perut ibu. Masa di RnR Tapah, abah duduk di surau..Aiman kata "Abah, sembahyang cepat. Allah marah kalau lambat-lambat sembahyang.!!" Orang kat tepi abah tersenyum-senyum pandang abah..

Kat rumah atuk, masing-masing tunjuk pakar main bunga api. Aiman kata "Main jauh-jauh, nanti masuk mata. Tak boleh raya" "Api bahaya, nanti rumah atuk terbakar!! Ayat ni macam serupa 30 tahun dulu.. Aiman cucu atuk Hamsan..

Sambutan Raya Aidilfitri 1430H

Tahun ini, anak-anak berhari raya dengan yang perlu sahaja. Baju raya hanya seorang sehelai untuk yang perempuan. Baju raya Aiman tahun lepas masih elok lagi dan masih boleh dipakai. Abah pun tak beli baju baru, pakai yang tahun lepas punya. Kiranya tahun ni tak berapa sesak sangat kepala nak fikir tukar benda-benda baru. Ibu pun pakai baju yang selalu pakai ke sekolah. Yang penting, kita dapat balik raya rumah atuk di Johor. Itulah ada hikmahnya dari Allah. Allah beri sebab ibu dan anak-anak kena demam, jadi dalam bulan puasa tak berjalan terawih di shopping mall. Abah dapat berterawih di surau. Tahun ni Aiman dah ikut terawih sama. malam-malam, bersama-sama mencari al-Qadar.

Untuk tol, ibu top-up RM250 untuk perjalanan raya pergi dan balik. Untuk petrol pula, hampir RM500 untuk perjalanan pergi-beraya-balik semula ke Kulim. Mesti ada kekurangan pendapatan bagi isirumah. Isirumah terpaksa memilih berdasarkan kepuasan yang maksimum. Akibatnya, berlakulah kos lepas iaitu pilihan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan. (Teori Ekonomi Asas - Masalah Ekonomi: Konsep kekurangan, pilihan dan kos lepas)

Maknanya, ada pilihan samada belanja nak tukar semua baru (raya kat Lunas jer) atau jimat kos untuk balik beraya di Johor. Jadi, ibu pilih jimat kos untuk balik beraya di Johor. Jadi, kos lepasnya ialah...pilihan kedua terbaik terpaksa dilepaskan.

Alhamdulillah, perjalanan pulang ke kampung dan balik semula ke Kulim lancar, tidak tersekat dengan jem yang teruk. Cuma on the way nak ke rumah mak teh jer yang tersilap masuk simpang di Shah Alam. Abah tak perasan agaknya sebab dah terlalu letih memandu. Tiba di rumah mak teh, jam tepat kul 11.50 malam. Mak teh yang sambut di luar pagar.(orang dalam pantang ni memang tak reti berpantang)


Kakak Neha dan Adik Hana main waktu semua orang tengah tidur


Jam 4 pagi, acik call ajak bertolak ke Johor. Alahai acik, mengantuk lagi ni..acik jalan dulu lah. (dengan sentra barunya). Kami bertolak jam 7 pagi, sampai di rumah atuk jam 11 pagi.


Di rumah atuk pun, persiapan sederhana juga. Acik sampai awal, jadi dapat bawa atuk shopping barang basah di Parit Raja. Abah bawa ibu belanja barang-barang keperluan lain di Batu Pahat. Kuih raya atuk meriah juga tahun ni. Semua bawa serba-sedikit. Sampaikan rempeyek order khas dari Ijok pun habis kena makan, tak sempat bawa balik ke Kulim.


Kuih atuk dan kuih mak teh


Beraya sakan dengan Acik, Pak Met dan Pak Ude. Hari raya pertama, m ak teh ikut sekali. Hari raya ke dua, masing-masing dah tak tau nak gi mana, terus plan beraya ke Sungai Balang. Maka, konvoi lah kami beramai-ramai. Pak met selalu tercicir kat belakang. Terpaksalah acik tunggu kat tepi jalan. Alhamdulillah, abah cekap juga bawa kereta kat kawasan kampung ni.


On the way ke Sg. Balang, melintas di tepi Sg. Batu Pahat (depan Hospital Putra) nampak gerai nasi beriani. Teringin pulak nak rasa. On the way balik, sms pada acik dan pak met, ajak singgah kat situ. Acik sms semula, balik terus lah, mengantuk. Pak met pun sms macam tu.. So Abah pun jalan terus. Sampai kat Simpang Low Piak, acik sms "kita orang dah sampai kat nasi beriani ni..!!! Eiii....acik n pak met ni..memang nak kena gam macam beriani gam..ibu minta abah patah balik.




Kami beramai-ramai kenduri kat situ. Abah try nasi beriani gam. Abah tanya, apa bezanya beriani gam dengan beriani biasa. Ibu tengok beriani yang abah makan tu beriani biasa. Mak ndak kata kalau beriani gam, lauk masak tanam dalam nasi. Lauk beriani abah cuma timbus dengan nasi jer.


Uncle Rossi, kakak, mak andak order nasi goreng ayam. Acik dan pak usu wawan order mee bandung. Macam sedap jer sebab kuah pun naik hingga ke tudung. Abah order extra 2 untuk bawa balik bagi atuk rasa.

Hari raya ke 3, kami balik semula ke Kulim. Saja balik awal, banyak perkara yang perlu diselesaikan. Almaklum, masa terlalu pack seminggu sebelum raya. Antara aktivitinya ialah...cat rumah heh heh heh..


Semoga Allah memberkati kami sekeluarga pada perhimpunan raya kali ini...













Salam Aidilfitri 1430H

Tahun ni kami menyambut hari raya aidilfitri di Johor. Seminggu sebelum raya, ibu dan anak-anak dilanda demam, selesema dan batuk. Doktor bagi mc, tapi malu pulak nak mc sebab sebelum ni dah mc seminggu. Kengkawan di sklh pula mengusik demam GC. Apapun, seronok beraya di kampung sendiri. Walaupun penat meronda sedara mara seluruh satu daerah, seronok sebab sekali-sekala buat kerja macam ni. Apatah lagi konvoi beramai-ramai dengan adik-adik yang lain. Cuma belum ada kesempatan nak upload gambar raya dalam blog ni. Kalau nak tumpang tengok, lihat dalam blog pak lang kami.

Rasanya masih boleh lagi nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri pada semua..
"Biar kulit segelap ALMOND LONDON, asal kan hati sesuci KUIH BANGKIT.
Biar iman sekental DODOL, jgn senipis REMPEYEK.
Biar jiwa selembut BAULU, asalkan akhlak secantik SEMPRIT.
Senyumlah semanis WAJIK agar lebaran ini lebih bermakna....
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin
daripada kami sekeluarga"

Khamis, 17 September 2009

Panggilan Telefon Daripada PPD...

Pada Rabu lepas, aku mendapat panggilan phone dari PK1 ketika di dalam kelas.

"Assalamualaikum, Nisya, nanti pukul 2 petang tolong ke PPD, jumpa Encik Rashid. Bagitau sama pada Cikgu Lim."

"Errr, pasal apa saya dan Lim kena gi PPD, Cikgu Bakar?"

"Iskh, tak tau pulak saya...pergi tau..kul 2 nanti" Dihujung talian kedengaran Cikgu Bakar ketawa kecil. Aku di sini mengaru-garu kepala yang tak gatal. Kenapa yek?? Aku terus memberitahu Cikgu Lim. Biasalah mak nya ni. habis bising satu bilik ketua panitia. Aku pun sama, heh heh heh. Sementara nak tunggu pukul 2, perut aku dah memulas-mulas (fobia biasa).

Tetiba pengasuh call dalam kul 12 tengahari, Farhana muntah-muntah. Memang sejak balik dari Langkawi, anak-anakku tak berapa sihat. Mungkin perubahan cuaca atau kepenatan balik ke kampung. Aku kalut minta balik sekejap dari Cikgu Bakar dan janji akan balik semula ke sekolah. Aku terus mengambil Farhana dan Aiman dari rumah pengasuh sambil tu call abahnya minta balik sekejap "take over duty" sebab aku nak ke PPD sebelum kul 2 nanti.

Kul 1.30ptg, aku bertolak dari sekolah ke PPD. Lim follow dari belakang. Lim Guat Ling ni rupa-rupanya tak tau PPD kat mana. "Bagus" betul ler geografi dia ni..

Sampai di sana, ada 6 orang lagi sedang menunggu. Aku terus ke kaunter. Punyalah mengelabah, hinggakan apa yang pegawai di kaunter tu cakap pun aku tak faham. Aku pandang Lim, aku ni dah pekak ke? Tak faham... Lim gelak kat aku.. relek arr. Encik ni cakap, Encik Rashid tak de, keluar rehat sat..

Rupa-rupanya, semua yang datang ni kes sama macam kami..Pegawai di kaunter tu senyum saja... U all di ofis, pandai buat suspen ye..

Bila Encik Rashid sampai, kami diarahkan masuk ke bilik mesyuarat..Punyalah suspen..tersenyum-senyum Encik Rashid tengok muka kami semuanya tension semacam jer..rupa-rupanya Encik Rashid nak sampaikan memo perlantikan sebagai Guru Cemerlang. Hah!! Ye ke ni???? Aku macam tak caya jer..rupa-rupanya ini adalah lantikan berdasarkan borang yang kami ini pada penghujung tahun 2007. Seingat aku, borang aku tu reject dan minta diisi semula pada awal tahun 2008. Masa tu aku dah tak mengharap sebab orang yang isi sama year 2008 dah kena lantik. So, aku isi lagi this year... Dah rezeki dari Allah dalam bulan Ramadan ni.

Macam tak percaya tapi orang pertama yang aku beritau ialah pak lang. Panjang nasihat dari pak lang. Antaranya, jika kita cemerlang di sekolah, di rumah kena cemerlang juga. Pastikan pelajaran anak-anak tak terabai sebab nanti selalu keluar. Insya Allah Pak Lang. Bab selalu keluar tu, dah biasa tapi sekarang ni kena fikir bab nak up-grade lagi diri mental dan fizikal. Kena fikir, nak up-grade bengkel MPV Katering & Penyajian bagi nampak ceria dan kondusif sikit. Nak up-grade student bagi elok sikit terutama bab sahsiah diri.. Cabaran pegang title Guru Cemerlang Katering & Penyajian...sambil drive kereta balik ke rumah, sendiri bertanya, mampukah aku?? Berani buat,berani tanggung.. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan..Kalau nak dibandingkan dengan rakan-rakan lain, rasanya aku masih jauh ke belakang (dari segi rupa, warna, rasa dan tekstur..heh heh heh) ..mungkin ada sebab lain aku terpilih.(tugas tetap tugas, kat sekolah ajar murid masak tapi kat rumah takkan nak kena makan kat kedai kut...tak cantik lah ~ ini cabaran yang paling utama!!)

Isnin, 14 September 2009

Balik dari Langkawi

Ibu dan Hana di Jeti Kuah. Tunggu abah gi beli tiket. Jam 12.50ptg.


Tiket feri jalan pukul 2.30ptg. Subhanallah!! Lambatnya. Mujurlah tak ramai orang, abah ambil kesempatan menidurkan diri selepas penat buat kuih raya.
Tengoklah dua orang budak kecil tu..

Dan dua orang budak besar di sini..



Di atas jeti



Akhirnya...dapat naik feri. Beg baju, kuih raya, set corelle ibu dan yang penting, kira anak..cukup tak semuanya masuk dalam feri??




Ahad, 13 September 2009

Balik Langkawi, buat kuih sepit

Dalam feri ke Langkawi
Abah penat bawa kereta. Bertolak dari Lunas dalam pukul 2.30 petang Hari Khamis lepas. Sampai di Jeti Kuala Perlis dalam pukul 5.00 petang. Dapat feri pukul 5.45 petang.


Inilah dia rupanya kuih sepit langkawi selepas dilipat



Abah menunjukkan skill nya menyepit kuih sepit


Acuan kuih sepit dibakar dengan bara arang kayu

Kami bawa balik kuih sepit dari Langkawi yang dibuat khusus untuk beraya
di Johor pada tahun ni.


Rabu, 9 September 2009

Kuih Raya






Salam. Sebenarnya tahun ni kaklong malas nak buat kuih. Hari tu dah try buat tapi rumah berkecah dari dapur hingga ke depan. Semua nak tolong bantu tapi last sekali, tak jadi.


Anyway, inilah kuih tart gulung yang student kaklong buat dalam kelas katering. Kuih tart nenas ni dibuat dengan kaedah gaul ramas. Yang biasa kaklong buat untuk jualan, kaklong buat dengan kaedah putar.


Beza kaedah gaul ramas ni ialah lemak dan tepung digaul ramas hingga menjadi seperti serbuk roti, baru dimasukkan cecair dan diuli untuk dijadikan doh. Selepas itu, barulah dibentuk seperti yang kita inginkan. Kaedah putar pula, lemak dan gula diputar hingga sebati (tidak perlu kembang sangat seperti buat kek). Kemudian dimasukkan cecair dan last sekali, tepung.


Kaedah gaul ramas biasanya digunakan untuk membuat pastri rapuh. Pernahkah anda dengar atau jumpa atau rasa kuih Gadis Mulia, Tartlet Buah-buahan dan sebagainya? Ada juga pastri rapuh savouri seperti Sarding Gulung, Pai Ayam, Pai Daging, Tanduk Savouri dan sebagainya. (semua resepi dari modul P&P MPV Katering & Penyajian) Banyak lagi kita boleh buat dengan pastri rapuh dan ia sangat menyeronokkan. Anda boleh rujuk dalam mana-mana buku resepi.



Ok, untuk buat Kuih Tart Gulung di atas, berikut adalah resepinya.


Bahan-bahan:


250g mentega / margerin (dalam suhu bilik)



50g gula aising


350g tepung serbaguna


1 cmb tepung jagung


1 cmb tepung kastard (guna lady's choice atau bird's)


1 cmt esen vanilla/nenas


1 biji telur gred B (ambil kuningnya sahaja)


1 biji telur (ambil kuningnya sahaja, campurkan sedikit pewarna kuning untuk disapu di atas tart)


jem tart nenas secukupnya (ada jual di kedai menjual bahan buat kuih atau buat sendiri - 20 biji nenas masak + 2 kg gula pasir + 3-4 batang kulit kayu manis)


Cara:



  • Putar mentega dan gula hingga sebati

  • Masukkan kuning telur dan esen vanilla

  • masukkan tepung jagung dan tepung kastard

  • sambil digaul, masukkan sedikit demi sedikit tepung serbaguna.

  • uli sampai jadi doh, jangan terlalu keras nanti susah nak disempritkan.

  • Sempritkan dengan acuan tart, bubuh jem, gulung dan sapukan kuning telur di atasnya.

  • bakar pada suhu 180c, 20-25 minit atau hingga masak.

Tips:


Tepung serbaguna ialah tepung gandum biasa yang kita gunakan untuk buat kuih. Tepung gandum yang elok untuk dibuat kuih ialah tepung gandum cap sauh atau baker's choice. Tapi kalau untuk buat kek atau biskut yang cantik, biasanya peniaga akan gunakan tepung ros.


Tepung paling halus ialah tepung yang sesuai untuk buat kek sponge.


Tepung naik sendiri ialah tepung gandum yang sudah dicampur serbuk penaik. Sesuai untuk buat kek.


Tepung berprotein tinggi pula sesuai untuk buat roti atau base pizza. Ok, baiklah puan-puan, selamat mencubaaaa!

Selasa, 8 September 2009

Buka Puasa dengan Keluarga Pak Ude

Isk! Gambar ni tersesat kat atas lak. Anyway, inilah suasana buka puasa semalam. Sederhana sekadar seadanya. Yang penting, berkat dan seronok.


Semalam, ambil peluang budak-budak ni cuti kelas Kafa. Ika tolong ibu di dapur, Nabilah tolong jaga Aiman dan Hana di depan.. Plan tu nak buat Soto Ayam. Nasi himpit dan kuah soto, ibu yang buat. Soon goreng dan pegedil, serah pada Ika yang incharge. Anak dara ni dah boleh membantu di dapur.


Kakak Ika tolong ibu masak. Bab masak dan makan, memang no satu.

Lepas solat Asar, baru tergerak hati nak check hp. Ude SMS nak datang buka puasa di sini. Alamak..Nasib baik ada seekor lagi ayam organik yang abahnya ambil kelmarin. Aku buat gulai simple je ayam tu. Nasib baik Aan ada tolong. Jam dah pukul 6. Aku terlepas tengok cerita Aqso dan Madinah. Apa jadi pada Arjuna tu yek...

Aku call Sham minta beli apa-apa yang patut sebab nak masak, dah suntuk sangat ni kecuali nasak nasi dan buat air.

Ann tolong gi kedai beli kelengkap masak dan tolong tambah santan jer...

Yelah, seronok adik-beradik berkumpul sekali-sekala. Dah le jauh dari kerabat yang lelain. Meriah suasana macam dah raya. Aiman, Farhana, Along dan Adik main lari kejar-kejar. Rumah maklong ni luas dan kosong, saja tak beli perabot sebab aiman dan hana kalau lari, tak tau nak adjust speed. Selalu terlanggar tembok hall atau perabot-perabot yang lain.
Lepas solat Isya' berjemaah, ude, alira dan anak-anak balik ke Bagan Serai membawa sekali Aan. Maka, tinggalah kami sekeluarga..










Namaku Yang Sebenar Ialah Khairunnisa'

Salam, sebenarnya aku lemas dengan nama aku yang salah dieja ni. Sejak dari kecil lagi, menjadi bahan ejekan kawan-kawan. Walaupun unik, tapi aku tak suka sebab maknanya tak berapa elok : Hair - tiada makna kecuali khair iaitu sebaik-baik. Nisya - maknanya tepung jagung, Nisa' -perempuan. Bila tanya mak dan ayah, katanya nak dinamakan Khairunnisa' tapi tersilap tulis dalam surat beranak.

Orang lama dulu-dulu, tak berapa beratkan sangat maksud nama ni.. nama ni lah yang kita akan bawa hingga ke akhirat. Dah lama niat ni ada dalam hati tapi tak tau bagaimana caranya.. semalam hari Isnin Hari Nuzul Al-Quran, cuti bagi negeri Pulau Pinang dan Perak (jiran yang hampir) tetapi tidak bagi Kedah kerana Kedah dah ambil cuti untuk Awal Ramadan. Jadi, aku mengajak Aan menemaniku ke Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Kulim untuk (kononnya) betulkan ejaan nama. Sampai di kaunter bahagian perhubungan pelanggan, aku bertanyakan prosedur untuk tukar nama. Pegawai tu menerangkan "nak tukar nama ni susah. Kena ada surat kelulusan dari Pejabat Agama dahulu baru boleh mohon tukar nama. Selepas itu, kena buat permohonan. Jika, diluluskan, barulah boleh tukar nama. Itu pun kalau lulus. Jika dah tukar nama, semua sijil sekolah, akaun bank juga kena tukar nama..susah oooo. Sanggup ke nak buat itu semua?"

" Ye lah cik, saya ni cuma nak tanya macamana prosedur tukar ejaan nama. Yang lain-lain tu, nanti saya fikirkan." Aku merasa sungguh hampa dengan penerangan pegawai tadi. Di pejabat agama, aku disarankan betulkan ejaan nama tetapi nampaknya tiada sokongan di Jabatan Pendaftaran Negara. Tiadakah cara yang memudahkan urusan sebegini? Setiap masalah, mesti ada penyelesaiannya. Bagi pegawai-pegawai atasan, you all kan ada belajar problem solving, ada belajar penyelesaian tulang ikan dan pelbagai lagi..Mesti ada cara atau jalan untuk menyelesaikan masalah macam ni, cuma you all tak mau nak fikir. Rasa-rasanya bukan aku sorang yang ada masalah macam ni, tapi ramai lagi.. Bila dah diterangkan seperti penerangan pegawai tadi, pasti ramai yang terbantut niat.

Lepas ni aku nak buat Nametag "KHAIRUNNISA". Emmmm belasah jer lah..

Sabtu, 5 September 2009

Mc lagi..

Aku mc hingga hari Selasa. Sepatutnya orang cuti sakit (mc) duduk rehat atas katil tapi aku tak pun macam tu.. Sham siap tanya lagi, kenapa doktor bagi sampai hari Selasa? Bagi lah hingga hujung minggu...Hei cik abang! Kalau sekolah tu awak yang punya, boleh ler saya cuti lama-lama...

Dah le tak de bibik, time sakit macam ni, leceh betul lah...si Farhana pulak, dah pandai buka-pakai baju sendiri.. bersepah-sepah baju, seluar, diaper dia (salin-tukar-salin) Ibu penat lah cik oiii!

Cuci Tangki Air

Encik Shaiful (pembantu bengkel) memegang getah paip
yang menyalurkan air tangki bengkel kami ke dalam toilet.
Tukang cuci (Encik Radhi, ada dalam tangki kat atas tu..)


Inilah air yang dibawa turun dari tangki air bengkel masak kami. Bayangkanlah hampir setiap hari (sejak tahun 2003 hingga kini) aku makan makanan yang dimasak dengan menggunakan air dari tangki ini....patutlah perutku juga berkarat...

Setelah 25 tahun SMK Lunas berdiri teguh....

Pada satu pagi, aku dikejutkan oleh Cikgu Zuraida (guru MPV KP), bengkel kami banjir. Didapati paip air dalam bilik air tak dikunci ketat. Semalam kelas aku, jadi aku terpaksa bertanggungjawab atas banjir yang melanda bengkel masakku itu.

Sambil menolak air banjir keluar bengkel, anak-anak muridku merungut-rungut. 'Sungguh cikgu, kami tutup habis semua kepala paip, macam nak kenakan kami je.."

Aku senyum " Dahlah, ada hikmahnya tu...hah tengok, bersih bengkel kita...kan tak pernah cuci bersih macam ni"...

Rupa-rupanya ada hikmah lagi besar yang kami tak tahu. Itulah kuasa Allah!! Akibat banjir yang tak disangka-sangka, aku meminta pembantuku mencari orang untuk mencuci tangki air bengkel kami. Setelah diperiksa, tangki tersebut tidak pernah dicuci semenjak kewujudan sekolah ini. Dan aku dimaklumkan, di dalamnya terdapat bangkai kerusi kayu, besi dan bangkai burung. "Glup" Terbeliak biji mataku..."Habis tu, air yang kami guna masak tu..." Patut sangatlah aku dapat sakit perut... dah 7 tahun makan makanan guna air tangki tu. Waaaaaaaa....kembangnya tekak.