Rabu, 26 Ogos 2009

Kereta dan Bibik

Selepas menghantar Sham kerja (setakat di muka pintu), aku mula plan aktiviti hari ini. Aku perlu settle kan hal kereta lama yang aku tolak dengan car dealer untuk ambil Myvi baru. Aku tak tahu pasal kereta tu hinggalah aku terima surat pemakluman insurans sudah diperbaharui oleh Takaful Malaysia atas nama aku. Aku dah 2 kali hubungi car dealer yang uruskan penjualan dan pembelian kereta aku tahun lepas tapi tiada maklum balas dah dekat sebulan. Jadi hari ini aku ambil keputusan untuk uruskan sendiri.

Hampir 10 minit jam sepuluh pagi, aku bertolak ke Butterworth dengan membawa Atikah sebagai teman. Aku terus menuju RHB Delta Finance di Kg Gajah, Butterworth untuk dapatkan tarikh settlement. Alhamdulillah, dah dapat. Aku terus ke JPJ Seberang Jaya. Di JPJ, semakan dibuat, aku masih pemilik kereta tersebut. Pegawai JPJ tersebut meminta aku membuat laporan polis. Aku bergegas ke balai polis disebelah JPJ tetapi kena pusing satu round sebab jalan highway ni one way, kena u-turn jauh le jawabnya.

Sampai di Balai Polis Seberang Jaya, aku parking kereta di luar kawasan balai. Terdapat 2 buah bas FRU. Semalam hari mengundi di Permatang Pasir (PAS menang). Aku masuk ke balai, terus buat membuat laporan mengenai kereta lama aku tu, dan dapatkan salinan. Ketika keluar dari balai, kereta ku ter"block" dengan bas FRU dan bas polis. Aku senyum je ngan dia orang, takkan nak suruh dia orang ketepi...tapi abang driver tu baik hati, bagi aku laluan keluar. Aku ke JPJ semula untuk urusan seterusnya.

Di JPJ, aku diminta mengisi borang "senaraihitam kenderaan" atau senang citer, "blacklist". Borang tersebut diserahkan di kaunter rekod beserta salinan report polis dan salinan ic. Haaaah! selesai satu kerja. Kerja yang seterusnya, membatalkan insurans kereta yang si dogol tu renew. Aku ke Takaful Malaysia di Bandar Perda dan buat pembatalan insurans kereta lama tersebut.

Dalam perjalanan balik, aku amik kesempatan menyinggah di Nutri Metics di Bukit Mertajam. Saja cari cleanser yang sesuai sebab muka aku habis tumbuh jerawat besar dan kecik akibat buat facial di satu salon. Niat nak meraikan kawan buka salon baru, ini pulak dapatnya. Aku selesai membeli-belah di Nutri Metic hampir jam 2 petang.

Sampai di rumah, seperti biasa aku bunyikan hon, biasanya bibik akan keluar buka pintu pagar tapi kali ni yang keluar farhana. Aku bunyikan hon sekali lagi, nabilah yang keluar dan terus membuka pintu pagar. Aku tengok muka farhana comot betul. Aku tanya nabilah, mana bibik? Nabilah kata bibik tidur dalam bilik. Lantas aku masuk ke dalam rumah dan terus mandikan Farhana. Aku ketuk bilik bibik, tiada jawapan. Aku ketuk bertalu-talu tapi tiada jawapan juga. Eh!!Pengsan ke bibik ni?? Aku minta atikah amilkan kunci spare. Bila aku buka pintu bilik, semua clear...sah!!!!bibik aku dah lari!!!!Sakitnya hati!!! Macam nak tercabut dada aku rasanya. Aku call suami aku di tempat kerja tapi dia tak jawap. Tangan dah mengeletar ni. Marah campur geram. Aku terus call big bos dia...macam orang bingung aku cakap dengan bos suami aku...Arg biar le..janji message sampai kat Cik Sham tu.

Bibik aku tu memang nak balik sebab suami dia sakit tapi agen tak bagi sebab dia masih dalam kontrak 6 bulan. Aku agak, dia dah plan pasal nak lari ni. Orang indon ni tak boleh dipercayai. Depan kita baik, belakang jadi lain. Walaupun sama Melayu (Jawa) dan Islam tapi "isi kat dalam badan" dia orang tak macam melayu jawa Malaysia. Sekarang ni, dalam koleksi aku, dah 3 orang bibik aku dah lari. 2 orang jawa timur, 1 jawa sumatera.

Bila suami aku balik je, terus kami buat report polis. Hai! Bulan ni dah 4 report polis. Hari ni saja 2 report polis. Apa lah nak jadi agaknya??? Dugaan Tuhan. Pujuk hati sendiri, kena redha. Bulan Ramadhan ni, besar ganjarannya. Kami bergegas ke Sungai Petani untuk berjumpa agen. Kami contact Pak Ismail, tapi dia nak balik cepat, hari ni turn rumah bini no 1 sebab dah 2 minggu tak balik ke sana. So, tak boleh nak entertaint kami. Ada ka orang macam ni?? Sham patah balik ke Lunas. Dalam kereta, aiman dah mengamuk. Jangan balik, kan nak jalan. Heii cik man, kepala ibu abah ni berserabut tau!!

Aduhai hati.maafkanlah bibik mu itu...redhalah dengan apa yang telah terjadi. Aku bukannya apa, bibik Yem ni baik tapi jiwa kacau sebab suami dia sakit. MAcamana lah bibik ni buka puasa hari ni?? Sampai hati betul orang yang sanggup datang amik dia bawa lari...Sabar!!! Sabar!!!!

Sampai di rumah, aku buka buku "La Tahzan" oleh Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni. Lantas kucari penawar hati..

"Dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) , Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Surah Ali Imran:134)

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira." (Surah Az-Zumar:10)

"Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu adalah benar" (Surah Ar-Rum:60)

Selasa, 25 Ogos 2009

Puding Jagung

Bahan:

1 cawan tepung kastad (lady's choice @ bird) kekenyalan puding bergantung kepada jenis tepung kastad.
1 cawan susu cair
2 1/2 cawan air
1 cawan jagung manis
5 -6 camca besar gula pasir (ikut sedap masing2)
secubit garam
1 camca sedang mentega

Cara:

  • Bancuh tepung kastad dengan susu cair, air dan gula.
  • Kacau hingga gula larut, masukkan garam
  • Kacau atas api yang sederhana hingga keluar buble pertama, masukkan jagung. (arah lawan jam - petua orang tua-tua)
  • Kacau lagi hingga tidak melekat di tepi periuk, masukkan mentega.
  • Tuang dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air.
  • Potong bila sejuk.

(untuk 4 orang makan - selamat mencuba. sorry takde gambar nak tunjukkan sebab puding tak sejuk lagi, tak boleh potong..heh heh heh)

Isnin, 24 Ogos 2009

Di antara kita, ada dia...

Saja-saja nak amik gambar berdua. Tak touch-up ape-ape pun. Muka berminyak, baru balik dari pasar beli sayur ngan ikan. (Susah nak amik gambar macam ni, banyak halangan. Tengok tu, tetiba curtain kat belakang tu bergerak-gerak)

Aik!! Ada orang rupa-rupanya!!
Inilah dia si pengacau tu!!
Hari ni Hana genap 2 tahun.
Mak teh bersalin pagi tadi,
dapat baby Muhamad Zafran,
kongsi beday dengan kakak Hana.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Pagi Hari Pertama Ramadhan


Selepas subuh, Nabilah dah bersiap-siap nak ke seminar di Dewan SIRIM anjuran pusat tuisyen PUJI. Melawa dengan baju raya tapi tak berus gigi. Kak ngah puasa, mana boleh berus gigi! Alaa kalau tak puasa pun, kak ngah liat nak berus gigi. Pagi-pagi lagi abah dah tarik tilam Aiman depan TV. Kesian Aiman. Chengkeringnya dah keluar hingga ke kaki tapi tak banyak. Semalam abah dah bagi minum air kelapa (ayaq nyoq). Abahnya pesan Aiman jangan keluar rumah sebab hari ni hujan. Nanti kalau kena hujan, Aiman jadi tak hensem. So, hari ni Aiman terlantar di depan tv saja lah.
Lepas hantar Nabilah ke Dewan SIRIM, kami (ibu & abah) ambil peluang ke Market Kulim (Pasar Kulim). Membeli-belah bahan memasak untuk berbuka nanti. Tak banyak gerai yang buka di kawasan luar pasar sebab hujan awal pagi tadi. Aku beli ulam pegaga, sayur sawi, serai dan daun pudina. Daun pudina tu aku plan nak buat nasi beriani. Berangan je lebih. Tengoklah kalau rajin. Ku cari tempe tapi tak ada. Aisehman, orang jual tempe cuti sebab sambut Ramadhan.
Sampai di gerai surat khabar, aku beli Berita Harian dan Majalah Saji. Sham belek majalah tu. Eh, buat apa beli majalah ni, kan saya dah belikan buku Pancakes. Ada atas meja dalam bilik? Bang! Pancake tu lempeng lah.ni resepi kuih raya. Memang Sham rajin beli buku resepi dari oversea semenjak aku terlibat dengan dunia katering ni. Buku-buku tu banyak juga membantu dalam p&p aku. Advance sikit dari modul p&p student, untuk pengayaan.
Dalam perjalanan pulang dari market, aku mula membuat perancangan menu untuk buka puasa nanti. Nasi putih je lah sebab tak beli ayam. Kari ikan temenung, ulam, sambal belacan. Ikan bakar cari kat dapur tunjuk. Untuk dessert, aku plan nak buat puding jagung. First day buat yang simple je..masih merancang lagi ni...kalau jap lagi gi Bandar Sunway, mesti resepi berubah..apa-apa je lah.(puasanya pun baru sampai pukul 11.40 pagi..heh..heh..heh..)




Aku yang sentiasa sibuk..

Sekarang ni dah start cuti sekolah. Kebetulan awal Ramadhan jatuh dalam awal cuti sekolah. Ramai rakan-rakan dan jiran-jiran yang mengambil peluang cuti begini untuk pulang ke kampung. Aku teringin juga nak balik kampung tapi bila mengenangkan Aiman tak sihat dan suasana kesihatan negara juga ditahap tak berapa sihat, aku batalkan niat balik kampung. Hisham ada juga tanya, tak mau balik Aitam ke? Kalau tak mau balik Aitam, dia nak ajak balik Langkawi...Mana-mana pun aku malas nak balik. Bukannya apa...kalau balik Langkawi, lagi lah besar risikonya..Duduk dalam feri bercampur dengan orang ramai tah dari mana-mana...tak mau lah aku ....Masa aku phone maksu di Kedawang (Langkawi), tok ada minta kami balik. Sorry lah tok, kami tak boleh balik.. Kami anak beranak ni kurang lasak. Mudah dapat penyakit. Nanti sapa yang susah? Kami dan keluarga kami jugak yang susah...

So, aku plan dengan budak-budak kelas Katering Penyajian aku untuk kemas kini fail portfolio mereka pada hari Isnin nanti. Sambil-sambil tu, boleh lah kemaskan sikit-sikit bilik masak kami tu. Almaklumlah, sebelum cuti ari tu, GK sms bagi tau nazir nak datang mai tengok-tengok. Satu hari suntuk, aku sakit perut lepas baca sms tu.. (biasa lah..fobia kena observe) Tengok lah ni pak lang!!! dah kerja lebih sepuluh tahun pun, masih fobia lagi..(bukan fobia..tapi pemalu..)

Heh..heh..heh.. itu pasal aku tak boleh cuti..sayang nak tinggalkan sekolah. Mula-mula tu berlagak ngan budak-budak kelas ekonomi, kata tak mau buat kelas (saja jual mahal sebab selalunya buat kelas, depa tak mau mai), cikgu nak cuti...tapi nampaknya tak leh gak. Tadi pagi dah pesan ngan Cikgu Bariza, kalau depa ada tanya pasal cikgu nisya, "cikgu nisya kem salam, sapa nak kelas tambahan, bagitau dia". Emmm itu pasal aku tak boleh cari duit lebih, contohnya join MLM. Sepupu sepapat ramai yang join dan berjaya tapi bagi aku, wang bukanlah ukuran kebahagiaan. Dah try dulu tapi macam tak bahagia sebab tak dapat nak beri komitmen sepenuhnya pada anak-anak, suami dan kerjaya. So, aku tinggalkannya. Sekarang aku bahagia, aman dan bersyukur dengan apa yang aku ada. Tidak terlalu kaya tapi tidak terlalu susah. Sederhana sahaja. Apa yang aku kejar sekarang ialah kejayaan dalam kerjaya dan keluarga serta pengisian untuk bekalan di hari kemudian.

Aktiviti Malam Pertama Ramadhan 1430H




Bagi menyambut kedatangan Ramadhan, bulan yang penuh berkat ini, kami sekeluarga mengadakan bacaan al-Quran selepas solat maghrib. Hisham berazam dapat khatam Al-Quran dalam Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah, satu anjakan paradigma yang sangat baik. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa kami. Malam ni, abahnya saja yang baca diikuti anak-anak. Ibu dapat cuti awal. Farhanah saja sibuk mengacau. Saat ini Aiman kena kuarantin.




Birthday Farhanah

Hari ni aku dan Nabilah ke Carrefour Sbrg Jaya poskan kuih batang buruk pada Dr Nina (Mak Teh). sambil-sambil tu, tengok-tengok juga di Carrefour. Langkah berjaga-jaga tetap diambil. Aku dan Nabilah ambil kesempatan ini meronda-ronda sambil memakai mask. Tapi ramai juga orang yang masih tak sedar diri lagi. Teringat birthday farhanah jatuh pada 24 Ogos ni. Jadi, aku pun belilah kek untuk si kecik ni. Nanti dah mula puasa, tak larat nak makan pulak.


Kek kecil salut dengan fresh cream..mmm sedap!!! Beli yang kecil je lah. Cukup untuk kami sekeluarga. Aiman tanya mana kek dia?? Tiap-tiap hari kan beday aiman.
Aiman buat muka toya..hari ni kaki, tangan, badan semua tempat keluar jerawat (katanya) Bila aku belek-belek, rupa-rupanya dia kena chicken pox. Habis aku (send to many - prosedur biasa bila dapat info terkini atau nak up date spmething pada adik-beradik yang lain).