Khamis, 5 November 2009

sambungan Sumpah di bumi Tersumpah

Sebelum ni tak de rasa macam ni ke? soal Kak Jah. Dahinya berkerut memandang Wani.

Entahlah kak jah. Semenjak balik dari Langkawi, saya jadi macam ni. Macam tak betul je..Kenapa ye?? Tak de selera nak makan. Tidur pun tak betul." jawab Wani sambil menyuap bihun ke dalam mulut.

"Amboi!! Tak lalu makan. Tu dah dua kali tambah bihun tu.."

"Ehh ye ke Kak Jah? Tak sedarlah. Dah dua pinggan rupa-rupanya saya makan bihun kak jah ni. Tu lah, tak kenyang-kenyang ni.."

"Teruk juga penyakit ko ni Wani. Tambahkan lagi bihun tu kat pinggan anak-anak kau tu Wani.Asyik kau je yang makan. Kesian pulak aku tengok budak-budak tu."

"Ye ke kak jah? Sejak saya ke pekan kuah tu, saya jadi macam ni." ujar Wani sambil mencedukkan bihun goreng ke dalam pinggan Afiq dan Aina. Auni dan Nana sibuk menonton Wonder Pet.

"Ye lah Wani. Biasalah kau tu. Tak sah kalau tak jadi macam ni. Ni angau Corelle ke atau angau Vantage?"

"Heh! Heh! Heh! Dua-dua sekali lah kak jah. Nak beli tapi tak berduit. Tu yang bila balik sini hati tak tenteram. tidur malam pun terbayang-bayang. Cantiknya kalau saya dapat walaupun sekeping. Boleh letak dalam almari baru kat depan tu" Wani tersengih-sengih sendiri.

"Huh! Teruk sungguh kena sumpahan Corelle dan Vantage ni." Kak Jah menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.

Tiada ulasan: