Semalam saya ke sekolah seperti hari-hari yang berlalu. Tiada apa yang menarik di awal pagi begitu. Cuma pergerakan kena pantas dalam mengurus anak-anak empat orang ni.Yang ke sekolah, yang ke taska, dan anak mak mentua yang ke tempat kerja. Semuanya nak kena diuruskan. Farhana tidak menangis pagi ni. Dah penat menangis kut malam tadi. Sakit-sakit badan ibu dibuatnya kerana dia merenggek sepanjang malam. Kalau dah penat main, macam ni lah jadinya.
Saya melihat jadual peperiksaan akhir tahun tingkatan 4. Alamak! Hari ini 4 Katering ada paper Pendidikan Seni Visual 2 selama 3 jam dari jam 10.15 hingga 1.15. Waaaa..jadual saya dengan mereka bermula jam 10.10 hingga 1.15. Maknanya, saya akan bersama-sama mereka dari mula periksa hingga tamat pada hari ini. Jam 8.30 pagi, saya bergegas ke kantin. Tak ada apa-apa lagi kecuali roti bun dan kuih karipap. Saya memilih mengalas perut dengan milo cicah roti inti kacang,bekalan hingga 1.15. Hari ni hujan, sejuk..perut pulak lapar..Allah je yang tahu perasaan saya masa ni. Tapi kalau bulan puasa, tak pulak rasa lapar macam ni. Walau apa pun, cikgu kena mantain dalam kelas.
Jam 2.00 petang ni ada Mesyuarat Guru Cemerlang Daerah Kulim Bandar BAharu di SMK Kulim. Saya dan Suzie menumpang kereta Lim ke sana. Hari masih hujan. Sepanjang mesyuarat, saya sibukkan diri dengan mencatat(macam s/u pulak) Saja nak set mind,sibukkan diri, jadi otak terlupa seketika bagi arahan rembeskan asid dalam perut.
Maka bermulalah episod saya sebagai Guru Cemerlang pada hari ini. (Dah bayar yuran untuk daerah dan negeri). Sebelum ni saya masih blur blur lagi. Setelah menghadiri mesyuarat ini, banyak input yang dapat membantu. Sebelum ke luar dewan petang ni, saya tanamkan azam untuk melakukan yang terbaik buat diri saya dan juga orang lain dengan kemampuan dan kebolehan yang saya ada. Semangat tetap semangat!! Eh!! Jamuan minum petang semalam sedaplah. Bihunnya sedap berperisa, kuih cara manisnya lemak dan manis, dan paling sedap cucur badaknya. Intinya cukup berperisa, disalut dengan kulit yang banyak ubi keledek (bukan banyak tepung seperti yang selalu orang jual). Alhamdulillah, makanan tak bersisa walaupun yang hadir cuma sekitar 80 orang daripada 130 orang. Apa pun, bestlah.
pst!!Ikhlas puji. Bukan sebab lapar tapi semua orang cakap macam tu. Syabas Guru Cemerlang SMKK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan