Sabtu, 14 November 2009

rezeki itu datang dari Allah

Minggu ini ada berita gembira, ada juga berita kurang gembira. Bagi saya, banyak rezeki yang dilimpahkan Allah tanpa disangka-sangka. Saya menerima surat panggilan temuduga sebagai pensyarah kolej matrikulasi di Kolej Matrikulasi Kedah pada 25hb Nov nanti. Malangnya, suami telah membelikan tiket flight kami anak-beranak ke KL pada 24hb nanti. Jadi, saya terpaksa menolaknya. Setelah berbincang dengan Azizah (kawan baik, dulu pernah menjadi pensyarah kolej matrikulasi, kini pensyarah di Maktab Perguruan Perlis,sedang cuti belajar buat PhD), saya bulatkan hati menolak untuk tidak hadir ke temuduga tersebut. Memang teringin tetapi saya bertawakal ketika menghantar borang permohonan dulu, saya akan terima offer yang sampai awal. Dan saya telah menerima perlantikan jawatan sebagai guru cemerlang DG44, lantikan pada 23 April 2009.

Lain pula buat adik di Kulai. Dia tak dapat KDC untuk pendidikan khas dengan alasan Mtest nya tidak dapat dikesan oleh komputer. Kalau tak mau complaint hingga ke atas, terima je lah alasan yang tak masuk akal tu. Namun begitu, jangan patah semangat. Mungkin Allah nak bagi yang lebih baik dari itu.

Minggu-minggu terakhir ni, kami dipanggil mengadap tuan pengetua untuk menghabiskan budget pada tahun ini secepat yang mungkin. Saya dan Cikgu Suzie meminta supaya bilik ketua panitia dipindahkan ke bilik yang baru. Setelah berdebat dan berbahas agak lama dengan tuan pengetua, akhirnya kami dapat bilik ketua panitia yang baru. Namun sungguh tak sangka, tuan pengetua mengubahsuai bilik baru tersebut dengan berlantaikan tile dan tingkap sliding. Hari Rabu minta, hari ini (Sabtu) dah siap. HAri Ahad dah boleh pindah. Itulah rezeki yang tidak disangka-sangka. Allah lebih mengetahui.

Khamis, 5 November 2009

sambungan Sumpah di bumi Tersumpah

Sebelum ni tak de rasa macam ni ke? soal Kak Jah. Dahinya berkerut memandang Wani.

Entahlah kak jah. Semenjak balik dari Langkawi, saya jadi macam ni. Macam tak betul je..Kenapa ye?? Tak de selera nak makan. Tidur pun tak betul." jawab Wani sambil menyuap bihun ke dalam mulut.

"Amboi!! Tak lalu makan. Tu dah dua kali tambah bihun tu.."

"Ehh ye ke Kak Jah? Tak sedarlah. Dah dua pinggan rupa-rupanya saya makan bihun kak jah ni. Tu lah, tak kenyang-kenyang ni.."

"Teruk juga penyakit ko ni Wani. Tambahkan lagi bihun tu kat pinggan anak-anak kau tu Wani.Asyik kau je yang makan. Kesian pulak aku tengok budak-budak tu."

"Ye ke kak jah? Sejak saya ke pekan kuah tu, saya jadi macam ni." ujar Wani sambil mencedukkan bihun goreng ke dalam pinggan Afiq dan Aina. Auni dan Nana sibuk menonton Wonder Pet.

"Ye lah Wani. Biasalah kau tu. Tak sah kalau tak jadi macam ni. Ni angau Corelle ke atau angau Vantage?"

"Heh! Heh! Heh! Dua-dua sekali lah kak jah. Nak beli tapi tak berduit. Tu yang bila balik sini hati tak tenteram. tidur malam pun terbayang-bayang. Cantiknya kalau saya dapat walaupun sekeping. Boleh letak dalam almari baru kat depan tu" Wani tersengih-sengih sendiri.

"Huh! Teruk sungguh kena sumpahan Corelle dan Vantage ni." Kak Jah menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.

Bermulanya hari ini

Semalam saya ke sekolah seperti hari-hari yang berlalu. Tiada apa yang menarik di awal pagi begitu. Cuma pergerakan kena pantas dalam mengurus anak-anak empat orang ni.Yang ke sekolah, yang ke taska, dan anak mak mentua yang ke tempat kerja. Semuanya nak kena diuruskan. Farhana tidak menangis pagi ni. Dah penat menangis kut malam tadi. Sakit-sakit badan ibu dibuatnya kerana dia merenggek sepanjang malam. Kalau dah penat main, macam ni lah jadinya.

Saya melihat jadual peperiksaan akhir tahun tingkatan 4. Alamak! Hari ini 4 Katering ada paper Pendidikan Seni Visual 2 selama 3 jam dari jam 10.15 hingga 1.15. Waaaa..jadual saya dengan mereka bermula jam 10.10 hingga 1.15. Maknanya, saya akan bersama-sama mereka dari mula periksa hingga tamat pada hari ini. Jam 8.30 pagi, saya bergegas ke kantin. Tak ada apa-apa lagi kecuali roti bun dan kuih karipap. Saya memilih mengalas perut dengan milo cicah roti inti kacang,bekalan hingga 1.15. Hari ni hujan, sejuk..perut pulak lapar..Allah je yang tahu perasaan saya masa ni. Tapi kalau bulan puasa, tak pulak rasa lapar macam ni. Walau apa pun, cikgu kena mantain dalam kelas.

Jam 2.00 petang ni ada Mesyuarat Guru Cemerlang Daerah Kulim Bandar BAharu di SMK Kulim. Saya dan Suzie menumpang kereta Lim ke sana. Hari masih hujan. Sepanjang mesyuarat, saya sibukkan diri dengan mencatat(macam s/u pulak) Saja nak set mind,sibukkan diri, jadi otak terlupa seketika bagi arahan rembeskan asid dalam perut.

Maka bermulalah episod saya sebagai Guru Cemerlang pada hari ini. (Dah bayar yuran untuk daerah dan negeri). Sebelum ni saya masih blur blur lagi. Setelah menghadiri mesyuarat ini, banyak input yang dapat membantu. Sebelum ke luar dewan petang ni, saya tanamkan azam untuk melakukan yang terbaik buat diri saya dan juga orang lain dengan kemampuan dan kebolehan yang saya ada. Semangat tetap semangat!! Eh!! Jamuan minum petang semalam sedaplah. Bihunnya sedap berperisa, kuih cara manisnya lemak dan manis, dan paling sedap cucur badaknya. Intinya cukup berperisa, disalut dengan kulit yang banyak ubi keledek (bukan banyak tepung seperti yang selalu orang jual). Alhamdulillah, makanan tak bersisa walaupun yang hadir cuma sekitar 80 orang daripada 130 orang. Apa pun, bestlah.

pst!!Ikhlas puji. Bukan sebab lapar tapi semua orang cakap macam tu. Syabas Guru Cemerlang SMKK.

Rabu, 4 November 2009

Rindunyer zaman sekolah dulu

Kenape yek?? Aku rasa gerun (ayat novel) melihat anak-anak murid aku sekarang relax saja walaupun exam sebenar tak berapa lama lagi ni. Aku yang pulun bagi latih-tubi berpikul-pikul. Macam aku pulak yang nak amik SPM. Tetiba aku teringat suasana di sekolah aku dulu, SM Sains Muar, Tg Agas. Jangankan kata nak amik SPM, bila cikgu kata nak buat kuiz pun, kelas sunyi sepi bagai dilanda garuda. Bila waktu prep, semuanya tak angkat kepala. Tapi la..aku boleh lupa lak nama form teacher aku. Norliza agaknya. Yang aku paling ingat ialah Mr. Baskie, ajar Kimia. Aku miss betul cikgu ni. Masa hari mesra waris, ayah aku datang tapi dengan naik bas je dari Aitam ke Muar. Nampak macam comot sikit jika dibandingkan dengan parent orang lain datang dengan kereta. Bila aku bawa jumpa ada satu cikgu ni, dia tak mau layan. Aku bawa ayah jumpa Mr. Baskie ni, dia saja yang layan ayah. Hati aku sangat terharu dan tersentuh masa tu. Kenangan tu tetap jadi ingatan hingga kini.

Masa aku ke Kolej Matrik, dengar citernya cikgu Baskie ni transfer ke SokSek di Bukit Mertajam. Dah sepuluh tahun aku duduk di Lunas, jarak dengan Bukit MErtajam hanya 12 km tapi masih tak berjumpa juga.

Sejak umur nak mencecah ke 40'an ni, makin pelupa lak. Sapa pulak nama cikgu Fizik aku tu?? Kecil tapi punyalah cerewet. Macamana letaknya alatan dalam makmal masa kami masuk, macam tu lah bila keluar dari makmal. Sekarang aku dah trjangkit penyakitnya. Macamana letaknya alatan dalam bengkel semasa masuk, begitulah bila student aku keluar bengkel..

Haila..aku ni student sains tulen. Amik Fizik, Kimia dan Biologi. Macamana lak boleh sesat amik matrik sains sosial (akaun)? First degree amik business, major tourism lagi. Last, jadi cikgu ajar ekonomi dan katering. Bersekolah lagi lahhh sampai tua.

Sumpah di Bumi Tersumpah

Wani memandu laju menuruni Bukit Chengal. Lampu isyarat di hadapan bertukar warna hijau. Hati Wani terasa lapang. Bagai berlari-lari di padang golf. Perasaan bercampur-baur. Wani seakan-akan berada lima belas tahun yang lalu. Ketika baru menjejakkan kaki ke bumi Sintok.

Wani terus memandu Toyota Estimanya menghala ke Bukit Mertajam. Aina dan Auni terlentuk tidur. Sikecil Nana bermain bersama-sama abangnya, Afiq di kerusi belakang sekali. Wani melewati pekan Macang Bubuk. Wani terus memandu ke Bukit Teh. Hatinya terasa terawang-awang. Ada sesuatu yang tak kena..Wani menukar stesen radio Sinar ke IKIm. Alunan zikir berkumandang dicorong radio. Pemanduan Wani sedikit tergugat apabila Nana berbunyi disakat Afiq. Aina, si kakak tidur bagai tak sedar apa-apa pun. Jika bom meletup pun,dia tak akan sedar. Wani mengerakkan Auni di kerusi penumpang hadapan.

Auni, cuba tengok kat belakang tu. Adik buat apa?

Auni mengeliatkan badannya. Sambil menjengah ke belakang melihat Afiq dan Nana, tangannya sempat mencubit kecil lengan Afiq.

Afiq ni umi, dia buat adik.

Afiq!!

Ya! Umi, tak. Tak buat pun. Wani melihat melalui cermin pandang belakang. Baru nak menegur, Wani dan sampai ke satu simpang tiga. Wani membelok ke satu jalan mini tar yang boleh memuatkan sebiji kereta. Wani berhenti di penghujung jalan mini tar. Ada sebuah rumah di situ. ...bersambung