Selasa, 18 Ogos 2009

Musim Demam


Sekarang ni ancaman selsema babi makin teruk. Kami sekeluarga turut berjaga-jaga dengan wabak ni. Almaklum sajalah, kami golongan lemah daya tahan, mudah diserang demam. Sekarang ni pun cik abang ni pun dah batuk-batuk. Terpaksa kerja dari rumah. Nasib baik company dia ni boleh bekerja secara online dari mana-mana pun. Dah duduk di rumah, so kita belikan dia mask 1 kotak tapi tak mau pakai pulak. Bukan cerewet tapi kita takut lah batuk dia tu jangkit kat anak-anak. Sekarang ni aiman pulak demam. Meracau-racau pulak tu. Dia kata nampak toyol masuk bilik malam-malam...heiii aiman ni, biar betul...

Usaha Tangga Kejayaan




Inilah dia anak-anak muridku. Mereka ni perlukan "sentuhan" dan bimbingan. Di waktu-waktu peperiksaan hampir menjelang ni, kami buat pelbagai aktiviti bagi meeka seperti membuat group discussion (berfokus, cikgu jadi fasilitator..tu yang sepatutnya), ceramah Isra' Mikraj, bacaan yasin, solah hajat, bengkel teknik menjawab soalan...dan pelbagai lagi. Duit fotostat yang cikgu bayar dulu tu, tak terclaim la jawabnya. Apa taknye, pengetua kata, kalau latihan dalam kelas, pakai duit pelajar atau duit sendiri. Kalau latih tubi, baru boleh pakai duit PCG. Kelas tambahan pulak, pakai duit PIBG. Selalunya, cikgu lah yang buat pendahuluan. Bila nak claim, berbulan baru boleh dapat... Tapi bagi aku, kalau tak dapat balik duit pun tak pe lah, asalkan anak-anak ni dapat ilmu yang sepatutnya mereka dapat dan dapat manfaatkannya di dewan peperiksaan dan juga dalam hidup mereka. Cikgu doakan hangpa suma berjaya! Amin..

Minggu yang paling sibuk....




Seminggu dua ni aku dah mula sibuk. Almaklumlah, SPM semakin hampir. Kalau situasi aku ketika nak exam, time macam ni dah terkunci mulut, tak boleh sembang-sembang. Takut ilmu yang dah masuk dalam kepala, terkeluar ikut mulut. Setiap detik masa adalah emas. Jika terlepas, alangkah ruginya. Bila berkumpul dengan kawan-kawan, kami akan buat perbincangan. Tapi budak budak sekarang ni, buat tak reti saja. Cikgu atau mak bapak yang cemas. Tengok je lah budak dalam gambar ni. Siap boleh tidur masa kawan-kawan lain buat aktiviti. Hah! Kalau macam ni punya bukti, masih nak salahkan cikgu??








Jumaat, 14 Ogos 2009

Terkenang Semasa Dulu...

Dalam sibuk-sibuk dengan kerja sekolah dan kerja rumah (walaupun ada bibik, tak semua kerja rumah bibik boleh buat) sempat juga aku layan sekejap novel Hlovate tajuk Tunas. Saat dan ketika itu, mula lah terkenang sekolah lama aku, Sekolah Menengah Sains Muar, Tanjung Agas. Sekolah tu lah yang mendewasakan aku dan melepaskan aku dari kepompong "jangan". (Ayah mendidik anak dengan perkataan "jangan". Cth: jangan main hujan, nanti sakit..jangan main pisau, nanti luka..sebab tu mak selalu bising,ayah sorokkan pisau). Di SM Sains Muar, aku belajar untuk jadi berani dengan perkataan "cuba. kalau tak cuba, kita tak tahu". Walau bagaimana pun, "jangan"tetap dijadikan sandaran.

Teringat pada classmate entah kat mana2 sekarang ni. Schoolmate lain mcm Majeed (kawan pencetus motivasi untuk berjaya), sekarang dah glamour..masuk anjung seri lagi. Zizah tengah buat PhD. Puan Yat (Surtik) lecturer kat UUM, Tmed kat SP, Cik Pah masih di Kluang...ni je kelompokyang rapat dengan aku hingga kini..miss nye ngan korang. Syok gak jumpa Zizah, meriah suasana dengan anak-anak kita ye Zah! Lagi pun, Sobhi kamcing Sham. Tak le kekok sangat.Teringat pulak kat cikgu-cikgu kat situ... Owh cikgu! Aku sekarang pun jadi cikgu jugak tapi di sekolah yang sangat menguji iman dan kesabaran...(dah lebih sepuluh tahun aku kat sekolah ni..SMK Lunas. Depan rumah je..sebab tu sayang sangat nak minta transfer) Kat mana yek Cikgu Baskie yang ajar chem tu?? Sampai sekarang mencari tapi tak jumpa.

Teringat masa hari perjumpaan waris di SM Sains. Ramai parent yang datang nak amik report card anak-anak, termasuklah ayah. Ayah masa tu datang naik bas je sebab kereta tak boleh jalan jauh (dari Air Hitam ke Muar tu kira jauh ler sebab masa tu takde highway lagi). Aku bawa ayah mencari-cari mana-mana cikgu untuk berkonferansi tapi malangnya semua sibuk. Ayah dan aku berdiri di luar kelas,mencari-cari kut-kut lah ada cikgu yang boleh kami gi jumpa,tapi hampa. yang sedih tu, ada cikgu yang pilih bulu. langsung tak pandang kami, orang kemudian yang turun dari kereta merc je yang dia layan. Takpalah cikgu..terimakasih. Cikgu Baskie lah y ang datang kepada kami, dan mengajak ayah bersembang dengannya. Kesannya hingga sekarang aku cukup berterima kasih dan terharu dengan Cikgu Baskie yang tak pilih bulu tu. Aku jadikan sejarah lama tu sebagai panduan aku sekarang...Sekarang??? Memang menakutkan!! Hari Mesra Waris yang lalu, ada waris yang tak mau tunggu ikut nombor. Dengan muka samsengnya, dia tepuk meja mengamuk minta jumpa dulu dengan cikgu (aku lah tu). Emmm patutlah, bapa borek anak rintik.. anaknya pompuan tapi samseng dalam kelas..rupa-rupanya macam tu asas dia... (sekadar buat renungan untuk kita, sebab kita ada anak-anak)

Rabu, 12 Ogos 2009

Malang yang tiada bau


Pada 28 Julai 2009, jam 11 pagi, pagar dan tembok rumah kami telah dirempuh oleh sebuah kereta proton waja yang dipandu oleh seorang ustazah. Aku bergegas balik ke rumah setelah terima panggilan kecemasan dari bibik.
Hannah yang sedang tidur, terkejut dek bunyi dentuman yang kuat. Ketika aku balik, aku lihat Hannah diam kebingungan dalam dokongan bibik. Ustazah yang melanggar tembok rumahku ada di dalam rumah. Keadaannya menimbulkan rasa seram. Aku segera menjerit minta bantuan jiran-jiran. Tak lama kemudian, suamiku, suami ustazah tersebut dan polis tiba. Usaha memujuk ustazah tersebut keluar dari rumahku gagal. Pihak polis meminta bantuan mana-mana ustaz untuk melembutkan ustazah tersebut. Aku teringatkan Abang Mie, suami kak Ros (sekuliah Usz Hanafi di Darul Shifa'). Dengan bantuannya dan beberapa orang rakan, ustazah tadi dapat dibawa keluar ke balai polis.

Usaha untuk menenangkan ustazah tersebut berlarutan hingga ke petang. Kesian abang Mie, dipanggil semula ke balai polis. Aku pulang semula ke rumah menguruskan hal rumah ku.

Farhanah mula meragam hingga ke petang. Selepas waktu maghrib, badannya mula panas. Ketika jam 12 tengah malam, badannya sangat panas. Ketika aku nak masukkan ubat ke bahagian bawah badannya, tiba-tiba Farhanah menjerit ketakutan dengan keadaaan mata yang terbeliak dan tangan yang mengeletar. Aku terus memeluk Farhanah dan mengejutkan suamiku. Aku basahkan kepala Farhanah dengan air yasin yang kuletak disamping katil. Suamiku memeluk Farhanah sambil membaca ayat kursi. Hatiku melibang libu. Dengan linangan air mata, aku qamat sekadar didengar oleh anakku.

Hati mana yang tak sedih melihat anak keras kejang kaku, mulut berbuih-buih. Setelah membasahkan Farhanah di bilik mandi, kami terus membawanya ke hospital. Sepanjang perjalanan ke hospital, terasa amat jauh. Tak henti-henti kami membaca mana-mana surah dan ayat yang kami tahu. Farhanah ditahan di wad selama 3 hari. Ya Allah! Ketika tu, tak tau nak gambarkan bagaimana perasaan kami suami isteri. Aku temankan Hannah di hospital, sedangkan suami, anak-anak yang lain dan bibik di rumah, tidur dengan keadaan rumah tidak berpagar. Kakak Ika kata selipar kakak, selipar ke surau abah dan kasut nabilah rosak digonggong anjing di tengah jalan.
Hingga kini, trauma masih ada lagi. Allah nak uji kami. Banyak-banyak rumah, rumah kami yang terpilih. Musibah yang datang, bertimpa-timpa dalam waktu yang terdekat. Ketika tu pulak aku tengah sibuk menguruskan permohonan sebagai guru cemerlang. Pak Lang Ateh banyak memberi kata-kata semangat untuk teruskan perjuangan. Ujian ini benar-benar menguji kesabaran dan ketabahan kami.

"Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada sengsara akibat bencana, ditimpa kesusahan, takdir buruk, dan musuh yang bergembira." ( Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

Nurul Farhanah


Nurul Farhanah Binti Norhisham akan menyambut ulang tahun ke 2 pada 24 Ogos 2009. Semoga Baby Hannah menjadi anak yang cerdik dan solehah.