Jumaat, 17 Disember 2010

Pisang oh Pisang


Nabilah bawa bekal pisang goreng ni ke kelas tuisyen.

Isnin lepas (kalau tak lupa) abang ude datang ke sini bawa sesikat pisang. Lupa pulak nak tanya nama pisang tu. Kak Long cuma tau pisang tanduk jer. Hari ni, masa jenjalan kat dapur, kak long tengok pisang ni dah tukar warna kuning. Jadi, Kak Long suruh Kakak Ika buat pisang goreng.



tetiba Kak Long teringat nak buat muffin pisang. Last-last, jadi macam ni. Hah! Sedap jugak. Aiman dan Farhana makan sampai terlentok-lentok. Heh heh heh.. Resepi ada dalam fb Kak Long.

Rabu, 15 Disember 2010

Kek Nenas Terbalik


Malam Selasa lepas, rasa cam boring jer. Bila buka peti Nobita, ada nenas ring dalam tin. Bila buka peti Doraemon, ada lagi tepung and gula. Apa lagi, mem'baking'lah. Lagi pun esok di sekolah ada makan2.

Jadi, malam tu kak long bancuh 2 adunan untuk kek nenas terbalik. Aiman dah mengamuk2, bila kata kek tu sekolah punya. Heh heh heh saja kenakan dia. Last2 siap juga. Nasib baik sebiji sempat disorokkan. Lagi sebiji wasallam pukul 11.00 malam tu juga oleh abang long dan 4 orang anaknya. Tak sempat nak jamu pak uda makan. (Pak Uda masuk tidur awal, letih menginterview calon nak masuk MRSM)

Rabu, 8 Disember 2010

Ikan Masak Tiga Rasa

Semalam cuti Maal Hijrah, kak long cuba masak sepesel sikit dari hari lain. Abg long ada beli ikan besar ni, jadi nak menerai la pulak resepi yang pak ngah bagi. Ikan Masak Tiga Rasa.


Ikan siakap dibersihkan, digoreng dalam minyak yang banyak.


Bawang putih dan bawang merah yang telah siap dimayang.


Goreng bawang putih hingga kekuningan untuk ditabur atas ikan.


Tumis bawang yang telah dikisar tadi. masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomyam. gaul sebati, masukkan nenas dipotong kiub atau 2-3 biji asam kecut @ asam ko. tambah sedikit kicap lemak manis. masukkan air, adjust pekat dan perisakan dengan garam dan gula.


Dah siap pun. yang ni terlebih buh kicap. kalau nak pedas, masukkan sikit pes cili kisar. atau cili melaka dipotong kecil-kecil, pastu tabur atas ikan. Yang ni pon dah sedap, lepas ni kak long tak payah gi kedai tomyam daaa.

Isnin, 6 Disember 2010

Kek Cawan Coklat Moist



Kek Cawan Coklat Moist ni kak long buat masa perjumpaan team Program Ziarah Intel ke 2. Saja jer nak mengabiskan tepung, gula dan coklat.

Double Chocolate Italian Cheesecake



4 Dis 2010 aritu, kak long dah plan nak belajo buat ciskek ni ngan kawan lama kak long. dah lama berjanji, akhirnya tercapai juga hajat. Dari jam 10.30 hingga 3.30 petang, rasa macam sekejap jer. tak puas bersembang + makan-makan dengan Cik Eiyta dan Cik Fazilah yang semakin vouge tu. Len kali kak long nak gi lagi lah. Kali ni boleh le bawa bantal, tilam and oben sekali..heh heh heh..boley ye cik ta?

Nasi Beriani Ayam



Semasa menunggu mak sampai dari KLIA ke Masjid Parit Bilal, acik ajak makan nasi beriani di Benteng, tepi Sungai Batu Pahat. Kiranya ni first time Kak Long menderhaka kepada pantang makan nasi beriani. Banyak gerai kat situ tapi acik pilih gerai Mohd Shah, katanya sedap dan murah. Memang sedap dan murah. Bayangkan 8 pinggan nasi beriani ayam dan 1 pinggan nasi beriani kambing, kuah dalca, 5 bungkus otak-otak dan 3 jus limau, 1 jus epal, 2 teh o ais..jumlah semua RM43. Biar betul orang ni kira..acik kata..cepat! cepat balik! nanti dia kira semula.. apa pun, Alhamdulillah, rezeki kami dan semuga rezeki tokeh nasi beriani tu murah selalu.

Menyapu habuk-habuk yang tebal..

Assalamualaikum! Hari ni 1 Muharram 1432. Hah hah hah kononnya azam tahun baru nak up-date blog yang dah lama ditinggalkan ni.Insya Allah, dari hujung jari ni, akan Kak Long polishkan blog yang dah berdebu ni.

Khamis, 11 Mac 2010

Sewaktu waktu dahulu ketika saat menjadi ibu..



Menjadi ibu adalah suatu saat yang paling indah bagi seorang wanita yang bergelar isteri. Bayangkanlah ada nyawa lain di dalam badan kita. Ke mana sahaja, dia tetap berada dengan kita. Saat "membawa" mendatangkan pelbagai pengalaman yang berbeza-beza bagi setiap orang, bahkan bagi setiap anak juga caranya berlainan. Pengalaman mengandungkan empat orang anak, cukup memberi aku pengalaman yang tak terhingga, yang tak dapat dikutip di mana-mana.

Bila aku disahkan mengandung, aku macam blur-blur. Serba tak reti sebab first time. Macam tak ready lagi sebab ketika tu aku sedang mengikuti pengajian Diploma PEndidikan di USM. Nak tanya mak, malu. Nak tanya kakak, aku anak sulung. Hanya pengetahuan dari kawan-kawan dan hasil pembacaan yang membantu aku menjalani hidup baru sebagai seorang bakal ibu.

Tiga bulan pertama, aku mengalami alahan yang amat teruk. Pernah suatu ketika, selepas pulang dari airport menghantar suamiku outstation, aku muntah teruk hingga jatuh tak sedar diri dalam bilik air. Mujurlah nenek suamiku ada sama. Jika tidak, mungkin aku dan anakku tidak ada ketika ini.

Bila sudah mendapat balik selera makan ku, aku menjadi semakin sihat. Aku sama-sama dengan rakan-rakan lain berjalan kaki ke kampus USM di Minden yang berbukit-bukit. Berlari-lari mengejar kelas dari satu dewan kuliah ke dewan kuliah yang lain. Selalunya aku terlupa ada orang lain yang ku bawa sama ke kelas.

Selera makan ku bertambah-tambah. Banyak kedai makan di area Sungai Dua hadapan USM. Hampir semuanya aku cuba. Yang paling kerap aku masuk ialah Mac Donald's dan yang jauh sikit ialah Nazir Nasi Ayam di Komtar. Kononnya nak cover zaman tak lalu makan masa awal mengandung. Hingga satu tahap, aku dah overweight. Aku dapat kencing manis ketika mengandung. Kena lah minum air glukose yang tak sedap tu. Tapi Alhamdulillah, hanya dalam air kencing tapi tiada dalam darah. Kesannya, baby akan besar dalam kandungan. Bayangkanlah, ketika exam, aku tak boleh duduk di kerusi kuliah dek perut yang terlalu besar.Kaki membengkak kerana tidak dapat menampung berat badan. Aku juga mengalami kesukaran ketika hendak melahirkan anak pertama kerana selain tiada pengalaman, baby juga besar (3.6kg).

Ingatkan anak pertama jer yang alah, rupa-rupanya empat kali mengandung, aku mengalami alahan teruk ketika awal mengandung hingga masuk bulan ke lima. Paling teruk mengandungkan anak lelaki (alah hingga saat nak bersalin). Keluar masuk hospita dah jadi perkara biasa. Kena drip dua tiga hari, keluar. Minggu depan masuk semula..hinggakan nurse dalam ward tu dah kenal. Dari anak kedua hingga ke empat.Masalahnya, lepas alahan, aku jadi kuat makan. Dan masalah yang sama, aku dapat diabetic ketika mengandung. Setiap kali mengandung, pasti kena minum air glukose sebanyak 2 kali sebab dah ada sejarahnya.

Berat badan semakin naik. Selepas anak ke tiga, berat badanku hanya turun sedikit sahaja. Tak sempat nak slim, dah ada yang ke empat. Anak ke tiga dan ke empat lahir pada hujung minggu ke 35. Akibat dari overweight, banyak masalah yang timbul. Sebelum bersalin, beratku hingga mencecah 84kg. Masa check di klinik, aku selalu tipu nurse, sebab takut kena marah. Last berat selepas bersalin ialah 78kg. Aku jadi macam gajah. Masalah sakit pada kaki dan tulang belakang kerana membawa bebanan yang berlebihan dan sukar bila nak buang air kecil dan besar....bersambung, dah mengantuk nih.

Khamis, 18 Februari 2010

Booking bilik

Seminggu sebelum balik ke Air Hitam saya menelefon mak.

"Halo mak, booking bilik ye!"
"Ok, nak bilik yang mana?"
"Bilik kita lah"
"Ok, muat untuk 6 orang. Bantal cukup cuma kena tambah toto. Ubat nyamuk sedia sendiri tau"

macam nak booking chalet jer..apa taknya, ramai yang nak balik, nanti berebut bilik. Siapa last, kena tidur di hall rumah.

Dam Dam Dum Bunyi Mercun

Cuti raya (TBC daaa) kali ni very hapenning! Mana tak nyer. Kastam dan polis macam lupa nak sekat orang main mercun seperti yang lepas-lepas. Hairan juga yek sebab kat mana-mana ada orang main mercun dan bunga api tapi belum pulak dengar ada yang putus jari atau hilang mata.

Selama 13 tahun Norhisham Osman menjadi suami saya, agaknya(kes terlupa sejarah, tak tulis dalam diari tarikh balik kampung) inilah first time dia sambut TBC di Air Hitam.

Pst! Bila sampai jer rumah mak ayah, dia akan senyap jer. Sebabnya tak reti nak berbual sama sebab kitaorang cakap loghat Johor + Jawa dengan laju. Member ni diam jer lah. Bila orang tanya, dia jawab. Nak sembang lebih-lebih, takut silap interpretation pulak. Cuma kalau jumpa Anep, Jaafar atau Rossi, dia ok sikitlah sebab ada geng.

Nak jadikan cerita, suasana malam TBC di Air Hitam sangat meriah bagi kami yang dah biasa macam tu. Mercun dan bunga api saling tingkah meningkah, lawan berlawan, gegak gempita suasana alam. Cantik sangat!! Segenap penjuru bagai berlawan-lawan. Sambutan New Year kat Padang Kota, Penang pun kalah. Hisham tak biasa dengan keadaan macam ni. Aiman pun sama. Si abahnya seronok macam perang katanya. Si anak menangis takut sebab dah macam perang. Keluar lah dua beranak ni melihat orang main mercun dan bunga api hingga jam 1 pagi. KAmi adik-beradik tidur macam tak ada apa-apa yang terjadi. Telinga kuali sungguh. Keh keh keh.

Haah tu laaa kan dah kata, syok balik Johor. Macam-macam ada. Raya Aidilfitri pun seronok sebab sambutan di sini meriah dengan acara "Baraan" dan "ngunjung". Kat tempat lain (macam Kedah) tak ada semua tu. bagi saya, "Baraan" atau "Marhaban" dan "ngunjung" lah yang menghidupkan suasana raya. Masa ni lah kita boleh jumpa saudara-mara yang ada. Teringat peribahasa lama, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, elok lagi di negeri sendiri".

Apa pun, raya tetap ikut giliran, bagi adil. Ingat! Syurga di bawah tapak kaki suami. Kali ni seronok balik kampung. Terima kasih kepada suamiku kerana membawa kami balik ke Johor cuti kali ni.

Selasa, 16 Februari 2010

Cuti Tahun Baru Cina di kampung, Air Hitam, Johor

Salam, rasanya dah lama tak jengah ke sini. Kesibukan sebagai surirumahtangga dan pendidik telah membataskan aktiviti saya untuk menulis. Sempena cuti TBC yang panjang, saya mengajak suami balik ke kampung di Air Hitam. Setiap hari ayah sms tanya bila nak balik? Sejak ayah xcdent ari tu, saya belum berkesempatan untuk pulang menjenguknya.

Hari Jumaat, 12hb Feb lepas, kami bertolak dari Kulim Jam 12.00 malam. Sebenarnya ada merasa hairan sedikit dengan suami, kenapalah dia nak bertolak tengah-tengah malam. Alasannya, tak tahan panas matahari petang, lagi pun ada harga diskaun untuk tol waktu malam. (yang ni saya tak sokong, mengalakkan pemanduan di waktu malam. MERBAHAYA!!)

Sepanjang perjalan di highway PLUS, keadaan dari arah utara ke selatan lengang. Boleh piknik atas jalan. Tapi dari arah selatan ke utara, kenderaan memenuhi lebuhraya seperti satu rantaian tiada penghujung. Sampai di r&r Tapah, kami berhenti berehat (tidur sekejap). Selepas tu kami berhenti lagi di *** tak tau kat mana, yang pastinya hentian di lebuhraya sebelum jumpa exit ke Lebuhraya Guthrie. Ramai juga orang lain berhenti rehat di situ. KAmi tidur anak beranak dari jam 4.00pg hingga azan subuh. Saya gerakkan suami kerana tiada tempat yang sesuai untuk solat subuh. Akhirnya kami berhenti solat di Tol Rawang Selatan, Lebuhraya Guthrie.

Perjalanan diteruskan. Ketika memasuki Lebuhraya PLUS di Nilai, kenderaan dah mula banyak dan bergerak perlahan.Tiba di kawasan Air Keroh, suami dah tak tahan mengantuk. Saya mengambil alih pemanduan. Ya Allah, dah lah jalan banyak kenderaan, Aiman buat hal pulak. Agaknya dia bosan lama sangat dalam kereta. Nak marah, buat penat tapi telinga sakit dengar dia menjerit-jerit berkelahi dengan dua orang kakaknya. Suami dah hanyut tah ke mana. Tetiba saya terpandang meter minyak, alamak dah naik lampu merah. YA Allah, selamatkan lah aku, janganlah habis minyak di tengah-tengah highway ni. Sepanjang masa aku berzikir SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILLAH HAILLALLAH WALLAHHU AKBAR..Saya cuba mengalihkan pandangan Aiman ke luar kereta.

"Aiman, tengok tu pokok kat luar tu tak sama macam kat Kulim."
"Memanglah ibu, dia tak mau tumbuh kat Kulim."
"Kenapa dia tak mau tumbuh di Kulim?"
Kakak menjawab "sebab tanah tak sama macam kat tempat kita."
"Ibu, tu pkok getah kan?" Nabilah menunjuk ke arah pokok di tepi highway.
"Laa kak ngah, tu pokok jati lah.. pokok getah yang macam tu" saya menunjukkan pokok getah di ladang getah di tepi highway tersebut.

MAsing-masing mula beri pendapat tentang apa yang mereka nampak. Ada daun pokok warna hijau, merah dan kuning. Ada pokok jati, pokok kelapa sawit. Ada pokok pisang hutan..dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah, anak-anak dah mula beralih pandangan ke luar kereta.Itulah satu cara terbaik untuk hentikan mereka bergaduh. Cara psikologi, jangan guna sekehlogi. Alihkan perhatian mereka ke sesuatu yang lain, yang membolehkan mereka terlupa pada subjek yang mereka bertekak tadi. Akhirnya, masing-masing berlawan-lawan memberikan pendapat tentang apa yang mereka nampak di luar kereta. SAya tersenyum sendiri. Objektif nak suruh mereka berhenti bertekak dan mendapat ilmu baru tercapai. Perasaan saya yang bimbang pun beransur kurang sebab dah kurang sedikit tekanan ketika memandu.

Tiba di Pagoh, saya berhenti mengisi minyak. Suami mengambil alih memandu. Sepanjang perjalana ke Air Hitam, tiada perkara buruk berlaku. Kami tiba di tol Air Hitam dalam jam 11 pagi. Sebelum sampai ke rumah mak, kami singgah di pekan Air Hitam, membeli pisang tanduk dan buah pelam.Akhirnya, selamat sampai di rumah mak. Aisyah dah sampai dulu, awal beberapa minit dari kami. Tak lama kemudian, Nina pulak sampai. Penuh rumah mak dan ayah dengan anak-menantu dan cucu-cucu. Ayah terus jadi sihat.

Jumaat, 29 Januari 2010

Renungan

Sebaik-baik suami ialah Sayidina Ali dan sebaik-baik isteri ialah Sayidatina Fatimah Az-Zahara.

Khamis, 14 Januari 2010

Syukur pada Allah

Muharram dah nak sampai ke penghujung. Januari pun begitu jua. HAri-hari yang berlalu, menjadikan saya begitu menghargai kehidupan yang seketika ini. Allah telah mencuit saya dengan sedikit ujian. Terasa malu pada Maha Pencipta kerana mengeluh resah dan gelisah, sedangkan orang yang terdahulu lagi hebat ujian yang mereka terima. Kesedihan dan kedukaan ini rupa-rupanya Allah uji pula dengan nikmat yang tak disangka-sangka. Doa dari emak dan ayah menjadi penguat semangat. Semoga Allah kuatkan iman saya untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.