Rabu, 11 April 2012

Syukur Ya Allah! Terima kasih Ustaz Arif!

Bila dah hilang semua gambar eviden produk pelajar, akak dah mengelabah. Tetiba teringat kat Ustaz Arif yang sangat arif tentang IT. Akak msg kat ustaz,ustaz balas balik " Salam, insya Allah kalau diizinkan Allah masih boleh panggil balik fail tu".

Pagi-pagi akak dah hantar memory card pada ustaz arif. Alhamdulillah, ini lah antara hasil pelajar yang dapat diselamatkan.

Span flan buah-buahan
Bahulu Gulung
Kek Buttercream
Syukur sangat-sangat Ya Allah! Lepas ni kena cuci cepat-cepat, nak bubuh dalam fail.

Selasa, 10 April 2012

Riaknya Aku! Allah bayar cash!

Salam! Pagi nan indah ini, akak bercuti dari sekolah! Yelah, cuti sempena Hari Pertabalan DYMM Dipertuan Agong. Time cuti nilah akak nak update kerja-kerja yang tertangguh dan melihat-lihat blog akak yang berabuk ni (serupa dengan stor di bengkel yang dah jarang akak jengah tu).

Dalam melayari blog kawan-kawan, akak rasa teruja pulak nak upload gambar pelajar katering akak. Last week mereka buat modul kek. Ada cupcake, ada nenas terbalik, span flan buah-buahan, kek coklat moist dan the latest ialah kek hari jadi. kononnya nak uploadlah gambar-gambar tu dalam blog ni, nak tunjuk pada kawan-kawan blogger yang lain. (dah terbit perasaan riak lah tu)

Nawaitu kita dalam hati, Allah dah tahu awal-awal lagi. Dalam proses meng"copy" gambar-gambar dari memory card ke desktop, akak dah terbuat silap. Akak dah terdelete semua gambar dalam memory card tu. Kelam-kabut akak dibuatnya. Buka recycle bin, huh takde. buka balik memory card, ...mmg dah takde pun. huwaaaaaa....

Akak call abang. Abang kata, tak dapek den nak menolongnye!! Akak rasa macam nak meraung jer. Semua gambar eviden produk pelajar ada dalam memory card tu. Nampak gayanya, akak kena buat sekali lagi amali untuk dapatkan gambar-gambar eviden produk pelajar. Muhasabah diri. Itulah, dah ada perasaan riak, Allah balas cash! Fikir-fikir kemudian, ada hikmahnya juga sebab pelajar-pelajar akak akan jadi bertambah cekap dan boleh ler buat projek jualan pulak.

Di sini akak kongsikan bersama ilmu yang akak dapat dari tragedi pagi ini. Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Riak ialah menampakan ibadah dengan niat mendapat perhatian atau pujian manusia. Menampakkan amal soleh agar dilihat oleh manusia lain agar dirinya mendapatkan pujian, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi.

Berkata imam Qurtubi,: “Hakikat riak ialah menginginkan dunia dalam ibadah dan asalnya ialah menginginkan kedudukan di hati manusia.”

Al Hafidz Ibn Hajar menjelaskan “Riak ialah menampakkan ibadah dengan tujuan agar dilihat manusia, lalu mereka memuji pelaku amal tersebut.”

Riak ialah melakukan sesuatu bukan kerana Allah. Jadi, selepas ini, kena tanam niat dalam hati, semuanya kerana Allah Taala. Buang perasaan riak dalam hati. Boleh motivasi diri dengan niat mengatakan "aku pun boleh buat lebih baik dari itu". Tapi awas jangan sampai niat menunjuk-nunjuk.."aku pun boleh buat lebih baik dari itu".

Ahad, 4 Mac 2012

Soalan cepumas Hannah

Duduk-duduk di hadapan tv, sementara menunggu waktu maghrib. Rasa mengantuk dan letih terpaksa ditahan-tahan sebab tak mau tertidur selepas waktu asar. Di TV3 sedang menayangkan cerita Embun Mutiara. Sedang syok tengok Embun dapat offer ke Paris, Hannah tegur pelakon Noniswara (Cik Laila) "Ibu, kenapa pipi dia warna merah-merah tu?" Ha ha ha..tetiba bangun tidur, pipi orang yg ditegurnya dulu. "Pipi dia kena sepak, sebab tak mau pakai tudung ye ibu?" Selamba saja Hannah buat andaian. Ibu gelakkan aje."Haah lah Hannah, agaknya". Ada-ada saja lah Hannah ni.

Jumaat, 2 Mac 2012

Hujung minggu yang rajin...


Marble Cheese Cake

Peach Cheese Cake

Apam Polkadot

Rabu, 29 Februari 2012

Ego seorang suami

Menurut Dato Dr Hassan Ali, sifat ego adalah salah satu penyakit hati. Sifat ini termasuk dalam kumpulan sifat-sifat dalaman yang negative seperti riak, sombong diri, hipokrit, takbur dan seumpamanya.


Orang seperti ini biasanya tidak dapat menerima kelebihan orang lain dan merasakan dirinya sahaja yang betul dan bagus. Perasaan ini juga dapat mendorong seseorang hingga sanggup menghina, memandang remeh orang lain dan mengeluarkan kata-kata yang cenderung akan merendah-rendahkan atau memalukan orang lain.

Sifat ini akan meyebabkan tercetusnya perlakuan yang mementingkan diri sendiri. Mereka yang mempunyai sifat ini sukar dinasihati, kadangkala menjadi seorang yang pemarah, dengki dan buruk lisannya.

Antara sebab-sebab sifat ini ada dalam diri seseorang itu ialah:
1. Mempunyai ilmu yang banyak.
Merasakan diri lebih berilmu dan lebih pandai daripada orang lain. Mungkin merasa bimbang orang lain dapat mengatasi ilmunya.

2. Keegoan kerana keturunan atau salasilah.
MErasakan dirinya mulia kerana lahir daripada keturunan ternama, bangsawan, alim ulama atau berkedudukan tinggi.

3. Keegoaan kerana kecantikan ataupun kesempurnaan fizikal.
Selalu merasakan dirinya cantik, segak atau tampan berbanding orang lain.

4. Keegoan kerana kekayaan.
Menonjolkan diri melalui pakaian berjenama, rumah besar, kereta mewah dan sebagainya.

Sekiranya suami anda mempunyai salah satu daripada ciri-ciri di atas, dia adalah seorang yang ego. Penyakit ini perlu diubati kerana boleh menjejaskan hubungan antara suami dan isteri, jiran-jiran dan rakan-rakan yang lain. Anak-anak pasti mengambil contoh bagi membentuk peribadi diri mereka kelak.

Selasa, 28 Februari 2012

Saya perlukan rehat!

Hari ini saya bekerja tanpa rehat. Akhirnya otak saya letih. Bila otak letih, automatik badan juga akan merasa letih. Jadi, saya perlukan rehat. Kenapa saya letih? Saya letih dengan persekitaran kerja saya baik di tempat kerja, juga di rumah. Apa yang saya mahu sekarang? Saya merasa rindu untuk ke Baitullah dan Baitulrasul. Dua tempat ini sahaja buat saya rasa aman, tenang dan damai.

Isnin, 5 Disember 2011

Aktiviti Masa Cuti Sekolah

Anak-anak telah dihantar balik ke kampung abanhnya di Langkawi. Memang dia orang excited nak balik tengok LIMA 2011 yang akan berlangsung dari 6 Dis hgga 10 Dis. Jadi, sekarang ni rasa sunyi pulak. Di rumah hanya ada kak long dan bibik. Kak long tak ikut anak-anak balik kampung sebab ada tugas hakiki di sekolah yang perlu dipikul. Kak long mengadakan kelas tambahan dan pecutan terakhir untuk pelajar kelas ekonomi dan katering. Hari ini 6 Dis, pelajar menduduki exam untuk 2 subjek tu. Mudah-mudahan dia orang ni dapat menjawab dengan tenang dan baik.