Salam! Pagi nan indah ini, akak bercuti dari sekolah! Yelah, cuti sempena Hari Pertabalan DYMM Dipertuan Agong. Time cuti nilah akak nak update kerja-kerja yang tertangguh dan melihat-lihat blog akak yang berabuk ni (serupa dengan stor di bengkel yang dah jarang akak jengah tu).
Dalam melayari blog kawan-kawan, akak rasa teruja pulak nak upload gambar pelajar katering akak. Last week mereka buat modul kek. Ada cupcake, ada nenas terbalik, span flan buah-buahan, kek coklat moist dan the latest ialah kek hari jadi. kononnya nak uploadlah gambar-gambar tu dalam blog ni, nak tunjuk pada kawan-kawan blogger yang lain. (dah terbit perasaan riak lah tu)
Nawaitu kita dalam hati, Allah dah tahu awal-awal lagi. Dalam proses meng"copy" gambar-gambar dari memory card ke desktop, akak dah terbuat silap. Akak dah terdelete semua gambar dalam memory card tu. Kelam-kabut akak dibuatnya. Buka recycle bin, huh takde. buka balik memory card, ...mmg dah takde pun. huwaaaaaa....
Akak call abang. Abang kata, tak dapek den nak menolongnye!! Akak rasa macam nak meraung jer. Semua gambar eviden produk pelajar ada dalam memory card tu. Nampak gayanya, akak kena buat sekali lagi amali untuk dapatkan gambar-gambar eviden produk pelajar. Muhasabah diri. Itulah, dah ada perasaan riak, Allah balas cash! Fikir-fikir kemudian, ada hikmahnya juga sebab pelajar-pelajar akak akan jadi bertambah cekap dan boleh ler buat projek jualan pulak.
Di sini akak kongsikan bersama ilmu yang akak dapat dari tragedi pagi ini. Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Riak ialah menampakan ibadah dengan niat mendapat perhatian atau pujian manusia. Menampakkan amal soleh agar dilihat oleh manusia lain agar dirinya mendapatkan pujian, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi.
Berkata imam Qurtubi,: “Hakikat riak ialah menginginkan dunia dalam ibadah dan asalnya ialah menginginkan kedudukan di hati manusia.”
Al Hafidz Ibn Hajar menjelaskan “Riak ialah menampakkan ibadah dengan tujuan agar dilihat manusia, lalu mereka memuji pelaku amal tersebut.”
Riak ialah melakukan sesuatu bukan kerana Allah. Jadi, selepas ini, kena tanam niat dalam hati, semuanya kerana Allah Taala. Buang perasaan riak dalam hati. Boleh motivasi diri dengan niat mengatakan "aku pun boleh buat lebih baik dari itu". Tapi awas jangan sampai niat menunjuk-nunjuk.."aku pun boleh buat lebih baik dari itu".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan