Menurut Dato Dr Hassan Ali, sifat ego adalah salah satu penyakit hati. Sifat ini termasuk dalam kumpulan sifat-sifat dalaman yang negative seperti riak, sombong diri, hipokrit, takbur dan seumpamanya.
Orang seperti ini biasanya tidak dapat menerima kelebihan orang lain dan merasakan dirinya sahaja yang betul dan bagus. Perasaan ini juga dapat mendorong seseorang hingga sanggup menghina, memandang remeh orang lain dan mengeluarkan kata-kata yang cenderung akan merendah-rendahkan atau memalukan orang lain.
Sifat ini akan meyebabkan tercetusnya perlakuan yang mementingkan diri sendiri. Mereka yang mempunyai sifat ini sukar dinasihati, kadangkala menjadi seorang yang pemarah, dengki dan buruk lisannya.
Antara sebab-sebab sifat ini ada dalam diri seseorang itu ialah:
1. Mempunyai ilmu yang banyak.
Merasakan diri lebih berilmu dan lebih pandai daripada orang lain. Mungkin merasa bimbang orang lain dapat mengatasi ilmunya.
2. Keegoan kerana keturunan atau salasilah.
MErasakan dirinya mulia kerana lahir daripada keturunan ternama, bangsawan, alim ulama atau berkedudukan tinggi.
3. Keegoaan kerana kecantikan ataupun kesempurnaan fizikal.
Selalu merasakan dirinya cantik, segak atau tampan berbanding orang lain.
4. Keegoan kerana kekayaan.
Menonjolkan diri melalui pakaian berjenama, rumah besar, kereta mewah dan sebagainya.
Sekiranya suami anda mempunyai salah satu daripada ciri-ciri di atas, dia adalah seorang yang ego. Penyakit ini perlu diubati kerana boleh menjejaskan hubungan antara suami dan isteri, jiran-jiran dan rakan-rakan yang lain. Anak-anak pasti mengambil contoh bagi membentuk peribadi diri mereka kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan