Sabtu, 8 Disember 2012

Kek Coklat Moist Hannah

Kek Coklat Moist dah siap deko dengan parutan coklat bar.
 Kak long buat kek coklat moist ni untuk Farhanah bawa ke TADIKA. Deko pun ala-ala tak berapa rajin. Sebabnya, Farhanah order last minute. Ramai yang tanya resepi kek coklat moist ni. Resepi kek ni kak long dapat dari Pensyarah di IPG Tuanku Bainun ketika KDP14M dulu, Puan Adzimah. Di mana sekarang puan tu ye? Budi-baik puan, saya kenang sampai bila-bila. Ok, boleh lah salin resepinya.

Bahan-bahan:

2 cwn tepung kek
1 cmt soda bikarbonat
1 cwn serbuk koko
2 cwn gula kastor
3 biji telur
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak (saya suka pakai minyak jagung Daisy)
1 cmt esen vanilla
1 cwn air panas

Cara-cara:
  1. Ayak semua bahan kering dalam mangkuk adunan. 
  2. Masukkan gula kastor. gaul sebati.
  3. Masukkan telur, minyak masak, susu cair dan esen vanilla. gaul sebati. 
  4. Masukkan air panas, kacau betul-betul hingga semua adunan mesra.  
  5. Gliskan acuan 9" x 3" bulat, lapik dengan kertas minyak.
  6. Tuangkan adunan kek tadi, tutup dengan aluminium foil, agar air dari pengukus tidak menitik.
  7. Kukus dengan api sederhana besar selama 1-1jam 15 minit.

** kek ini boleh dibakar. Suhu 170C, masa 50-60 minit. bergantung pada oven.
## tp saya suka dikukus sbb lbh moist.
****************************************************************
Topping:

300g coklat bar
100ml susu cair
1 cmt mentega

Cara-cara:
Double-boil coklat + susu cair. Bila dah cair, masukkan mentega, kacau rata dan biarkan sejuk sebentar sebelum dituang di atas kek.

Selasa, 4 Disember 2012

Strawberry Cheese Cake Dan Tiramisu

Strawberry Cheese Cake ~ order dari Cikgu Shuhana
Assalam semua. Kak long baru balik dari kelas tambahan dengan pelajar-pelajar Katering yang akan menduduki peperiksaan kertas Katering pada 6hb Dis 2012, esok. Sambil membelek-belek gambar dalam desktop, ada pula gambar kek ni. Strawberry Cheese Cake ni dalah lama ditempah oleh Cikgu Shuhana. Kak long ni akan buat bila mood nak baking datang. Entah la ye? Kalau macam ni bila lah boleh buat business betul-betul? Kek Tiramisu ni pula Cikgu Catherine yang order untuk birthday anak sedaranya. Kak long guna resepi dari myresepi dan kongsi resepi. Terima Kasih myresepi dan Kongsi Resepi!

Strawberry Cheese Cake
 Bahan A:
250g Biskut marie

100g mentega (cairkan)

Bahan B:
250gg Cream Cheese (Anchor)
75g Gula Kastor
3 biji kuning telur
65g krim putar
1/2  biji parutan oren

Bahan C:
3 biji putih telur
35g gula kastor

Cara-cara:
  1. Buat base dulu. Hancurkan biskut marie. gaulkan dengan mentega cair. tekan-tekan dalam loyang 8". sejukkan dalam peti ais.
  2. Bahan B ~ putar cream cheese hingga lembut, masukkan gula kastor. Putar no 2, masukkan telur, sebatikan. 
  3. Masukkan krim putar dan dan parutan oren, pukul rata.
  4. Bahan C ~ putar putih telur hingga berbuih. masukkan gula kastor. Putar hingga bertanduk dan tidak jatuh jika mangkuk adunan diterbalikkan.
  5. Masukkan no 4 ke dalam no 3., gaul hingga rata. 
  6. Tuang dalam loyang yang berisi base tadi. Hentak sikit bagi keluar gelembung udara.
  7. Bakar pada suhu 150-160C secara marie bain / steam bath selama 1 jam 15 minit. (ikut oven masing-masing)
  8. Bila dah masak, sejukkan, simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam.
  9. Keluarkan dari loyang, bubuh strawberry filling atasnya.

Kek Tiramisu ~ order dari Cikgu Catherine
Resepi kek tiramisu boleh rujuk dari myresepi dan kongsi resepi. hehehe