Jumaat, 28 Ogos 2015

Ya Allah, Kau yg membalik-balikkan hati, tetapkanlah hatiku & tetapkanlah imanku.!

Assalam. Allah ciptakan syurga & neraka ada sebabnya. Jalan ke syurga amat payah, manakala jalan ke neraka sangat mudah.  Manusia yang kurang sabar & kurang iman sememangnya suka mengambil jalan yang mudah.

Selasa, 13 Mei 2014

Assalamualaikum semua! Dah lama saya tak jengah blog ni. Semenjak ada fb dan whatsapp, habis blog kutinggalkan.

Entri blog kak long kali ni lebih pada perkongsian pendapat. Untuk blog masakan, insya Allah, kak long akan buat pada blog lain.  Buat masa sekarang, kak long sedang menyusun blog-blog (yang tercipta dari kelas belajar buat blog tp tak pandai-pandai juga ni).


Selasa, 23 April 2013

Snowy Cheezy Cake

Kek yg ditempah oleh Cikgu Kamal. Tq Kamal tlg snap kan pic kek ni. And tq sbb td order lg kek ni. Insya Allah, hari Khamis 25hb April ni.

Ketika bercuti di JB dlm bln Nov 2012. Mazwita (school & uni-mate) bawa kek ni sebagai buah tangan.  Sekali rasa, macam nak lagi tp sebab orang yang bagi, diam-diam cari resepi nak buat sendiri. Kak Long search dengan pokcik gugel. Iniah hasilnya. Sekarang Kak Long nak berkongsi resepinya di sini.

Kek sponge. (Kak Long guna resepi Jom Masak, guna tepung sponge mix)

Bahan-bahannya:
250g tepung sponge mix
5 biji telur B
50 ml susu
1 cmt esen vanilla (ikut suka nak buh apa pun, ikut citarasa)
50 ml minyak (last)
* kak long memang x masukkan ovallate

Cara-caranya:
  1. Putar tepung, telur, susu, esen vanilla pada kelajuan tinggi selama 5-8 minit. (agak-agak kembangnya tu, jgn terover putar pulak, nanti banyak rongga udara)
  2. Last sekali, masukkan minyak, pukul ala manja-manja gitu.
  3. panaskan oven 170C, selama 10 minit.
  4. lapik loyang 9" @ 8" dengan kertas minyak. Jangan glis tepi loyang!
  5. tuang dalam loyang dan hentak paras siku tuntuk keluarkan gelomboong udara.
  6. bakar selama 40-50 minit (ikut oven masing-masing)
  7. Bila sudah masak, keluarkan dari oven, lekangkan tepi kek dengan pisau, terbalikkan atas redai. 
Bahan untuk topping:
250g cheese cream (Kak Long guna Philadelphia ~ biarkan dalam suhu bilik)
100g whipping cream (kak Long guna Rich Gold)
1/2 tin susu pekat manis (adjust ikut manis yang kita mahu)
1/2 cheddar cheese (kraft)

Cara-caranya:
  1. Putar whipping cream hingga bertanduk dan tidak berkilat, sejukkan dalam peti sejuk.
  2. Putar cheese cream hingga lembut, masukkan susu pekat manis.
  3. Masukkan whipping cream yang kita rehatkan dalam peti ais tadi.
  4. Putar sebati, siap untuk topping kek sponge tadi.
  5. Potong 2 atau 3 bahagian, mulalah menopping.
  6. akhirnya, parutkan cheddar cheese atas kek tersebut. :)

Jam 4 pagi

Ya Allah! Disaat ini aku mohon pdMu, berilah kekuatan iman & tingkatkan kesabaranku dlm menempuh dunia yg penuh fatamorgana ini.

Sabtu, 8 Disember 2012

Kek Coklat Moist Hannah

Kek Coklat Moist dah siap deko dengan parutan coklat bar.
 Kak long buat kek coklat moist ni untuk Farhanah bawa ke TADIKA. Deko pun ala-ala tak berapa rajin. Sebabnya, Farhanah order last minute. Ramai yang tanya resepi kek coklat moist ni. Resepi kek ni kak long dapat dari Pensyarah di IPG Tuanku Bainun ketika KDP14M dulu, Puan Adzimah. Di mana sekarang puan tu ye? Budi-baik puan, saya kenang sampai bila-bila. Ok, boleh lah salin resepinya.

Bahan-bahan:

2 cwn tepung kek
1 cmt soda bikarbonat
1 cwn serbuk koko
2 cwn gula kastor
3 biji telur
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak (saya suka pakai minyak jagung Daisy)
1 cmt esen vanilla
1 cwn air panas

Cara-cara:
  1. Ayak semua bahan kering dalam mangkuk adunan. 
  2. Masukkan gula kastor. gaul sebati.
  3. Masukkan telur, minyak masak, susu cair dan esen vanilla. gaul sebati. 
  4. Masukkan air panas, kacau betul-betul hingga semua adunan mesra.  
  5. Gliskan acuan 9" x 3" bulat, lapik dengan kertas minyak.
  6. Tuangkan adunan kek tadi, tutup dengan aluminium foil, agar air dari pengukus tidak menitik.
  7. Kukus dengan api sederhana besar selama 1-1jam 15 minit.

** kek ini boleh dibakar. Suhu 170C, masa 50-60 minit. bergantung pada oven.
## tp saya suka dikukus sbb lbh moist.
****************************************************************
Topping:

300g coklat bar
100ml susu cair
1 cmt mentega

Cara-cara:
Double-boil coklat + susu cair. Bila dah cair, masukkan mentega, kacau rata dan biarkan sejuk sebentar sebelum dituang di atas kek.

Selasa, 4 Disember 2012

Strawberry Cheese Cake Dan Tiramisu

Strawberry Cheese Cake ~ order dari Cikgu Shuhana
Assalam semua. Kak long baru balik dari kelas tambahan dengan pelajar-pelajar Katering yang akan menduduki peperiksaan kertas Katering pada 6hb Dis 2012, esok. Sambil membelek-belek gambar dalam desktop, ada pula gambar kek ni. Strawberry Cheese Cake ni dalah lama ditempah oleh Cikgu Shuhana. Kak long ni akan buat bila mood nak baking datang. Entah la ye? Kalau macam ni bila lah boleh buat business betul-betul? Kek Tiramisu ni pula Cikgu Catherine yang order untuk birthday anak sedaranya. Kak long guna resepi dari myresepi dan kongsi resepi. Terima Kasih myresepi dan Kongsi Resepi!

Strawberry Cheese Cake
 Bahan A:
250g Biskut marie

100g mentega (cairkan)

Bahan B:
250gg Cream Cheese (Anchor)
75g Gula Kastor
3 biji kuning telur
65g krim putar
1/2  biji parutan oren

Bahan C:
3 biji putih telur
35g gula kastor

Cara-cara:
  1. Buat base dulu. Hancurkan biskut marie. gaulkan dengan mentega cair. tekan-tekan dalam loyang 8". sejukkan dalam peti ais.
  2. Bahan B ~ putar cream cheese hingga lembut, masukkan gula kastor. Putar no 2, masukkan telur, sebatikan. 
  3. Masukkan krim putar dan dan parutan oren, pukul rata.
  4. Bahan C ~ putar putih telur hingga berbuih. masukkan gula kastor. Putar hingga bertanduk dan tidak jatuh jika mangkuk adunan diterbalikkan.
  5. Masukkan no 4 ke dalam no 3., gaul hingga rata. 
  6. Tuang dalam loyang yang berisi base tadi. Hentak sikit bagi keluar gelembung udara.
  7. Bakar pada suhu 150-160C secara marie bain / steam bath selama 1 jam 15 minit. (ikut oven masing-masing)
  8. Bila dah masak, sejukkan, simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam.
  9. Keluarkan dari loyang, bubuh strawberry filling atasnya.

Kek Tiramisu ~ order dari Cikgu Catherine
Resepi kek tiramisu boleh rujuk dari myresepi dan kongsi resepi. hehehe

Jumaat, 30 November 2012

Disember ~ bulan yang paling sibuk dengan planning.

Assalam semua. Nampaknya kak long kena guna font yg sedikit besar. Bukan kek & air teh jer yang ada layer, cermin mata juga dah ada layer sekarang. Memang masalah sekarang ni bila nak membaca label-label di belakang tin atau plastik pembungkus makanan atau barang-barang keperluan rumah yang lain. Rasanya macam nak bawa kanta pembesar.

 November sudah berlalu. Hari ni masuklah hari pertama dalam bulan Disember 2012. Kak long nak tunggu 121212 atau 20122012. tapi untuk apa ye? Insya Allah kut ada anak-anak sedara yang nak lahir pada tarikh tersebut.

Kertas terakhir SPM 2012 ialah pada 6hb Dis ini. Selepas tarikh itu, kami warga pendidik terutama di SMK Lunas dah mula sibuk dengan persiapan persekolahan tahun depan. (Persiapan untuk anak-anak dan diri sendiri juga.) Kak long pula akan mula sibuk dengan pelbagai mesyuarat di sekolah. Jadi, kak long mohon maaf sangat-sangat sekiranya ada yang menghubungi kak long tapi tidak berjawab. 

Jika ada apa-apa yang penting, message saja kak long samada pada facebook, handphone atau email kak long. Memang kak long "akan sibuk" siang dan malam. Harap tiada yang berkecil hati nanti. Maaf banyak-banyak ya.