Jumaat, 30 November 2012

Disember ~ bulan yang paling sibuk dengan planning.

Assalam semua. Nampaknya kak long kena guna font yg sedikit besar. Bukan kek & air teh jer yang ada layer, cermin mata juga dah ada layer sekarang. Memang masalah sekarang ni bila nak membaca label-label di belakang tin atau plastik pembungkus makanan atau barang-barang keperluan rumah yang lain. Rasanya macam nak bawa kanta pembesar.

 November sudah berlalu. Hari ni masuklah hari pertama dalam bulan Disember 2012. Kak long nak tunggu 121212 atau 20122012. tapi untuk apa ye? Insya Allah kut ada anak-anak sedara yang nak lahir pada tarikh tersebut.

Kertas terakhir SPM 2012 ialah pada 6hb Dis ini. Selepas tarikh itu, kami warga pendidik terutama di SMK Lunas dah mula sibuk dengan persiapan persekolahan tahun depan. (Persiapan untuk anak-anak dan diri sendiri juga.) Kak long pula akan mula sibuk dengan pelbagai mesyuarat di sekolah. Jadi, kak long mohon maaf sangat-sangat sekiranya ada yang menghubungi kak long tapi tidak berjawab. 

Jika ada apa-apa yang penting, message saja kak long samada pada facebook, handphone atau email kak long. Memang kak long "akan sibuk" siang dan malam. Harap tiada yang berkecil hati nanti. Maaf banyak-banyak ya.

Oatmeal Raisin Cookies

Ketika sibuk surf web www.joyofbaking.com, kak long terjumpa resepi ni. Kebetulan bahan-bahannya ada di rumah. Jadi, tak payah nak keluar membeli. Akhirnya, jadilah begini. Makan sebiji pun dah kenyang. 
Oatmeal Raisin Cookies


Resepi ni kak long ubah-suai sikit sukatannya mengikut selera kita di sini.
 
 Bahan-bahannya:
1 cwn mentega
1 cwn gula perang
1/3 cwn gula kastor (kak long bubuh 1/4 cwn shj)
2 biji telur
1 cmt esen vanilla
1 1/2 cwn tepung gandum
1 cmt soda bikarbonat (kak long bubuh 1/2 cmt shj)
1/2 cmt serbuk kayu manis
3 cwn oat (kak long guna oat yg paket warna merah ~ instant)
1 cwn kismis hitam

Cara-caranya:
  1. Ayak tepung, soda bikarbonat dan serbuk kayu manis dalam mangkuk adunan.
  2. Masukkan oat dan kismis dalam 1, gaul rata dan sebati.
  3. Dalam mangkuk adunan lain, putar mentega, gula perang & gula kastor hingga sebati dlm 2-3 minit.
  4. Masukkan telur satu persatu, masukkan esen vanilla. Kaup balik guna senduk kayu.
  5. Masukkan bahan 2 tadi dan gaul hingga sebati. Jika melekat sangat, masukkan sedikit tepung gandum (adjust sendiri)
  6. Panaskan oven 170C. Lapik dulang bakar dengan baking paper.
  7. Skopkan adunan dengan skop ais krim atau sudu makan , buh dalam dulang tadi.
  8. Penyenyekkan dengan garfu.
  9. Bakar selama 15-20 minit atau hingga garing di tepinya. bahagian tengah-tengahnya akan lembut sedikit. Jika nak garing, bakar lebih lama. 
Ok dah siap pun. Anak-anak suka makan cookies ni. Sedap dan mengenyangkan.