Ahad, 29 April 2012

Lawatan Sambil Belajar Ke Taman Burung Pulau Pinang (11 April 2012) sblm kejadian gempa bumi

Signboard antik!


Bagi burung makan

Ada ikan!
Berhenti sekejap, nak tengok ikan.
Aiman & Hannah
Melawat burung dlm sangkar





Merak mengigal, nak tunjuk pada kami.
Ketua rombongan meneruskan lawatan sambil belajar! hehehe
BFF!

Khamis, 12 April 2012

Terapi gempa

Ketika kejadian gempa Rabu 11 april 2012 lepas, kami sekeluarga berada di Istana Hinggap kami di Casa Prima, Seberang Jaya. Semasa berdiri untuk mengambil wuduk solat Asar, akak rasa lantai rumah beralun-alun dan kepala tetiba merasa pening. Ingatkan akak yang tak berapa betul. Selang berapa saat, jadi semula begitu. Bibik akak menjerit-jerit. Buk, gempa buk! Gempa!. Akak serta merta mengambil tudung kepala, mendukung Hana dan mengejutkan abang dari tidur. "Abang! bangun, gempa!" abang mamun-mamai menjawab " Hah! TAkpa lah gempa. Awatnya?" "Laaa, ishk gempa lah" "Ya laaa biaq pi lah" "Huh! Gempa lah! Saya nak turun, nanti jangan lupa kunci pintu rumah". Di luar, ramai yang dah turun mengikuti tangga. Waktu kecemasan begini, tak boleh guna lift. Mengigil-gigil kaki akak turun tangga dari tingkat 24, dengan mendukung Hana.

Di bawah apartment, dah ramai yang berkumpul. Masing-masing berwajah cuak. Ada yang menangis. Yelah terkejut dan letih beb turun ke bawah ikut tangga. Akak pun tak perasan camne akak boleh turun dengan laju sambil dukung Hana. Tau-tau saja dah sampai di bawah. Tak lama abang pun datang sambil tersenyum-senyum. "Awat lah pulun ikut tangga? Ikut lift lah, bukan gempa kuat pun." Cheh!! Jenuh kita gerak dia bangun tido, dia boleh turun ikut lift pulak tu. Nasib baik tak stuck dalam lift, kalau tak....akak kaya lah dapat duit insurans.

Lepas suasana tenang, kami balik ke Kulim. Sampai di rumah Kulim, menggigil tak hilang lagi. Nak bagi hilang ketaq, akak pun buat kuih lah...apa lagi?????

Hahahahaha Apam Mekar dah jadi Apam Gempa

Fruit Tartlet ~ sekadar menghabiskan buah dlm esbok

Rabu, 11 April 2012

Syukur Ya Allah! Terima kasih Ustaz Arif!

Bila dah hilang semua gambar eviden produk pelajar, akak dah mengelabah. Tetiba teringat kat Ustaz Arif yang sangat arif tentang IT. Akak msg kat ustaz,ustaz balas balik " Salam, insya Allah kalau diizinkan Allah masih boleh panggil balik fail tu".

Pagi-pagi akak dah hantar memory card pada ustaz arif. Alhamdulillah, ini lah antara hasil pelajar yang dapat diselamatkan.

Span flan buah-buahan
Bahulu Gulung
Kek Buttercream
Syukur sangat-sangat Ya Allah! Lepas ni kena cuci cepat-cepat, nak bubuh dalam fail.

Selasa, 10 April 2012

Riaknya Aku! Allah bayar cash!

Salam! Pagi nan indah ini, akak bercuti dari sekolah! Yelah, cuti sempena Hari Pertabalan DYMM Dipertuan Agong. Time cuti nilah akak nak update kerja-kerja yang tertangguh dan melihat-lihat blog akak yang berabuk ni (serupa dengan stor di bengkel yang dah jarang akak jengah tu).

Dalam melayari blog kawan-kawan, akak rasa teruja pulak nak upload gambar pelajar katering akak. Last week mereka buat modul kek. Ada cupcake, ada nenas terbalik, span flan buah-buahan, kek coklat moist dan the latest ialah kek hari jadi. kononnya nak uploadlah gambar-gambar tu dalam blog ni, nak tunjuk pada kawan-kawan blogger yang lain. (dah terbit perasaan riak lah tu)

Nawaitu kita dalam hati, Allah dah tahu awal-awal lagi. Dalam proses meng"copy" gambar-gambar dari memory card ke desktop, akak dah terbuat silap. Akak dah terdelete semua gambar dalam memory card tu. Kelam-kabut akak dibuatnya. Buka recycle bin, huh takde. buka balik memory card, ...mmg dah takde pun. huwaaaaaa....

Akak call abang. Abang kata, tak dapek den nak menolongnye!! Akak rasa macam nak meraung jer. Semua gambar eviden produk pelajar ada dalam memory card tu. Nampak gayanya, akak kena buat sekali lagi amali untuk dapatkan gambar-gambar eviden produk pelajar. Muhasabah diri. Itulah, dah ada perasaan riak, Allah balas cash! Fikir-fikir kemudian, ada hikmahnya juga sebab pelajar-pelajar akak akan jadi bertambah cekap dan boleh ler buat projek jualan pulak.

Di sini akak kongsikan bersama ilmu yang akak dapat dari tragedi pagi ini. Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Riak ialah menampakan ibadah dengan niat mendapat perhatian atau pujian manusia. Menampakkan amal soleh agar dilihat oleh manusia lain agar dirinya mendapatkan pujian, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi.

Berkata imam Qurtubi,: “Hakikat riak ialah menginginkan dunia dalam ibadah dan asalnya ialah menginginkan kedudukan di hati manusia.”

Al Hafidz Ibn Hajar menjelaskan “Riak ialah menampakkan ibadah dengan tujuan agar dilihat manusia, lalu mereka memuji pelaku amal tersebut.”

Riak ialah melakukan sesuatu bukan kerana Allah. Jadi, selepas ini, kena tanam niat dalam hati, semuanya kerana Allah Taala. Buang perasaan riak dalam hati. Boleh motivasi diri dengan niat mengatakan "aku pun boleh buat lebih baik dari itu". Tapi awas jangan sampai niat menunjuk-nunjuk.."aku pun boleh buat lebih baik dari itu".