Jumaat, 28 Januari 2011

Kelas Coklat Pertama 2011





Ini gambar first class (Chocolate Class). Kawan kaklong, Riza Abd Majid dah lama request nakkan kelas ni tapi tertangguh beberapa kali. Kaklong kesian pulak, dia sampai termimpi-mimpi nak join kelas ni. Kesian kat baby dia..

So, kaklong buat juga kelas hari ni. Kak Ros (tokeh bakeri n restaurant tomyam) pun join sama. Seronok gak cuma macam tak cukup masa kelas dari jam 3 hingga 6 petang. Apa pun semuanya seronok bawa balik banyak coklat.

Student 4 Katering 2011


Kuih Tako


Tengah melembutkan tangan untuk buat kelongsong Kuih Tako


Pulun membuat kelongsong kuih Tako

Tahun ni kak long dapat 22 orang student baru kelas katering tingkatan 4. 12 perempuan dan 10 lelaki. Itu pun ramai lagi yang merayu nak masuk tapi kelas boleh muat untuk 22 orang sahaja. Student lelaki tahun ni agak nakal sikit. Student perempuan pulak macam "Munirah" dalam slot Zehra: Ustaz Amirul. Tak tau le..tahan lasak ke tidak ni.

Mula-mula amali, buat Jus Buah-buahan Bersoda. Kamera pulak buat hal, tak dapat amik gambar dengan cantik. Amali ke 2, Vanilla Float. Amali ke 3, Kuih Tako. (Sepatutnya buat Bingka Ubi Kayu tapi mencari ubi kayu tak jumpa-jumpa) Apa pun semuanya excited nak mulakan pembelajaran tahun ini.. termasuklah cikgunya sekali.

Jumaat, 21 Januari 2011

Tuai padi antara masak, esok jgn layu-layuan...

Intai kami antara nampak, esok jgn rindu-rinduan.. pantun gurindam jiwa ditujukan khas buat abang long. bukan nak gi mana pun. Pergi kerja jer. Ke Arizona, US selama seminggu. Cuma kali ni letih sikit ler nak kena tinggal sebab anak-anak tengah demam. itulah padahnya berendam dalam besen sehari suntuk. Ibu jugak yang letih.

Tadi kak long bawa anak-anak ke Hospital KPJ Penang, baru dapat tau Dr Shah dah ke Hospital Pantai, Sungai Petani. Semoga sukses di tempat baru ye Dr. Kami jumpa Dr. Zaidi hari ni. Walaupun ramai, kena tunggu juga sebab malas nak balik, datang semula lepas solat Jumaat.

Lepas ke hospital, kak long bawa anak-anak ronda Jusco kat sebelah sepital tu. Niat di hati nak buat cheese cake. Tapi anak-anak dah warning..tak mau cheese cake lah ibu! Ok tak pe, ibu beli bahan-bahan untuk amali kelas katering jer lah.

Malam ni abang long sibuk mem packing barang-barang. Cam nak balik asrama jer. Apa-apa pun kami doakan agar abahnya selamat pergi dan selamat kembali. bab souvenier tu, kalau nak beli, belikanlah pinggan mangkuk corelle ke, ipad ke, macapple ke, handbag coach, nini & co, lizclaiborne ke..(paling koman lah)heh heh heh

Rabu, 19 Januari 2011

Dark Chocolate Brownies (Kukus)



Tetiba teringat sweet memories kursus buat kek dan pastri dengan Chef Asma. Cari punya cari fail kursus tu, tak jumpa lak. teringin nak buat semula kek dan pastri yang chef kesayangan kak long ajar dulu. Dalam menyelongkar tu, terjumpa pulak resepi brownies kukus ni. Asalnya dari Indonesia. Kak long dah ubah-suai sikit resepinya.

Bahan-bahannya:
Bahan A
4 biji telur
130g gula kastor
1 cmt esen vanilla

Bahan B
150g mentega
200g dark chocolate (guna coklat kompound lagi sedap)

Bahan C
170g tepung naik sendiri
1 cmt soda bikarbonat
30g serbuk koko
100g walnut*
1/2 cwn kismis hitam*

Cara:
Double boil bahan B. Biarkan sejuk.
Putar bahan A (guna mixer no 1 jer), masukkan bahan B, putar sebati. (kacau dgn tangan jer)
ayak bahan c, masukkan walnut dan kismis. Gaul sebati. Walnut dan kismis tu saja kak long tambah nak bagi sedap. kalau tak bubuh pun takpe.
Griskan acuan 8"x8". Pastikan kertas gris tu terkeluar sikit, bagi senang nak tarik keluar brownies tu.
Kukus selama 45 minit.

boleh bubuh ganache topping (buat awal 5-6 jam sebelum digunakan). caranya 300g cooking chocolate dan 100g susu cair didouble boil hingga cair dan tambah sikit 1 cmt butter bagi berkilat.

brownies kat atas tu kak long tak sempat bubuh topping, anak-anak dan suami dah makan bagi abis. Len kali nak sorokkan dulu dari dia orang.

Strawberry and Lemon Cheese Tart


Hujung minggu lepas, tetiba datang pulak mood nak membaking. kali ni nak buat cheese tart pulak. Bila dah siap, husband booking nak bawa ke surau. Pelik gak kenapa tak cantik, nampak gabai jer..rupa-rupanya kak long pakai mould saiz 5cm. Kawan kak long tu guna 4.2cm. Ok jer cuma tak gebuz, filling tu bubuh serba sikit sebab nak jimat bagi cukup cover tart shell yg ada. Apapun depa ngap sekali lalu jer. heh heh heh. Lepas ni nak cari mould saiz 4.2cm lak. nak buat bagi gebuz-gebuz.